Translate

Sunday, October 30, 2011

Tentang Cinta...Hati Dan Perasaan...

Hai semua...Selamat malam..Esok hari isnin kan..? maka esok dah start kerja bagi yg bekerja dan dah start ke kelas / kuliah bagi yg masih study...Semoga esok akan lebih indah dan kita lebih bersemangat memulakan minggu baru...(^___^)






  Sebelum menutup mata untuk lena...Saya ingin berbicara mengena cinta, hati dan perasaan..Wah..mood jiwang lah malam-malam nie kan..Sudilah kiranya kamu luangkan masa untuk baca madah-madah tangkap lentok dan tersangat lah jiwang kononya romantikus...ehehehe..


"Kerana kamu umpama bulan di litup awan, yang sering di puja di puji..Kamu indah di langit tinggi, di kelilingi bintang-bintang yang cantik tidak terperi...Manakala aku hanyalah umpama rumput di jalanan...yang sering di pandang sepi..Sering di pijak dan biarkan sendiri serta di pandang  kecil bagai tiada erti....Maka sebab itu aku biarkan sahaja rasa cinta ini tersudut sepi di kamar hati..Enggan berbicara dan mengakuainya di hadapan kamu..Kerana kita ternyata jauh berbeza..Jadi aku harap kamu mengerti, janganlah di tanya itu dan ini lagi.."


"Cinta jangan kau pergi..Cinta...Janganlah kau tinggalkan aku sendiri...Cinta...Janganlah engkau biarkan aku  tersudut sepi lagi.."



"Cinta itu adalah ibarat ombak dan pantai...Umpama pantai yang setia menanti ombak walau badai tak henti-henti menguji diri..Ombak pula, setia dengan pantainya yang di cintainya walaupun masih banyak lagi pantai yang menanti kunjungannya tapi hatinya tetap pada pantai yang dicintai.."


"Hati itu umpama kristal...Cantik  dan indah di pandang..Tapi bila terhempas menjadi deraian kaca yang berkeping-keping...Pasti sudah tidak dapat dicantumkan kembali..Maka jagalah hati itu sebaiknya..Jangan biarkan ia terluka..."




"Jangan mengharap cinta pada sesuatu yang tak pasti...Jangan memberi hati pada yang tak sudi...Berilah ia pada insan yang tahu menghargai dan tahu mengerti akan diri kamu itu apa adanya..Kelak kamu takkan kecewan dan terluka nanti.."




"Mencari...Dan terus mencari...Menunggu dan terus menunggu..Menanti sesuatu yang tak pasti entah sampai bila..Menunggu sesorang yang entah aku sendiri tidak tahu siapakah geranganya..Berharap masih ada cinta untukku..Mengimpikan masih ada manusia yang menyayangiku.."


"Sepi di malam yang sunyi...Angin berhembus di buai mimpi..Mimpi indahkah esok nanti..?"


"Kadangkala aku tak mengerti..Tentang erti sebuah cinta itu..Ia datang tanpa aku mahu..Ia pergi tanpa aku halau..Tapi aku harap cinta aku dan kamu akan kekal begini..Tidak pergi dan tiada yang ditinggalkan..."


"Terkadang rasa geram dan marah menguasai diri...Terkadang rasa sedih, terasa ada butiran jernih membasahi pipi..Terkadang rasa benci seperti mahu pergi jauh-jauh...Seperti mahu enggan melihat wajamu lagi..Menyampah dan meluat meracuni hati..Tapi aku tahu itu hanyalah emosi yang tak menentu..Hanya satu yang aku tahu hanya kamu yang ada di hatiku..dan yang paling penting aku mencintaimu..."




"Cinta aku terhadapmu adalah setulus hati..tak mungkin bertukar dan tak mungkin jua berganti...Tak semudah itu cinta ku boleh di jual beli..Kerana cinta itu lebih berharga nilainya dari wang atau harta yang tersimpan di dalam peti besi.."




P.S:-Madah-madah ini adalah hasil nukilan sepenuhnya penulis blog ini..Entah dari mana tiba-tiba datang idea nak buat madah-madah cinta sebegini...Oh ya,saya tak pernah beri madah sebegini kepada sesiapa..Sebab segan + malu...Di saat entry ini di taip, tuan punya blog masih mencari apa ertinya cinta..Masih sendiri dan tak pasti sampai bila..Jadi tolong jangan salah sangka dan memikir bahawa tuan punya blog sedang dalam mood cinta-cinta serta sedang jatuh cinta..Mungkin idea ini datang selepas membaca novel-novel cinta tempoh hari..Takkan bila single tak boleh nak bemadah pasal cinta ye tak..? ehehehehe..:p




Oh ya lagu ini khas buat my future husband,  yang saya tak pasti siapakah orangnya dan saya tak tahu bilakah saya dapat bertemunya..(^___^)




~Tercipta Untukku by Ungu~


Harga Tiket Punya Pasal...

Hai semua...(^___^)




Tiket mahal sangat..Jom kita protes!!




  Kamu tahu kan laman web FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) di gondam oleh Hacker...Kenapa mesti nak Hack website tue...? Jawapannya ialah untuk menunjukkan rasa protes sebab harga tiket mahal...Mereka  (peminat / penyokong pasukan bola sepak) tak puas hati sebab harga tiket di naikkan..Jadi mereka perlu bayar RM50.00 seorang untuk masuk tengok perlawanan....


Kalau macam dia nie punya kosert, tiket ratus-ratus pun aku sanggup bayar..
Handsome tue..Tergoda aku..ehehehe...


     Katanya harga tiket mahal sangat, tue sampai nak  protes / boikot...Tapi, yang hairan dan ajaibnya kenapa bila ade jer konsert dari artis luar kalau harga tiket mahal tak nak protes / boikot..Secara sedar atau tidak kta nie dah macam mengagung-agung kan orang luar dan hasil dari luar berbanding anka tempatan sendiri dan produk dalam negara sendiri..Kenapa bila ada jer konsert artis omputih , korea misalnya sanggup bayar tiket mahal..? Tapi bila tiket bola pasukan sendiri dan negara sendiri RM50 terus nak protes..? Di mana jati diri kita? Katanya kita sayang negara kita, tapi kita lebih sokong orang luar dan bangga bila pakai jenama dari luar berbanding dari nak sokong orang negara sendiri dan produk buatan sendiri..Cuba lihat Jepun, macam mana Jepun boleh maju..Sebab mereka keluarkan produk yang bermutu dan berkualiti selain berinovatif, kreatif dan berteknologi..Satu perkara yang lebih penting,mereka juga menyokong produk buatan negara sendiri..Tapi kita....? Marilah sama-sama kita renung-renungkan kembali...






