Translate

Monday, January 28, 2013

Momo...Kucing Tersayang Pergi Buat Selamanya.


Ini momo...
Kucing yang sangat disayangi...
Dulu kami sekeluarga ada si Mickey Sasuke..
Tapi si Mickey dah hilang...
Kemudian 31.Jan.2012, kami pelihara Momo sebagai kucing angkat mengantikan tempat si Mickey..
Masa tu, kami terima Momo masa umur dia dua bulan daripada kakak angkat saya... 
Momo kucing yang unik, sebab dia pandai mengurut...!
Tapi dia akan urut kalau dia ikhlas ajer...
Kalau dia tengah takde mood, jangan harap lah dia nak tolong urut..!
Dia nie kucing yang paling manjer...
Terlampau manjer pun ada...
Sebab mak ayah dia dah mati kena langgar, dan dia takde adik beradik (Adik beradik dah hilang kena culik dan ade yang mati kena langgar) jadi dia punya manjer memang lebih sikit berbanding kucing yang  ada mak ayah..
Dia akan ikut kemana mak dan ayah saya pergi...
Selalu dia temankan mak kat rumah, teman mak masak, teman mak pergi tanam pokok, pergi buang sampah..
Selalu jugak dia temankan ayah pegi tebas-tebas rumput belakang rumah, tebang pokok, bakar sampah..
Dia nie memang suka temankan mak dan ayah saya masa kat rumah...
Kalau saya tengah siapkan kerja-kerja office yang saya bawa balik ke rumah atau taip blog mesti dia akan temankan..
Kalau nak tidur pun nak peluk mak...
Sebelum tidur mesti nak kena dodoi kan macam baby...
Manjernya dia macam baby dengan emaknya..
Kalau kami sekeluarga pergi jalan-jalan dan dia tinggal kat rumah, mesti dia masamkan muka tanda merajuk..
Kalau kena marah merajuk, kalau kena leter merajuk, kalau kena tinggal kat rumah merajuk...
Tabiat negatif dia, kalau marah suka berak atau kencing rata-rata dan jugak cekau-cekau beg saya...
Sebab dia marah bila dia nak manjer-manjer atau nak main bola kita tak layan sebab busy...
Dia nie spesis kucing yang suka main bola, suka tengok tv, suka termenung kat tingkap...
Dia suka makan, satu hari 6-7 kali makan...!
Suka mandi, kalau nak berak atau kencing pegi kat bilik air dan mesti kita kena tutup pintu! kalau nak berak kat luar mesti nak jauh-jauh kat semak yang takde orang boleh nampak! (spesis kucing jantan pemalu..huhuhu..)
Dia nie fobia dengan kereta, bunyi kereta  / motor, bunyi guruh / petir, tak suka nak merayap sangat, tapi sebelum dia hilang selalu jugak merayap ber dating dengan awek...huhuhu..


~seganlah nak ambik gambar nie~

~malas nak senyum, takde mood ok..
nak dating pun tak dapat~


~Hai saya momo! comel tak saya...??~

Tapi sekarang nie....Semua tu hanya tinggal kenangan...
Minggu lepas,19.1.2013 dia keluar rumah..
Seminggu jugak lah hilang, cari-cari kat merata tempat pun tak jumpa...
Lepas seminggu hilang,26.1.2012  jiran sebelah jumpa bangkai kucing kat semak bekang rumah jiran kami...
Tengok dekat situ, memang Momo!
Cuma tinggal tulang-tulang badan dia, dan serpihan badan dia sikit + bulu badan dia yang dah dikerumuni ulat...
Perasaan masa tue bercampur baur, sedih yang teramat sangat..
Masa tengah kutip tulang dia, macam terdengar-dengar suara dia mengiau panggil-panggil saya..
Tak dapat nak tahan air mata, terus nanges kat situ jugak...(T_____T)
Kami(saya dan ayah) punggut semua tulang dia & sepihan badan dia, kemudian tanam dekat belakang rumah...
Sekarang nie kalau bukak tingkap pagi-pagi mesti ternampak pusara Momo...
Rindunya dekat dia..
Selalu kalau saya balik kerja mesti dia tunggu kat depan pintu tak pun kat tepi tingkap..
Lepas nie dah takde lagi dah...



nie gambar Momo masa kecik...:(

Thursday, January 24, 2013

Idola Sepanjang Zaman...




Siapakah dia Idola sebenar bagi kita...?
Semestinya dia adalah Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad SAW...

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

(Surah Al-Ahzaab, ayat 21)

Akhlak Rasulullah SAW lah yang wajar kita contohi malah sangat wajar kita teladani dalam kehidupan seharian..

