Translate
Sunday, April 29, 2012
Cinta Itu Seperti...
"Cinta itu seperti coklat...Ia manis dan ada pahitnya juga...Rasa manis dan pahit itu tetap terasa walaupun ia sudah tiada di depan mata..."
"Cinta itu seperti pelangi yang penuh warna-warni...Indahnya pelangi itu hadir selepas hujan...Indahnya cinta itu dapat kamu rasa selepas kamu sabar dengan segala macam dugaan yang melanda..."
"Cinta itu seperti pokok kaktus di gurun pasir....Ia boleh sahaja hidup walaupun tanpa air...Cinta itu boleh lahir dari hati tanpa mengenal situasi dan tanpa mengenal siapa diri kamu...Cinta itu boleh hadir tanpa kamu ketahui bila masannya..."
"Cinta itu seperti kapal dan pelabuhan...Pelabuhan yang setia menanti kapal dan kapal yang tak pernah jemu berlabuh di pelabuhan..."
"Cinta itu seperti matahari dan bulan yang saling melengkapi menerangi bumi dari kegelapan dan memancarkan tenaga pada hidupan... Cinta itu menerangi hidup mu dari kegelapan, cinta itu mebawa kamu keluar dari kekhilafan dan kemungkaran...Cinta itu memberi kamu tenaga supaya terus bersemangat meneruskan kehidupan...Sebaliknya jika cinta itu menjerumuskan kamu ke jalan yang gelap maka kamu sudah tersilap memilih cinta..."
P/s:- Semua kata-kata pada entry ini adalah ilham asal penulis blog ini sendiri. Kamu boleh ambil yang mana kamu suka untuk di kongsi bersama orang yang kamu sayangi...=)
p.p/s:-Entah tiba-tiba boleh ada idea nak buat entry jiwang macam ginie...uhuhu..rasanya dah lama benar tak buat madah-madah jiwang nie kan..uhuhu...Owh entry ini tiada kena mengena dengan perasaan penulis, kerana status penulis ketika mendapat idea membuat madah jiwang berbunga ini adalah single..Sekian...
Credit gambar: google image..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
10 comments:
cinta itu...err. entah. kehkeh
oh hai! hehe :P
cinta itu oxygen.. tidak nampak dengan mata tetapi boleh dirasai.. tidak boleh hidup tanpanya..
ya, sangat jiwang dan best.untuk jiwa-jiwa cukup sekadar ada rasa dan idea untuk menzahirkannya di pena.tak penting sangat status single,mingle or double.itulah pengkarya sebenar:)
cinta itu tanggungjawab dan pengorbanan juga. bukan cinta kosong semata2. kalau cinta tanpa tggjwb dan pengorbanan...cinta akan jadi cinta sesat. hehe . ayah saya cakap. :)
amboi mood jiwang dah mai no...
walau anak empat masih belajar bercinta kekekeke
*** alhamdulillah sihat dik.. cuma sibuk dgn anak2..lama juga tak jengah sini
Zai student merlimau batch 2005~2006
perghh.. sweet talker.. haha.. boleh2.. nk ambil ayat tu kasi isteri.. hehe..
pandai btol bermadah cinta..
tp jgn bermadah berhelah dhla.. ;-p
heheh jiwang tu best gak klu layan kekadang
tengah angau ni.
haha
owh cinta..! :)
Post a Comment