   Ok, di kesempatan ini nak ucapakan tahniah buat pasukan Negeri Sembilan yang dah menang 2-1 keatas pasukan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi...Buat Terengganu, jagan putus ase..Next year boleh cuba lagi..Mana tau ade rezeki kan..Oh ya, untuk malam tadi saya sokong Terengganu..Sebenarnya, saya adalah penyokong Kelantan, tapi memandang kan Kelantan tak masuk final, so saya sokong Terengganu, lagipun negerinya kan sebalah menyebelah..Boleh ke macam tue..? huhuhu..Eh, saya orang Johor tapi sokong Kelantan..? Tak de jati diri lah nie..huhu..Takpe , Menang kalah tue adat pertandingan kan, so buat apa nak marah-marah kan..Macam tue jugalah masa Manchester United menentang Manchester City, walaupun pasukan kesayangan saya Man U tewas teruk masa perlawanan tue, tapi saya tetap akan terus setia sokong Man U..Glory Glory Man Unted...(^____^)

.
.




Ok, sebelum berundur diri mari kita tonton video nie..Kat dalam video nie ada komen dari artis korea 2AM pasal gadis-gadis Malaysia..:-





PS:- Entry hanyalah pendapt picisan pemilik blog..Sebnarnye saya pun masih muahsabah diri  / masih belajar untuk sokong produk buatan tempatan..Kredit gambar google image, redit video youtube..

Saturday, October 29, 2011

Kita Semua Berkongsi....

Hai semua...Selamat petang...(^____^)








    Kamu tahu dalam hidup kta nie kita sentiasa berkongsi dengan orang lain...Tak kira lah siapa kita..
Kita berkongsi tempat tinggal..Ya, iaitu Bumi...Walaupun kita semua berbeza jurang pendapatan dan ekonomi, berbeza pangkat dan darjat..Sedarlah bahawa kita berkongsi tinggal di Planet yang sama iaitu Planet bumi..Kita juga berkongsi udara untuk bernafas iaitu Oksigen..Kita perlukan oksigen untuk terus berbafas dan terus hidup..


  Jadi untuk itu, bersamalah kita mengamalkan sikap saling sayang menyayang, saling bertolak ansur / berkerjasama dan sentiasa mengambl berat antara satu sama lain..Janganlah kita bermusuh, berpecah belah, bergaduh atau berperang sesama sendiri..Kerana kita semua manusia, manusia di kurniakan akal yang bijak sana, mampu membuat keputusan dengan tepat dan bijak...Jadi mengapa kita sia-sia kan nikmat akal yang kita miliki dengan menyalah gunakan untuk tujuan menipu, mengadu domba, memfitnah, berburuk sangka , mengaibkan insan lain serta bermusuh-musuhan dan mewujudkan peperangan..?




   Sedarlah kita bahawa, seberapa banyak pun harta dan wang yang kita miliki..Seberapa tinggi pun darjat dan pangkat kita..Kita masih berkongsi tempat tinggal yang sama iaitu Bumi..Jadi untuk apa kita menjadi sombong, riak dan takbur dengan apa yang kita miliki..? Bukankah lebih baik jika kita gunakannya untuk jalan kebaikan, membantu orang yang lebih memerlukan..Apalah gunanya jika kita berkuasa, tetapi kita menyalahgunakan kuasa yang kita ada itu dengan menzalimi insan lain dan bermegah-megah pula..Bukankah kuasa kita itu seharusnya kita gunakan untuk membela dan melindungi insan-insan yang berada di bawah kuasa kita itu..?


    Kita harus sedar bahawa kita semua bertanggungjawab terhadap keamanan , kedamaian serta keselamatan planet Bumi ni..Seberapa besar pun pangkat kita, kita masih menghirup oksigen yang sama di hirup oleh orang miskin untuk bernafas..Jadi bersama-samalah kita menjaga kebersihan persekitaran kita dari tercemar..Bersamalah kita menjaga dan memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup generasi kita yang akan datang..


    Ingatlah kita bahawa, seberapa besar dan mewah pun kenderaan yang kita miliki, kita masih berkongsi jalan raya dan lebuh raya yang sama di lalui oleh insan lain yang memandu kenderaan yang kecil dan biasa -biasa sahaja..Setiap dari kita yang menggunakan jalan raya berhak mendapatkan rasa selamat dan selesa..Tapi bagaimana hendak rasa begitu, jika kita mengamalkan sikap mementingkan diri bila berada di jalan raya..?


  Sedarkah kita bahwa, kita semua berkongsi kasih sayang..Ya, selagi mana kita masih berpijak di muka bumi ini..Sifat sayang menyayangi itu adalah amat penting..Kerana bukan kita seorang yang hidup di muka Bumi ini, tapi kita berongsi hidup di Bumi ini bersama-sama manusia lain yang mungkin kita fikir tak setaraf dengan kita, kita juga berkongsi hidup di Bumi ini dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan..Jadi untuk apa kita berasa riak dan sombong..? Untuk apa kita hendak bersikap tamak , dengki dan iri hati..? Kerana sejak dari dulu lagi kita memang berkongsi hidup ini...




Ps:- Entry hanyalah pandangan picisan penulis blog ini..Credit gambar:-google Image

Wednesday, October 26, 2011

Pentingnya Bekerja sama...

Hai Semua..Selamat Pagi..Selamat Meyambut Hari Deepavali kepada yang menyambutnya..Selamat bercuti..(^___^)




    Minggu lepas saya pergi kursus OBS / kursus membina semangat dekat  Sekakap Mersing, Johor..Walaupun sebenarnya saya pernah berkursus kat situ masa zaman sekolah, tapi kali nie memang wajib pegi..Masa kat situ banyak aktiviti outdoor..Sesuatu yang saya belajar di situ ialah tentang semangat "bekerjasama"..Jadi hari nie saya nak cakap sikit mengenai bekerjasama..






      Kamu pernah menonton cerita kartun wonderpets...? Ya, iainya cerita kartun, ia ianya seperti kebudak-budakkan....Tapi tahukah kamu, pada saya cerita itu sangat bagus..Sebab ia membawa unusr nilai-nilai murni..Iaitu semnagat bekerjasama, persahabatan dan tolong menolong. Jadi tak keterlaluan jika saya kata, cerita kartun wonderpets nie lagi bagus dari cerita-cerita merapu yang entah ape-ape moral value nya..




