Translate

Friday, May 6, 2011

~Mari Bermuhasabah Diri~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


~Ya Allah, sabarkan  dan tenangkanlah Hatiku dalam menghadapi segala dugaan yang Engkau Berikan Kepadaku.Jadikanlah aku insan yg kuat,cekal dan tabah dalam mengahdapi sebarang rintangan dan dugaaan dalam kehidupan~
~Ya Allah, Bimbingilah hambaMu yang lemah ini dengan Hidayah Mu.~
~Ya Allah, Engkau Tunjukkanlah aku jalan yang benar agar aku tidak tersasar dan tidak pula memilih jalan yang sesat lagi menyesatkan~
~Ya Allah, Lindungilah aku dari ganguan dan bisikan-bisikan Syaitan, Jin dan Iblis yang durjana~
~Ya Allah, Lindungilah aku dari manusia-manusia yang ingin berbuat jahat atau aniaya keatas diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku...~
~Ya Allah, Lindungilah Aku dari menjadi manusia yang lalai,leka,sombong, bongkak dan riak  dengan keindahan dan kemewahan Dunia yang sementara~
~Ya Allah, Lindungilah aku dari fitnah dunia~
~Ya Allah, Jauhilah aku dari sifat terlalu mengejar dunia hingga melupakan segala suruhan Mu dan melupakan Akhirat~
~Ya Allah, Jauhilah aku dari menjadi hamba-Mu yang hanya mencari-Mu dikala kesusahan dan kesempitan~
~Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Engkau Peliharalah Iman dan Amal serta Takwa ku dalam agama- Mu ini iakni Islam~
~Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun Lagi Penerima Taubat, Engkau  Ampunilah segala dosa-dosa ku yang telah aku perbuat sepanjang penghidupan ku dari hari pertama aku bernafas hinggalah saat terakhir nafasku terhenti~
~Ya Allah, Sesungguhnya Aku adalah Hamba-Mu yang lemah yang tidak pernah terputus dari melakukan sebarang kekhilafan dalam kehidupan. Ya Allah, Aku Bermohon agar Engkau Terimalah Taubat ku ini~
~Amin Ya Rabbal Alamin~



Nota:- Gambar adalah diperolehi dari google image...

Bila Rumah Dimasuk Pencuri....



Pagi tadi saya rasa bersemangat nak pergi kerja..
Mood pun ceria..
Tapi..
Lepas saya dah siap-siap..
Saya lihat tingkap kaca bahagian depan rumah saya dah takde...
Itu maknanye ade org cuba masuk rumah saya..
Tengok keadaan rumah semua ok..
Tengok barang-barang tak de yang hilang...
Lepastu ayah saya terus pasang balik tingkap-tingkap tue..
Then, bila saya nak pergi kerja...
Saya tengok handbag saya dah takde..!
Dalam handbag saya tue ade duit saya..!
Hp Nokia saya dah takde..!
Puas saya cari 1 rumah pun memang tak jumpe..
Nasib baik Ic, Lesen memandu, dokumen-dokumen penting dan kereta  saya tak hilang..
Nasib baik jugak family kami selamat dan tak di cederakan..
Syukur Alhamdulilah kerana kami selamat ...

Thursday, May 5, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA



SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
SEMOGA ANDA SEMUA SUKSES DALAM BIDANG KERJAYA MASING-MASING

Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari pekerja untuk semua..
Maaf  kerana terlambat buat ucapan nie..
Sebab saya agak sibuk dan pada cuti hari pekerja 1 dan 2 Mei saya pulang ke kampung halaman..

Ok, mari kita lihat tema hari pekerj untuk tahun 2011 bagi negara Malaysia:-

Baiklah sebelum mengakihiri entry saya nie saya nak tinggalkan pesanan:-

~JADILAH PEKERJA YANG JUJUR DAN AMANAH DALAM MELAKUKAN SEBARANG TUGASAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA~


nOTa:-Segala gambar adalah diperolehi dari google image..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...