Akhlaknya yang terpuji dan mempunyai budi pekerti yang mulia wajar dicontohi.....
Mempunyai sifat sopan santun, lemah lembut, menghormati orang lain, penagsih penyayang dan sentiasa memberikan layanan yang baik kepada semua orang tanpa mengira batas agama mahupun kaum..
Sehingga dengan sikap pekerti mulia Baginda SAW itulah ia dapat menarik hati mereka yang dulunya dikalangan musuh-musuh Islam terpikat untuk memeluk Islam, lantas mereka juga berjuang bersama -sama Baginda SAW menegakkan agama Islam dan bersama-sama menyebarkan dakwah Islamiah ke seantero pelusuk dunia...
Rasulullah SAW sangat jujur dan  tidak pernah sesekali berbohong sehingga Rasulullah SAW mendapat gelaran Al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy..
Malah kerana kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasan Rasulullah SAW dalam  menguruskan perniagaan  Saidatina Khadijah RA ia  telah menarik hati Saidatina Khadijah RA duntuk melamar Baginda SAW dan seterusya berkahwin. Baginda SAW dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Saidatina Khadijah RA.....




     Bagi kita yang hidup pada zaman yang serba mencabar ini, haruslah kita contohi akhlak Baginda SAW ini...Sentiasalah amalkan sikap-sikap terpuji seperti Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan ianya sentaiasa sesuai diamalkan oleh kita semua (tak kira kita ini dari golongan mana) ...
Jika kita ini peniaga maka berniagalah dengan jujur, usah bimbang takut tak rugi jika tak jujur. Rezeki sentiasa ada, malah jika kita berlaku jujur pasti rezeki kita akan berlipat ganda dan kita juga mendapat rezeki yang berkat untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Jika kita seorang pendakwah atau kita sedang berusaha untuk berdakwah, maka berdakwah lah dengan berhikmah dan berlemah lembut, lihat saja Rasulullah SAW, Baginda SAW tidak pernah berkasar dalam usaha dakwah malah sentiasa menghormati semua orang termasuklah mereka yang benci akan usaha dakwah Baginda..Tunjukkanlah sidat-sifat terpuji seperti ini, pasti kita juga secara tak langsung dapat menarik hati sahabat kita yang bukan Islam untuk mendekati Islam dan menghormati agama kita..Berbuat baiklah dengan semua orang tidak kira siapa pun dia.. Walaupun orang itu memusuhi kita, jika kita sentiasa berbuat baik dengannya maka dia juga akan kagum dan menghormati kita, usahlah musuh yang membenci kita lawan dengan benci, tapi lawanlah kebencian itu dengan kasih sayang seikhlas dan setulus hati kita yang murni..



   Akhir kata dari saya, Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia.. Bersama-sama lah kita mengahayati sirah riwayat hidup  Rasulullah SAW dan bersamalah kita mengamalkan segala sifat-sifat terpuji seperti Baginda SAW serta bersamalah kita berusaha untuk mengamalkan segala sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian kita...

   
   

P/s: Ini adalah entry ringkas coretan dari saya, mohon maaf jika ada kelemahan dan kekhilafan dimana-mana..

Saturday, January 12, 2013

Semangat Warga Palestine




Mereka yang tak gentar menentang musuh walau tanpa senjata,
Mereka yang kental berjuang tanpa erti putus asa demi membela maruah negara bangsa yang sekian lama tercalar dan dirobek oleh Zionist...
Mereka lah warga Palestin yang berhati jitu kekal dan utuh tanpa gentar dengan si musuh yang menceroboh...
Semoga kemerdekaan dan keamanan menjadi milik mereka jua akhirnya...


Dan kita sebagai manusia usahlah hanya perihatin bermusim...
Keperihatinan kita itu harus diteruskan setiap waktu selagi bumi mereka masih dijajah...
Bantulah mereka dalam segenap ruang yang kita mampu dan selagi boleh kita usahakan untuk membantu...
Semangat juang mereka lah yang patut kita contohi dan kita amalkan dalam hidup...
Lihat walaupun bumi mereka ditindas dan dijajah tapi mereka tak pernah mengenal erti kalah atau patah semangat untuk berjuang...
Jika kita ini baru ditimpa musibah kecil sudah merungut, lihatlah ada insan lain yang diduga lebih hebat..
Bersabarlah dengans etiap dugaan hidup dan teruskan usaha demi hari-hari yang akan datang...