      Sebenarnya semangat bekerjasama nie sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tak kiralah di mana, sama ada di tempat kerja, sama ada di sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT), atau di rumah sekalipun. Kita kenalah sentiasa bekerjasama di tempat kerja.  iatu saling membantu dalam melaksanakan tugas. Lebih-lebih lagi jika kita bertugas dalam kerja yang berkumpulan contoh jika kita terlibat dalam bidang jualan / pemasaran. Setiap ahli dalam kumpulan perlulah mekasanakan tugas masing-masing dengan betul, dan perlulah berkongsi idea agar dapatlah meningkatan jumlah jualan bagi kumpulan mereka. Jika hanya seorang ahli sahaja yang aktif dan ramai ahli yang "tidur" maka jumlah jualan pun akan merosot.Maka kamu sekumpulan akan di marah oleh Bos kerana gagal membuat jualan yang banyak serta gagal mencapai target jualan sekaligus gagal memberi keuntungan kepada syarikat




      Sama jugalah jika kita seorang pelajar. Jika pensyarah menyuruh kita untuk membuat assignment atau final project yang memerlukan iainya dilaksanaan secara berkumpulan, maka kita perlulah bekerjasama. Kumpulan itu perlulah pandai membahagikan tugasan yang perlu di buat setiap ahli, dan setiap ahli peerlulah melaksanakan tugasan yang diberi. Jika ada ahli yang tak buat tugasan itu, maka kumpulan kamu tidak akan dapat menghantar  assignment atau final project itu kepada pensyarah kamu.Seterusnya ianya bukan hanya menjejaskan markah ahli pemalas itu seorang tapi ia juga menjejaskan markah keseluruh ahli kumpulan. Jadi di sini sangat perlu nilai bekerjasama itu.






  Dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat juga perlu ada nilai bekerjasama. Jika sesebuag keluarga tiada nilai ini maka pincanglah keluarga tersebut. Jika sesebuah masyarakat sudah tiada nilai bekerjasama ini maka masyarakt itu menjadi masyarakt yang mundur dan tidak maju kehadapan. Ianya adalah kerana masing-masing gagal melaksanakan tanggungjawab masng-masing. Apabila manusia enggan bekerjasama, maka wujudlah masyarat yang zalim dan tidak bermoral. Iaitu apabila setiap manusia itu hanya tahu mementingkan diri sendiri dan engan menjaga hati individu lain dan enggan membantu serta enggan memberi pertolongan kepada individu yang memerlukan bantuan..




Apa yang penting...? Bekerjasama...Apa yang penting....? Bekerjasama...
Kami tak besar dan kami tak kuat..Bila bekerjasama semua jadi mudah..


Ps:- Sudah hampir seminggu tidak buat sebarang entry, jadi walaupun hari nie hari rabu, saya mahu buat entry yang bertulis, kerana dah lama tak menulis di blog..rindu rasanya..Dah dekat seminggu tak Bw ke blog-blog kamu semua..Balik kursus kena siapkan kerja-kerja yang tertunggak. InsyaAllah hari ini saya akan Bw ke blog kamu..Yeah..!

Wednesday, October 19, 2011

WW 12# :- Cuaca...






Sumber gambar:- Google Image
Ps:- Ini adalah entry auto post kerana tuan punya blog sedang ber kursus.

Tuesday, October 18, 2011

Hidup Ini Indah Tapi Tak Mudah....

Hai Semua dan Selamat pagi...Semoga sentiasa sihat sejahtera hendaknya.








 Kamu faham tajuk entry nie..? Kenapa saya pilih tajuk macam tue..? Sebab saya rasa ini adalah fakta kehidupan. Ya, hidup ini indah tapi tak mudah untuk mendapatkan keindahan itu... Kita haruslah berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Hidup juga kadang kala di rasakan begitu payah dan susah, kerana hidup juga ada kalanya penuh ranjau onak berduri. Serta penuh liku-liku cabang jalan penuh cabaran yang harus kita tempuhi. Jika kita bijak bertindak dan memilih mana yang terbaik, maka bahagialah hidup kita, jika sebaliknya maka  sia-sialah hidup kita.


Kita haruslah bijak merebut segala peluang yang ada di depan mata, setiap inci masa ruang hdiup ini harus di manfaatkan sebaik mungkin. Segala masa yang ada haruslah di gunapakai sebaik-baiknya. Segala peluang yang datang janganlah di sia-sa kan begitu sahaja. Tapi perlu ingat, dalam kiat mengejar kejayaan dalam kehidupan jangan pula hingga kita sanggup membelakangkan akidah / agama kita. Seharusnya perkara ini lah yang kita harus utamakan terlebih dahulu. Kerana seperti yang kita ketahuai, hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhrat jualah yang keal abadi. Dunia ini hanyalah pentas dan jambatan untuk kita menuju ke alam yang kekal abadi (akhirat). Di dunia ini lah tempat kita untuk mengumpul segala bekalan untuk hidup kita di alam yang lebih abadi itu.
   
    Jadi dalam hidup kita di dunia ini, haruslah ada batas-batasnya. Haruslah bersederhana, dan janganlah sampai kita tersasar dari landasan kehidupan. Jka sudah tersasar, jangan lupa untuk berpatah balik kearah jalan yang benar. Hidup ini memang penuh cabaran, tapi kita haruslah sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan ini. Anggaplah cabaran hidup itu sebagai perkara biasa sahaja. Lautan mana yang tak di lambung ombak? Bumi mana yang tak di timpa hujan? Manusia mana yang tak di timpa masaalah dan ujian dlama kehidupan..? Setiap manusia pasti akan ada konflik atau masalah mereka yang tersendiri. Cuma jenis permasaalahan itu yang berbeza dan cara mengatasi, menghadapi dan menegendalikkan masaalah itu juga berbeza.


        Jadi di sini sangat pentinglah untuk kita sentiasa mengawal emosi, supaya lebih tenang dan tabah. Jika kita dalam keadaan emosi yang tidak stabil maka bagaimana kita nak buat keputusan yang tepat..? Jika kita sentiasa tidak ceria, bagaimana kita nak merasakan bahawa hidup ini adalah bahagia..? Jika kita tak berfikiran positif, bagaimanakah untuk kita menajdi manusia tabah dna tegar dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan. Belajarlah untuk menerima hakikat kehidupan dna belajarlah untuk menjadi manusia yang tabah dan sabar dalam kehidupan. Maka dengan itu kebahagiaan pasti akan kamu miliki jua satu hari nanti..(^__^)




Ps:- Ini hanyalah nukilan coretan dari insan yangs sedang belajar erti kehidupan..Credit gambar kepada google image. Beberapa jam lagi penulis blog ini akan berangkat pergi ke kursus selama empat hari, iaitu hingga hari jumaat nanti. Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada kamu semua jika ada tersilap tersalah, terkasar bahasa sepanjang saya menulis blog ini. InsyaAllah apabila sudah pulang berkursus nanti saya akan BW ke blog anda seperti selalu. Doakan saya, selamat pergi balik ye...Jaga diri baik-baik semua..senyum-senyum selalu..(^___^)


Monday, October 17, 2011

Kesilapan...Mesti Di Perbaiki Dan Perlu Di Maafkan..

Hai Semua....Selamat pagi..Semoga pagi anda sentiasa ceria..(^___^)





     Kita sebagai manusia biasa pasti tak pernah terlepas dari membuat sebarang kesilapan dalam hidup nie kan. Tak kiralah kesilapan tue besar atau kecil, penting atau tidak. Kita sebagai manusia biasa, tiada yang sempurna. Membuat sebrang kesilapan itu juga adalah perkara normal dalam hidup. Sebab kita hanya manusia biasa dan kita bukanlah terdiri dari golongan yang maksum. Tapi jangan pula kita mengangap membuat salah itu adalah perkara normal. Lantas kita menjadi alpa dan leka dengan kesilapan kita tersebut. Iaitu kita sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Serta kerap kali mengadakan sejuta macam alasan untuk tidak melakukan perubahan ke arah kebaikkan.


     Apa yang perlu ialah kita harus belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan, serta jangan sesekali mengulangi nya lagi di masa hadapan. Menilai apa punca kita melakukan kesilapan tu, menilai balik diri kita, serta mengkaji apa yang kita boleh pelajari dari kesilapan itu. Iaitu apa yang kita boleh jadikan ikhtibar sebagai panduan hidup di masa hadapan. Jangan sesekali menyalahkan takdir dan orang sekeliling atas kesilapan dan kekhilafan diri kita sendiri. Belajarlah menjadi manusia yang tidak berlagak dan menyombong diri serta sanggup mengakui kekhilafan diri sendiri. Belajar untuk menerima kegagalan serta belajarlah untuk mengakui kesilapan. Jangan hanya tahu menuding jari kearah individu lain. Kerana jika satu jari kita tujukan kearah seseorang, ingatlah bahawa empat lagi jari kita sedang menunjuk ke arah diri kita sendiri.


      Janaganlah sesekali kita menjadi individu yang hanya suka mencari dan menceritakan setiap inci kekurang diri orang lain. Sedangkan setiap inci kekurangan diri kita, kita cuba sembunyikan di bawah kain buruk pengesat kaki. Belajarlah mencari kekhilafan dan kekurangan diri sendiri, perbaiki kekurangan diri kita. Serta sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa meminta maaf setiap kali kita bersalah atau kita berada di situasai yang salah. Jika kita berada di pihak yang benar sekalipun, tak salah jika kita meminta maaf kepada orang yang menuduh atau memfitnah kita itu. Kerana pasti ada kesilapan kita di mana-mana hingga boleh menyebabkan stuasi itu berlaku. Meminta maaf dalam keadaan kita tak bersalah, itu membawa maksud kita seorang individu yang pemaaf dan penyayang serta bersikap terbuka dalam kehidupan. Jangan bimbang jika kita berada di pihak yang benar, kerana kebenaran itu pasti akan terungkap jua suatu hari nanti.


     Untuk menjadi seseorang individu dewasa, haruslah berfikiran matang dan terbuka. Iaitu sanggup mengakui kesilapan diri sendiri, sentiasa meminta maaf, sentiasa memaafkan, sentiasa bersikap tenang dan tabah dalam apa jua dilema yang sedang dihadapinya dalam kehidupan. Sentiasa bermuhasabah diri serta sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Senantiasa bersemangat untuk menjalani kehidupannya sehari-hari. Kita harusnya menghargai diri kita sendiri dan jangan sesekali menghina diri sendiri. Kerana perbuatan seumpama itu boleh melemahkan semangat kita. Seharusnya kita berfikiran kehadapan, dan sentiasa menyayangi diri kita dengan sentiasa bersemangat dan bermotivasi serta sentiasa berfikiran positive. Tetapi janganlah pula kita keterlaluan memuji-muji diri sendiri, keran di khuatiri pula akan menjadi riak dalam diri kita, hingga menjadikan kita individu yang sentiasa memandang kecil kepada orang lain.

Akhir kata, ceriakan hari mu dengan senyuman seindah pelangi, walaupun hati kamu kelam seperti awan mendung...Credit gambar kepada google image.


Sunday, October 16, 2011

Pantang Larang...Mitos Atau Fakta???

Hai semua...Selamat bercuti...






       Kamu pernah dengar pasal pantang larang...? Pasti pernah bukan. Sebab orang melayu nie memang terkenal dengan pelbagai pantang larang. Tapi persoalannya adakah ianya satu mitos semata-mata atau ianya membawa maksud yang tersirat berbentuk teguran dan nasihat..? Ialah umum mengetahuai bahawa orang melayu memang suka berkias dan berlapik dalam memberikan sesuatu teguran atau pandangan. Ini dilakukan agar tidaklah menyingung perasaan individu lain. Lihat, betapa indahnya peradaban adab-adab melayu dan betapa indahnya lenggok bahasa melayu itu. Baiklah, untuk tidak membuang masa mari kita teliti pantan larang tersebut dan cuba faham maksud yang tersirat di sebaliknya:-




Pantang Larang:- Jangan tunjuk pelangi dengan jari telunjuk nanti jari kudung.
Maksud:- Kita kalau mahu menunjuk ke arah sesuatu haruslah menggunakan ibu jari, supaya kelihatan lebih sopan. Jari telunjuk itu boleh membawa  maksud kita sedang marah.


Pantang Larang:- Jangan duduk depan pintu nanti lambat jodoh.
Maksud:- Kalau kita duduk dekat tengah-tegah pintu masuk, maka anya menggangu orang lain nak keluar masauk. Silap-silap orang itu boleh terjatuh kerana terlanggar kita yang duduk dekat tegah-tegah pintu.


Pantang Larang:- Jangan menyanyi-nyanyi semasa berada di dapur, nanti dapat jodoh orang yang tua.
Maksud:- Adalah kurang sopan sesorang itu memasak atau sedang menyediakan makanan sambil menyanyi. Bukankah lebih baik jika dia membaca doa.






Pantang Larang:- Jangan makan pindah randah(bertukar temapat duduk), nanti perkahwinan tak kekal. Banyak suami.
Maksud:- Adalah tidak sopan apabila seseorang itu makan pindah randah kedudukannya. Semasa makan haruslah menjaga adab sopannya.


Pantang Larang:- Jangan makan bertatang (makan sambil menatang pinggan makan. Sambil makn dalam keadaan berdiri atau duduk dalam keadaan kurang sopan.) Nanti suami mudah cari lain.
Maksud:-Adalah tak sopan makan dalam keadaan begitu lebih-lebih lagi bagi sesorang yang bergelar gadis, seharusnya kita jaga tatasusila adab ketika makan.


Pantang Larang:- Jangan makan tebu pagi-pagi nanti seperti makan darah ibu sendiri, Jangan makan tebu waktu senja nanti seperti makan darah ayah sendiri.
Maksud:- Tak elok makan tebu diwaktu pagi kerana pada masa itu sepatutnya kita bersarapan. Tak elok makan tebu waktu maghrib kerana sepatutnya di waktu itu kita sepatutnya bersolat maghrib dan bukanya sibuk di ladang tebu..






Pantang Larang:- Jangan jahit pakaian ketika pakaian berada di badan nanti pendek umur.
Maksud:-Yalah kalau kita menjahit baju ketika baju tue masih tersarung di badan, takutlah nanti kita tercucuk jarum kat bdan sendiri dan tercedera. Jadi haruslah berhati-hati ketika menjahit.