P/s: Ini  hanyalah sekadar entry ringkas dari saya, luahan dan penadapat picisan daripada saya selaku penulis dan pemilik blog ini. Kredit gambar Aman Palestine Malaysia..

Thursday, January 10, 2013

Puisi: Tabah Yang Indah...


Hidup ini indah,
Namun dalam keindahan itu terselit dugaan yang datang menerjah,
Apabila dugaan datang dalam hidupmu kau janganlah melatah,
Harusnya kau laluinya dengan tabah,
Laluilah setiap liku-liku dugaan itu dengan jiwa yang kental,
Hati haruslah cekal,
Semangat haruslah kebal,
Jangan mudah menyerah,
Jangan cepat mengaku kalah,

Kadangkala kau jua perlu tutup telinga bila terdengar kata sinis,
Hati haruslah kuat,
Jangan mudah koyak,
Jangan mudah patah,
Jadikan kata sinis itu sebagai penguat semangat pencetus kejayaan,
Jangan jadikan kata sinis itu sebagai pemusnah masa depan,
Hidup kau maka kaulah jua yang mencorakknya,
Pastikan memilih corak yang sesuai,
Agar setiap usaha yang kau semai,
Akan membuahkan hasil yang boleh dituai,
Masa ini bukan masa untuk dibuang sahaja,
Tapi setiap masa ini penentu masa depan kau jua,
Dalam membuat pilihan usah tersilap langakah,
Kerana kelak hidup kau juga yang patah tebelah-belah,
Maka sabar dan tabahlah selalu,
Biarkan kisah suram yang kusam itu berlalu,
Biarkan ia menjadi pengajaran dalam hidupmu,
Agar ia boleh mendewasakan kamu,
Agar ia boleh mematangkan kamu,
Tapi hari ini dan masa depan haruslah kau tempuhi,
Gagahkan jiwa dan semangat kamu setiap hari,
Berbekalkan azam yang terpatri disanubari,
Berlandaskan usaha dan doa yang tak pernah bertepi,
Pasti kejayaan akan menjadi milik mu nanti,
Pasti ia manis untuk dimiliki,
Maka tabahlah selalu,
Kerana tabah itu membuahkan hasil yang indah...


Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya hasil nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Terhasilnya puisi ini beberapa saat yang lalu, iaitu ketika saya sedang menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan...Semoga awak semua yang membacanya akan setiasa tabah dalam kehidupan...Serta semoga sentiasa ceria walau apa pun dugaan yang menimpa, saya doakan semoga kerjaayan bakal menjadi milik awak jua satu hari nanti...Bak kata pepatah Inggeris: " If you wish a life without pain, You'll never see the beauty of a rainbow after the rain.." 
Maka teruskan berjuang!(^___^)


P/s:Mari dengarkan lagu kegemaran saya(Suka sangat lirik dia):-
Pelita by A.P.I


Friday, January 4, 2013

Puisi: Si Kacak Yang Cantik....



Dia Lelaki kacak,
Punya rupa dan punya segalanya,
Kerana goyah dengan hasutan dunia,
Dia terleka dan terpedaya,
Terbuai dalam mimpi yang sementara,
Terlena dalam mimpi dan mahu lari dari realiti yang pasti,
Terlahirnya dia sebagai lelaki sejati,
Itulah hakikat yang pasti,
Namun sukar dicerna dan diterima olehnya,
Kerana hasutan kata hati yang sudah mati,
Dia sukar menerima dan sukar mensyukuri akan nikmat Ilahi,
Dia tidak menerima hakikat kejadiannya adalah sebagai lelaki,
Dia seperti mahu lari dari realiti,
Lalu pergilah dia mencari-cari indentiti yang tak pasti,
Berubah menjadi wanita dan tak mahu menjadi lelaki!
Jadilah dia lelaki kacak disebalik wajah gadis cantik,
Cantiknya itu hanyalah plastik,
Yang perlu disuntik di situ di sini,
Yang perlu telan pil setiap waktu, setiap hari,
Dia bangga dengan kecantikan palsu yang dia punya,
Namun lupakah dia akan nikmat Ilahi kepadanya..?
Lupakah dia akan hakikat kejadian dia di muka bumi..?
Lupakah dia yang hidup ini tidaklah lama,
Kerana setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua,
Lalu mengapa diikutkan kata hati yang terbuai dengan nafsu duniawi..?
Semoga satu hari nanti akan terbitlah rasa insaf di hatinya,
Semoga dimasa depan dia bertemulah jua jalan kebenaran dalam realiti hidupnya,
Semoga itu semua berlaku sebelum dia menghembuskan nafas akhir pergi tinggalkan dunia...



Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya hasil nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Terhasilnya puisi ini selepas terlihat di kaca tv dan terbaca di akhbar kisah lelaki yang taksub untuk menjadi perempuan hingga sanggup pakai baju perempuan, lebih sadis sanggup pula tukar jantina. Namun.. siapalah kita untuk terus menghukum, menuding jari dan menghina..Daripada kita sibuk menghina, lebih baiklah kita berdoa agar terbukalah pintu hati mereka semua ini untuk kembali kejalan yang diredhai-Nya... Doa saya, semoga mereka akan menerima hidayah dari-Nya dan kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat..:')

  Lukisan  diatas adalah hasil contengan saya...Maaf kerana tidak punya bakat seni lukis..:p

p/s: puisi ini adalah kesinambungan dari entry saya yang berikut:

Tomboy vs Pengkid vs Lesbian

dalam entry tersebut saya kupas isu wanita mahu menjadi lelaki manakala dalam puisi ini pula saya kupas isu lelaki menjadi wanita...Mahu menulis entry penuh tapi kekurang masa...

Wednesday, January 2, 2013

~Kenangan 2012~



Hai Semua...Selamat Tahun Baru...!!!



Kenangan lalu usah dilupa, sisipkan di dalam ingatan untuk jadi kenangan-kenangan atau untuk jadikan ia sebagai panduan, pengajaran yang mematangkan kita bagi menempuhi kehidupan di hari-hari yang akan datang di masa hadapan...(^___^)


Ini semua imbasan memori yang pernah saya lalui sepanjang tahun lepas 2012 yang baru saja berakhir..=)



Tempat Menarik:


~Johor Premium Outlet~

~Universal Studio Singapore~
~Melaka~
~Kluang~
~Legoland~
~Bandar Jaybee~
~Tasik Merdeka~
~Danga Bay~



Lagu Paling Minat:


Terukir Dibintang-Yuna

Lagu-Bedroom Sanctuary
Pelangi Senja-Stacy
As Long As You Love Me- Justin Bieber
Terlalu Mencintaimu-Suki
Andaiku Bercinta Lagi-Mojo
Anak Kampung- Jimmy Palikat
Cerita Dia-Drama Band
Jerrypah-Aizat
Aku Suka Dia-Ainan Tasneem
Part Of Me-Katy Perry
I Knew you Were Trouble- Taylor Swift
Coffee-Yuna
One More Night- Maroon 5
What Makes You Beautiful-One Direction
One Thing-One Direction
Somebody That I Used To Know -Gotye Ft Kimbra
Glad You Came- The Wanted
I Found you-The Wanted



Filem Paling Minat:


Mirror Mirror

Marvel The Avenger
Snow White And The Hunstman
Upside Down

Drama TV Paling Minat:


Aku, Dia Dan Tong Sampah-TV9

Seindah Sakura-TV3
Mimpi Cinderella-TV3
Vanilla Coklat -TV3


Kenangan Manis / Gembira:


~Jumpa kawan-kawan baru masa berkursus di Intan,Kluang , kursus induksi umum dan khusus di ILP,JB...~

~Berjumpa semula dengan kawan-kawan lama masa sama sekolah...~
~Berjumpa semula dengan kawan serumah (masa zaman study kat Poli Merlimau) yang dah sekian lama terpisah...~
~Family trip bersama office mates ke USS...~
~Dapat naik Roller Coster dnegan jayanya! walaupun saya nie fobia tahap maksimum kat tempat tinggi...:)
~Hangout dengan kawan-kawan dan pergi kenduri kawin kawan-kawan..:)
~Berkunjung semula ke Melaka lepas 3 tahun tak jejakkan kaki kat bumi Hang Tuah itu... =)
~Dapat pegi JB Readers and Writers Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru =)



Kenangan Pahit / Sedih:


~Hampir kemalangan jalan raya 3 kali! Semuanya hampir kena langgar, mujur dapat mengelak..

Alhamdulilah selamat...:)
~Kesihatan tak menentu, pengsan dekat pejabat sebab terlebih oksigen dalam badan...=,="
~Masih kurang berapa bijak uruskan wang sendiri...
~Waktu / jadual kerja kurang teratur . kurang terurus...
~kurang bermotivasi, kurang bersemangat...~
~Stress sebab macam-macam perkara....=___=
~Love hurt..:(
~Dan macam-macam lagi perkara yang mebuatkan mood saya merudum dan kadang-kadang seperti memutuskan semangat saya...Seperti terpijak sampai berkecai lumat, patah riuk...



Sekian saja..semoga bertemu di lain masa..=)


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...