Pantang Larang:- Jangan Menjahit waktu malam, nanti mata rabun.
Maksud:- Menjahit tanpa henti dari siang smapai ke malam memang boleh menyebabkan mata menjadi rosak. Lebih-lebih pada waktu dahulu tiada bekalan eletrik dan orang dahulu gunakan lampu minyak tanah atau pun lilin, jadi sukar untuk menjahit pada waktu malam. Zaman sekarang rasanya dah takder masaalah nak menjahit bila-bila masa.






Pantang Larang:- Jangan petik atau patahkan pokok pada waktu malam, nanti kena kacau dengan hantu.
Maksud:- Kalau kita petka atau patahkan pokok pada waktu malam, maka tak ustahil untuk kita terkena gigitan haiwan atau serangga berbisa macam ulat bulu dan sebagainya. Sebab pada waktu malam susana gelap, jadi kita tak nampak jika di situ ada ular atau sebaginya.




    Sebenarnya ada macam-macam lagi pantang larang orang melayu dulu-dulu. Tapi setakat ini sahajalah yang dapat saya list kan dalam entry ini. Maksud dari setiap pantang larang tue saya yang buat sendiri berdasarkan apa yang saya faham. Dari dulu lagi saya tertanya-tanya akan maksud setiap pantang larang itu. Apabila dah boleh berfikir baru tahu apa maksud nya yang sebenar.  Rasanya orang dulu-dulu buat pantang larang nie sebab nak bagi teguran kat anak-anak mereka yang rata-rata bersikap degil, jadi dengan cara begini mungkin kanak-kanak kecil akan mengikut kata orang tua.


Credit Gambar kepada Google Image.

Saturday, October 15, 2011

Kenangan..Haruskah Di Lupakan...?

Hai Semua...Selamat berhujung minggu..



    Setiap orang pasti akan ada kenangan dalam sepanjang hidup nya..Tak kiralah kenangan yang sedih atau gembira..Itu semua  adalah perkara-perkara yang boleh menjadikan hidup kita lebih berwarna-warni. Ramai yang berkata kenangan lalu haruslah di lupakan. Mereka juga kata, usah di ingat kenangan lalu jika kita mahu menjadi seseorang yang berjaya dan bahagia pada hari ini.

     Secara jujurnya saya tak bersetuju dengan pendapat ini. Sebab pendapat saya, jika kita menjadi insan yang terlalu mudah melupakan sesuatu, kita takan menjadi individu yang berjaya. Kenapa saya berkata begini..??? Contohnya, adakah kita perlu meluapkan sejarah silam, adakah kita perlu menjadi manusia yang bongkak dan mendabik dada dengan kesenangan yang kita kecapi pada hari ini...? Serta menjadi manusia yang tak mengenang jasa pejuang-pejuang terdahulu. Bukankan kita sepatutnya mengenang jasa mereka-mereka yang pernah berbakti buat agama, bagnsa dan negara. Bukankah lebih baik kita menjadi manusia yang sentiasa menghargai jasa orang-orang yang berbuat baik kepada kita..


    Setiap, kenangan itu jangan terus di lupakan begitu sahaja. Seharusnya apa yang baik di masa lalu kita mabil sebgai contoh dan panduan untuk hidup kita di masa-masa akan datang. Manakala apa jua kesilapan kita pada masa lalu, sehrusnya di jadikn sebgai ikhtibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa kini dan masa-masa yang akan datang.
    Menjadi manusia yan mudah melupakan kesilapannya begitu sahaja bermakna anda menjadi manusia yan tak pernha mengambil ikhtibar dan tak pernah mahu belajar sesuatu dari kesilapan yang anda pernah lakukan. Maka tak mustahil anda akan mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Maka sebab itulah saya kata, sejarah dan kenangan lalu usahlah di lupakan begtu sahaja. Ada sesuatu yang boleh kita pelajar darinya, supaya kita menjadi individu yang lebih barjaya pada har ini dan lebih matang dalam berfikir serta bertindak dan menjadi manusia yang lebih tenang dan tabah..


    Dalam hidup ini ada kenangan yang bahagia, zaman kita sedang suka dan sedang ketawa senang..Ceria di kelilingi kawan-kawan, kelurga dan insan tersayang, bahagia bila cita-cita dan mpian tercapai..Tapi dalam hidup ini juga ada kenangan yang memeritkan, zaman kita sedang berduka , waktu kita sedang bermuram durja, waktu kita sedang bersendirian dan kesepian, waktu kita sedang menitiskan air mata kesedihan..Itu semua adalah perkara normal dalam kehidupan.

     Belajar mengkaji setiap ikhtibar yang boleh kita pelajari dari masa lalu. Janganlah masa lalu di biar berlalu begitu sahaja. Janganlah menjadi individu yang mudah lupa akan sejarah lalu. Berlajarlah menjadi individu yang psoitive dengan mengangap setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan pasti membawa sesuatu maksud yang tersurat, yang tak lain supaya menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur dan bersemangat menghadapi hari esok..

Sebelum saya akhiri entry ini mari kita dengar bersama lagu ini:-


P.S:- Entry ini hanyalah idea picisan saya, credit gambar google image

Friday, October 14, 2011

Puisi:-Jika Aku Pergi Dahulu...


Jika hari ini adalah hari terakhirku...
Jika esok tiada lagi aku di muka bumi...
Adakah amalan aku sudah sedia mencukupi...?
Untuk bekalan hari akhirat ku nanti..?
Aku rasa masih belum bersedia..
Kerana aku pasti dan tahu...
Amalan ibadah ku belum cukup lagi..
Lantas mengapakah aku masih terkesima dengan indahnya duniawi..
Jika aku sudah tahu dunia ini hanyalah sementara..
Mengapakah aku seakan berkhayal dan terleka dalam dunia khayalan sementara..?
Jika nyawaku terhenti di sini...
Masih sempatkah aku berbakti kepada kedua orang tua ku dan kepada agama aku...?
Rasanya terlalu sikit bakti ku buat semua..
Lantas masih adakah waktu untuk aku..?
Kenapa tak aku gunakan sahaja waktu yang berlalu pergi sebaiknya..?
Berbakti kepada agama, masyarakat dan kedua orang tua ku..?
Bukankah di usia muda remaja ini seharusnya aku gunakan sebaiknya....
Bukankah lebih baik jika aku menghargai masa muda ini..
Hari tua..?
Adakah hari-hari usia tua buat aku..?
Pasti kah aku, aku akan hidup sampai hari tua..?
Jadi mengapa harus aku lengahkan masa muda ku ini..?
Jika esok aku pergi...
Bersedia kah aku untuk menghadapi mati..?
Ya, semua ini kerana mati itu pasti...
Tanpa pernah mengenal usia tua atau muda...
Jadi aku haruslah snetiasa bersedia menghadapi mati..
Takkan boleh di undur walau sesaat jika ajal sudah tiba...
Harapan dan doaku agar aku mati dalam Islam...
Aku mahu kekal sebagai Islam sehingga hujung nyawaku nanti..



Ps:- Puisi picisan ini adalah sepenuh nya hasil idea asal penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com).Penerbitan semula adlaah di larang.Hak cipta terpelihara.Saya mendapat ilham untuk membuat puisi ini semasa saya tidak sihat minggu lepas..

Thursday, October 13, 2011

Cita-Cita + Impian Vs Realiti Kehidupan



Hai Semua...


      Setiap dari kita mesti ada cita-cita  + impian yang ingin kita capai kan..? Dari keck lagi kita dah di soal "apa cita-cita kamu bila dah besar?". Bila dah "besar" nie kamu rasa ada tak cita-cita + impian kamu yang masih belum tertunai..? Kiranya cita-cita + impian kamu tue masih tergendala tertangguh lagi.Serta kamu pun tak tahu bila akan dapat melaksanakan cita-cita tersebut.

       Cita-cita + impian nie sangat penting dalam kehidupan. Ianya adalah supaya kita lebih bermotivasi dan lebih berusaha dalam mengejar matlamat hidup kita. Kalau kita sendiri tak pasti apa cita-cita + impian kita, itu adalah sangat bahaya. Kerana kita sendiri tak pasti apa yang kita nak capai dalam hidup, apa matlamat kita. 
Hidup tanpa matlamat adalah seperti hidup tanpa arah tujuan. Jadi cita-cita  + impian sangat penting. Apabila adanya matlamat barulah akan datangnya usaha untuk capai matlamat tersebut. 


         Cita-cita sahaja, tanpa usaha adalah seperti angan-angan mat jenin. Iaitu  angan-angan kosong tanpa melakukan sebrang tindakan ke arah usaha untuk mencapai cita-cita. Jadi ini juga berbahaya. Apa yang perlu ialah, kamu perlu ikut formula ini: C.U.D.T...Apa pulak nie? C = Cita-cita, U = Usaha, D = Doa , 
T = Tawakal.

       Seseorang yang hanya sentiasa  berusaha tanpa pernah berdoa adalah orang yang sangat sombong. Seseorang yang sentiasa berdoa tanap langsung berusaha adalah manusia yang malas. Seseorang yang tidak bertawakal adalah seseorang yang tidak percaya akan ketentuan yang telah di tetapkan kepada dirinya dan tidak bersyukur atas nikmat yang telah  diperolehinya.

        Ini adalah formula yang sangat mudah bukan? Tetapkan matlamat, usaha sedaya upaya yang termampu, kemudian tak jemu berdoa seterusnya barulah kamu bertawakal. Semua ini haruslah berterusan sepanjang kehidupan kamu.Ingat, jangan sesekali lupakan Tuhan Yang Maha Esa setelah kamu memperolehi cita-cita kamu.


          Kadangkala dalam kita sedang berusaha nak mencapai cita-cita maka bnayaklah halangan dan rintangan yang kita kena tempuhi. Anggaplah itu semua sebagai asam garam kehidupan. Tiada manusia yang tak di timpa masaalah, dan setia masaalah pasti ada jalan penyelesaian. Anggaplah sahaja masaalah itu sebgai cabaran hidup untuk menjadikan kamu manusia yang lebih matang dalam berfikir dan bertindak serta lebih cekap dalam membuat keputusan dan lebih sabar + tabah. Apa yang penting ialah tabahkan hat kamu dna kuatkan semangat kamu.

           Kadangkala kita juga tersepit di persimpanagan. Sama ada terus mengejar cita-cita yang kita impikan atau memikul tangungjawab yang tersedia tergalas di bahu kita. Kadangkala juga kita terpaksa membuat pilihan dalam mencorak masa depan. Kedua-duanya  di rasakan sangat baik untuk kita, tapi kita terpaksa melepaskan salah satu darinya. Maka dengan itu berdoalah agar kita mudah membuat pilihan yang tepat. Mintalah pandangan dan pendapat dari individu terdekat. Buatlah keputusan yang tepat untuk hidup  kamu sendiri, dan jangan pernah sesali keputusan itu. Fikir baik buruknya dahulu.

         Kadangkala tak semua yang kita impikan kita dapat. Dan tak semua yang kita dapat itu yang kita mahu. Tapi sedarkah kita bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin apa yang kita mahu itu tak bersesuaian dengan diri kita maka dengan itu kita memperolehi apa yang kita dapat sekarang ini. Mungkin apa yang kita dapat ini adalah perkara yang terbaik malah lebih baik dari apa yang kita mahukan itu. Maka untuk itu belajarlah menjadi individu yang bersyukur dan sentiasa berfikiran positive dan bersikap optimis dalam mengejar cita-cita.

"Kalau saya Tak berhenti kolej, Apple takkan terjadi"- Steve Jobs .Jika dia tidak berhenti dari kolej maka tiadalah produk-produk gadjet canggih sperti IPad,Iphone tue semua.. Daripada kata-kata ini, bolehlah kita rumuskan bahawa seseuatu itu terjadi pasti ada hikmahnya, mungkin kini kta belum boleh melihat hikmah tu. tapi pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..


   Biar apa pun individu di sekeliling mahu berkata atau menilai mengenai cita-cita kamu itu, biarkan sahaja.Biarkan sahaja mereka berbunyi tanpa henti ibarat burung yang berkicauan di angin lalu. Jangan pula di masukkan ke dalam hati. Jika mereka member respon positive, angaplah ia sebagai  pendorong semangat kamu. Jika mereka memberi komen negatif, anggaplah ia sebagi pembakar semangat kamu. Buktikan kepada semua yang kamu boleh menjadi insan yang berjaya dan bahagia. Jadi kamu haruslah kuat semangat..! 

Oh ya, sebelum saya akhiri entry ini. Mari kita baca sikit kata-kata dari Steve Jobs nie:-

"Jangan berputus asa dengan apa yang anda lakukan, hidup tidak terhenti pada satu tempat sahaja"

"Buat sesuatu seperti anda akan mati esok dan buatlah sesuatu seakan anda akan hidup seribu tahun"

"Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda. Apa yang lebih penting anda perlu berani ikut kata hati dan naluri anda"


Nota:- Entry ini hanyalah pandangan picisan penulis blog ini. Gambar adalah diperolehi dari google image.

Monday, October 10, 2011

Penakut, Fobia Dengan Hospital...(=_=)"

Hai semua... Ape khabar...?
     Sebelum saya memulakan bicara, saya nak minta maaf sebab belum dapat blogwalking ke blog kamu-kamu yang dah comment kat blog saya beberapa hari lepas. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan saya..(^__^) InsyaAllah dalam masa yang terdekat,  saya akan bw ke blog kamu seperti selalu..



    Saya memang tengah tak sihat sejak dari minggu lepas, demam..Bila dah ok, demam balik semula...Hari selasa dan rabu  minggu lepas cuti kerja dan pergi clinic untuk dapatkan rawatan..Hari khamis dah start keja semula, walaupun masih demam sikit-sikit tapi dah ade nampak perubahan positive..Hari sabtu pergi ke office untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh dan kemas meja + file...Sebab minggu nie dah ade audit...Mula-mula ingatkan hari ahad nak datang office lagi, tapi tak boleh..Sebab saya dah tak sihat..Hari sabtu malam, saya sakit semula..Suhu demam naik mendadak  semula..Nasib baik ade seorang kawan yang perihatin dan mengambil berat..Dia yang drive dan hantar saya ke hospital. Di kesempatan nie nak ucapkan terima kasih kat ibu bapa saya, kawan saya beserta ibunya yang sudi hantar saya ke hospital...terharu..:')



   Sampai kat hospital masa tue dah dalam dekat pukul 9 lebih kot...tunggulah giliran kat luar..Bila masuk jumpe nurse, nurse suruh makan ubat demam dulu sementara nak tunggu doctor..Memang masa tue orang ramai kat hospital..Ramai jugak yang demam, ada jugak yang accident  luka sana sini..Err tu semua saya tak takut, saya tak takut darah pun..ecewah...(^___^)  Tunggu lagi beberapa minit, kemudian tiba giliran saya nak jumpe doctor tue. Kamu tahu, doctor tue tersalah sebut nama saya..! Yeah, takpe lah ramai jer orang terslaah sebut..Nama panjang sangat lah katakan 14 huruf...huhuhu...Bila dah tersalah sebut tue, boleh pulak cakap "nama awak nie panjang sangat, susah nak sebut"..sedihnya...huhu..Doctor tue panggil saya nora, dan dekat ubat pun tulis norazaxxxxxxxxx, dekat ubat klinik pulak nama dia tulis naza, wah..dah macam nama jenama kereta nie..ehehe....Masa pegi dua klinik sebelum nie pun Doctor-doctor asyik panggil nama nora jer..Entah-entah Doctor nie nak tengok teater The Secret Of Nora kot...huhuhu..Moralnya jangan letak nama pnajang-panjang sangat.


  Bila dah jumpe Doctor tue, kemudian Doctor tue  suruh nurse inject untuk masukkan air dalam badan..Kira sebotol air (ape entah nama saitifik dia, saya tak tahu..huhu..)..Bab nak inject nie lah yang menyebabkan punca utama saya mengelak nak pegi hospital..Sangat takut..huhu..Perkara yang paling tak boleh belah nye adalah masa nak kena inject minta mak teman dan peluk mak sekuat hati sambil nangis..sangat malu..tapi nak buat macam mana, dah memang penakut..Bila nurse tanya"adik umur berapa?" kemudian saya jawab,"23 tahun..." dalam masa yang sama ada budak kecik umur 3  tahun yang demam kena inject, selamba jer tak nangis, malah budak tue boleh tengok balik muka saya..waa..malunya..

    Doctor tue dah pesan kalau demam lagi, cepat-cepat pegi hospital semula..tapi saya tak pergi pun..saya lebih prefer pergi klinik..Semuanya sebab takut kena inject...Yelah kalau duduk dalam wad nie memang asyik kena inject jer..Dulu masa umur 8 tahun penah masuk hospital dan itulah kali terakhir masuk hospital (setakat nie)..Tak mau, pegi hospital, nanti kena inject..dah lah sakit..nak inject-inject amik darah lah, masuk air lah, macam-macam..bertambah-tambah sakitlah jawabnya..Sebab tue lah hari nie demam semula saya tak nak pergi hospital, sebab tak nak kena inject..teeeeettttt... :p




Ps:- Dulu masa kecik-kecik cita-cita nak jadik nurse, bila dah pernah kena inject terus cancelled sebab takut dengan injection..huhuhu..Sorry ya, entry yang merapu..huhu..:p

Tuesday, October 4, 2011

Pahit Itu Penawar...



Hai..semoga kamu semua sihat sejahtera hendaknya..



    Hari  nie saya tak sihat dan dapat cuti sampai esok...tadi baru lepas maan ubat dan ia telah membuatkan saya terfikir sebuah perkataan:- "Pahit Itu Penawar".Maka tercetuslah rasa nak update entry nie , walaupun mata terkejam-kejam sebab mengatuk makan ubat..huhu..Saya tak reti telan pil, saya kalau makan pil mesti gigit dan kunyah. Dari kecik memang macam gni.Sebab tue saya dapat  rasakan yang ubat tue pahit..huhuhuhu..Dah cuba makan ubat dengan cara telan pil, tapi tak boleh mesti rasa na terceikik. Apalah kan umur dah 23 pun makan ubat macam budak kecik...huhu.. :p



Ok, berbalk kepada tpoik asal. Tekak kita sebagai manusia memang tak suka benda yang tak sedap, yang pahit, yang kelat...ita manusia hnaya suka pada kemanisan dan rasa yang sedap..Bila sesuatu makanan yang di telan tak sedap maka mulalah merungut, membebel..
  
    Begitu juga dengan kehidupan.Kebanyakkan manusia sentiasa mahukan keindahan, keceriaan dan kegembiraan..Semuanya mengimpikan kebahagaian. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu sendiri ramai lah yang sanggup berhempas pulas untuk mendapatkan rasa bahagia itu. Walaupun dengan cara yang salah. Ya, benar matlamat memang tak pernah menghalalkan cara. Tapi nafsu  yang membelenggu dan hati yang sentiasa terhasut itu sentiasa mudah terpengaruh. Sentiasa mahukan kesempurna itu dan ini, sehingga kadangkala manusia menjadi  lupa akan nikmat yang di perolehi. Sentiasa mahu mengejar kebendaan dan keduniaan sehingga kadang kala terleka dengan kehidupan dan lupa akan suruhan Tuhan.

  Apabila dilanda dugaan dan hidupnya penuh liku. Mulalah merungut dan mengomel. Hati menjadi rapuh berkeping-keping, semangat semakin luntur umpama helaian  kertas tisu. Jatuh dan terus jatuh, serta gagal bangun semula.Semua itu sebab apa..??? Sebab menjadi manusia yang tak tahu rasa bersyukur dan menjadi manusia yang lupa akan kewujudan Tuhan. Maka kerana itulah dia mudah rapuh dan patah, kerana tiada iman maka tiada lah cahaya kesabaran dan semangat ketabahan. Hati nya juga tidak kenal erti ketenangan. 

  Jadi jika berlaku sesuatu perkara berlaku. Angaplah ia sebagai sesuatu yang  positive. Sesuatu perkara berlaku itu pasti ada hikmahnya bukan..? Contohnya apabila kita sakit, maka dari kesakitan itu kita akan tahu nikamatnya apabila badan kita sihat. Maka dari situ akan menjadikan kita manusia yang lebih tahu menghargai dan mensyukuri akan sagala nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada kita. Dalam hidup yang singkat ini, kita perlu sentiasa bersukur dan menghargai dengan setiap apa jua yang kita perolehi. Dan jangan bazirkan masa kta dengan merungut itu dan ini. Jangan jadi manusia terlalu obses dengan sesuatu sehingga sanggup meninggalkan apa yang lebih perlu dan melanggar segala hukum demi mencapai kehendak kita. Bersederhanalah dalam kehidupan dan bersukurlah dengan apa yang kita perolehi. Maka dunia kita akan nyata lebih indah berseri-seri.


Ps:- Entry picisan ini hanyalah pandangan penulis blog ini. Credit Gambar kepada google Image.

Monday, October 3, 2011

Hari Isnin...??? Haruslah Ceria...(^___^)


Hai...Selamat Pagi Semua...(^___^)


    Hari nie hari Isnin kan..? Jadi bila hari isnin biasanya di kategorikan sebagai Monday Blues, Mood Monday
..Senang cakap, bila masuk hari isnin jer mesti jadi tak ceria..Sebab kena pergi kerja (bagi yang dah bekerja), Kena pegi kelas (bagi yang masih belajar)..
   
    Kenapa mesti begitu sahabatku...? Kenapa mesti bila hari isnin muka monyok dan badan menjadi lesu...? Kenapa bila hari isnin mesti tak bersemnagat, kurang ceria, kurang tenaga...? Mengapa harus di matikan mood hari isnin...?



     Harusnya, pada hari ini kita sepatutnya lebih bersemangat untuk memulakan hari baru di minggu yang baru..Barulah hari-hari kta yang seterusnya menjadi lebih ceria dan bahagia...Masaalah...? Semua orang punya masaalah yang tersendiri dan jangan pula di jadikan masaalah itu sebagai sesuatu yang membebankan. Jadikanlah ia sebagai satu cabaran dalam kehidupan. Jadikanlah ia sebagai satu perkara yang boleh mematangkan kita dalam menilai erti sebuah kehidupan..


     Tidak selesa dan kurang ceria dan situasi di tempat belajar atau kerja...? Tekanan yang melampau-lampau..?Usahlah begitu, seharusnya kita perlu bersyukur dengan apa ynag kita perolehi. Ya, bersyukur dengan pekerjaan kita sekarang, sekurang-kurangnya kita masih ada sumber rezeki untuk membeli sesuap nasi. Seharusnya kita bersyukur dengan tempat belajar kita sekarang, sekurang-kurangnya kita di kalangan individu yang betuah dan beruntung kerana berjaya melanjutkan pelajaran. Semestinya ilmu yang kita perolehi itu amat penting untuk membina masa depan kita yang lebih bahagia dan ceria, serta menjadi insan yang  berguna kepada bangsa dan agama. Jadi belajarlah untuk menghargai setiap apa yang kita perolehi pada hari ini.


   Berfikiran positive lah selalu dan sentiasa berlapang dada serta tenang menghadapi dugaan hidup. Bagaimana kamu mahu menjadi insan yang ceria jika kamu setiap saat dan detik hanya tahu merungut-merungut dan meleter..? Bagaimana kamu mahu jadi insan yang bahagia jika kamu  sentiasa bermasam muka, berhasad dengki, menyimpan dendam kesumat di hati, serta sentiasa beburuk sangaka terhadap seseorang dan sesuatu yan berada di sekitar kamu..? Adakah dengan berfikiran dan bersikap negative begini kamu akan ceria dan bahagia..???


   Jadi apa kata, kita semua memulakan hari ini dengan doa dan pengharapan agar hari ini dna hari-hari kita seterusnya lebih ceria. Mulakan hari mu setiap pagi dengan senyuman, kelak cerialah hidupmu walaupun kamu sedang dilanda kesulitan mahupun kesedihan. Berusahalah dengan gigih pada hari ini, untuk menjadikan hari-hari yang seterusnya lebih menarik dan menjadikan kita insan yang berjaya...Akhir kata, senyum-senyum selalu..Jangan selalu marah-marah ye, nanti cepat tua..Mahu awet muda..? Petuanya, kamu perlu sentiasa senyum..(^___^)

   Bagi yang akan memandu pada pagi ini, berhati-hati ye..Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Semoga kamu semua sihat sejahtera selalu dan ceria-ceria selalu..

Ps:- Entry ini adalah hanya pandangan penulis blog ini,Credit gambar:-google image

Sunday, October 2, 2011

~Soal Jawab Tentang Diriku~

About You!






1. What time is it?


-11.19PM


2. Name?


- NorZxxxxxSxxxxx


3. Nickname(s):


Merpati putih 88 (for my blog only)


4. Where were you born?


-Johor, Malaysia


5. What is your birthdate?


-28.7.1988




6. What do you want?


-I want to be a successful person


7. Where do you want to live?


- Japan




8. How many kids do you want?


- 4 boys and 4 girls...(^___^)


9. What would you want to name a girl?




Nurul Syuhada




10. What would you want to name a boy?


Amirul Syazwan


11. You want to get married?


Yes, I want..


12. Blood Type:-


O+


13. Hair Colour :-


Secret...


14.Weight :-


43 Kg


15.High :-


150cm





favorite...

1.Food?

~Asam Pedas, Laksa Johor,Nasi Ayam, Mee hun Sup, Mc'Donald, Lollipop , Chocolate Etc..

2. Colour? :


~white, black, blue, purple and red


3. Number?:


~8


4. Letter? :-


~ S


5. Season? :-


~Winter


6. Sports team? :-


~ Manchester United , Real Madrid and McLaren Mercedes


7.Chocolate Bar? :-


~Cadbury


8. Restaurant? :- 


McDonald's, Malay restaurant


9. Words? :-


~Take Care..


10.Movies:-


Action, Romance, Comedy and Anime





your...

1. Bedtime: -


~ 12.00PM


2. Most Missed Memory:


School time








do you prefer. 





1. Sun or moon?


-Moon




2. Winter or Fall?


-Winter


3. Left or right?


-Right


4. Vanilla ice cream or chocolate ice cream?


Chocolate Ice Cream..(^__^)


in the last month, have you? (yes or no)


1. Had a b/f or g/f?:- 


No


2. Bought something you didn't need:


Yes


3. Sang in front of people:


No


4.Missed someone:-


Yes


5. Cried:


Yes





do you prefer. .

1. Flowers or candy?


~Candy


2. Gray or black?


~Black


3. Color or Black and white photos?


~Black and white photos


4. Lust or love?


~Love


5. Sunrise or sunset?


~Sunset








PS:- Boring-boring jawab soalan survey nie...hehee..teringat lak zaman-zaman myspace dulu...huhu..




Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...