Translate

Tuesday, February 7, 2012

Katanya Benci,Tapi Suka Sebarkan Dan Suka Melihat??

~Aku pun malu tau nak tengok benda-benda mcam nie..takkan aku nak sebarkan pulak??~

Zaman sekarang nie kalau boleh semua benda nak di upload dekat internet ye tak...? Tak kira lah gambar atau video..Sebab zaman yang dah canggih nielah ramai juga orang yang suka sebarkan keburkkan atau aib orang lain, konon katanya untuk kebaikan..? Kenapa di kata untuk kebaikkan pula..? Bukankah membuka aib orang dan sebarkan sesuatu yang belum pasti akan kesahihannya tak patut berlaku? Apakah akan berlaku jika yang mereka sibuk sebarkan itu adalah satu fitnah semata-mata...? Tidakkah mereka tahu yang dosa memfitnah itu adalh lebih teruk dari dosa membunuh...? Kata mereka, mereka buat itu adalah sebagai cara untuk memberi nasihat dan supaya yang lain dapat mesej yang ingin di sampaikan..Supaya katanya mata-mata yang memandang tahu pengajaran di sebalik peristiwa itu..Tapi tidakkah mereka sedar yang matlamat juga tidak pernah menghalalkan segala cara sebegitu yang jelas bertentangan dengan konsep memberi nasihat...?


       Ok itu sekadar intro...Sebenarnya saya mahu berbicara tentang mereka yang melakukan perkara begitu dengan tujuan untuk memberi nasihat tapi hakikatnya sebaliknya pula...Mengapa saya kata begitu? Mereka kata mahu memberi teguran kepada mereka-mereka yang tidak menutup aurat dan mereka-mereka yang berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh, mereka kata mereka mahu mengajak para remaja benci maksiat tapi hakikatnya mereka pula yang sebarkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat itu, dan mereka pula yang menjadi orang yang sebarkan gambar-gambar atau video remaja yang berkelakuan kurang sopan..Ya, niat kamu memang baik, mahu beri nasihat, Tapi cara kamu salah!

~Sape suruh diorang amik gambar pose seksi tak ingat dunia..dan siapa suruh diorang peluk sana sini dengan balak(BF) tak tentu hala, bila aku nuplod gambar atau video dorang jangan nak salah kan aku pulak! aku cuma sebarkan jer...!~



     Adakah kamu rasa dengan kamu upload segala macam video remaja berkelakuan tidak sopan dan berpelseran di sana sini maka kamu akan dapat memberi nasihat kepada mereka..??? kamu silap..! Kamu upload video tak senonoh kemudia kamu tulis di situ,:-"wahai remaja ambil lah ikhtibar, sekarang zaman dan canggih.,benda mcam nie cepat jer tersebar..Tolonglah jaga maruah diri kamu..Kamu tak pernah tefikir ke apa perasaan ibu bapa kamu bila mereka ternampak aksi akmu yang begini..???" Kamu rasa itu ke cara kamu menasihat..? Beitu ke caranya..? Tidakkah orang yang sebarkan itu terfikir akan kesahihan gambar atau video itu terlebih dahulu? Tidakkah dia terfikir dengan dia upload video dan gambar tak senonoh sebegitu dapat menaikkan rasa ghairah mereka yang melihat dan perkara itu secara tak langsung menjadi bahan penarik untuk remaja di laur sana melakukan perkara begitu pula..? Apakah selepas mereka-mereka yang melihat gambar-gambar dan video lucah itu tidak meninggalkan kesan kepada diri yang melihat..Pasti ada kesan nya..Mereka akan ketagih untuk terus melihat bahan sebegitu dan makin bersemangat untuk mencubanya pula! Pernah tak kamu terfikir yang apa akan jadi bila mereka yang melihat gambar atau video yang kamu upload itu melakukan zina atau merogol orang selepas berasa sangat tertarik hati bila melihatnya..? Tidakkah kamu yang meng "upload" terasa bersalah atau berdosa kerana menggalakkan maksiat itu lebih berleluasa..?

~Aku tak bersalah ok..Aku tak sebarkan, dan kau tak buat pun benda tak senonoh macam dalam gambar tue..Aku cuma tolong tengok dan tolong letak comment jer..Tak salah aku pun kalau aku maki-maki...Sape suruh diorana letak pic macam tue? memang nak kena maki lah jawabnya..~



     Kamu upload dan sebarkan gambar orang yang tidak menutup aurat, kemudian kamu tulis pula di situ pelabagai nasihat. Niat memberi nasihat memang bagus, tapi cara kamu tidak bagus. Kenapa saya kata begitu..? Ya orang itu memang berdosa tidak menutup aurat, tapi kamu juga berdosa kerana melihat auratnya dia dan kamu juga berdosa menyebarkan gambar itu yang dengan jelas akan di lihat oleh mata-mata buaya..Kamu kata berpakaian seksi adalah tidak patut  kerana boleh mebangkitkan rasa ghairah dan boleh mengundang padah pada si pemaikainya ...Tapi tidakkah kamu (orang yang uplod gambar itu) sedar yang kamu juga secara tak langsung sudah mengundang rasa ghairah itu pada mata-mata yang melihatnya..Kamu caci maki gambar itu..Tapi dengan jelas menbuktikkan kamu melihat gambar itu dan dengan jelas di situ membuktikkan kamu menjadi penyebar gambar itu..Jadi tak mustahil gambar begitu banyak terdapat di simpanan kamu! Jadi saya rasa kamu adalah manusia hipokrit sekali! Mulut kata benci, tapi mata melihat dengan teliti, sambil minda berimajinasi yang keji-keji dan sambil tangan pantas menyebarkan ia di alam internet...!

~Pergh..Gilalah seksi betul awek tue...Alah janganlah malu-malu..Sape suruh pakai macam gtue..? bila aku tengok nak marah pulak dan nak kata aku lelaki miang..? Come on lah,..Korang memang kelakar!~


  Kamu wahai lelaki, jika kamu seorang yang budiman sudah pasti kamu tidak begitu. Seorang yang baik tingkah lakunya tidak akan mudah mengeluarkan kata-kata kesat, keji dan memaki hamun sana sini di alam maya ini, kerana dia tahu di alam ini semua mata boleh melihat dan dia juag tahu walaupun dia sudah delete, tapi pasti ia sudah tersebar di tempat lain... Seorang lelaki yang baik adalah lelaki yang menjadi pembimbing kepada wanita, pelindung wanita dan pemberi nasihat  + teguran kepada wanita... Lelaki yang suka mengekslploitasi wanita demi mencapai matlamatnya tak kiralah sama ada nak kejar keuntungan, nak kejar glamer, nak kejar nama atau nak kejar traffic dari pembaca bukanlah lelaki yang budiman..Kerana lelaki yang baik budinya pasti akan menghormati  dan melindungi wanita walaupun wanita itu bukanlah dari darah dagingnya...

~Aku nie tak pernah berkasar atau buli perempuan..Tengok kucing pun aku sayang..Perempuan lagilah aku sayang....Nak carik suami haruslah yang penyayang dan penyabar macam aku nie ha...heeee~

      Jika kamu wahai lelaki mahu memberi nasihat kepada wanita yang berkelakuan tidak sopan atau berpakain tidak menutup aurat, bukankah lebih baik jika kamu melakukannya dengan cara yang berkhemah tanpa membuka aib dan menyebarkan pula perkara maksiat itu keserata dunia..? Jika kamu suka upload gambar / video,bukankah lebih baik jika kamu buat video atau gambar yang berunsur memberi nasihat dnegan kata-kata yang indah di sulami dengan ilustrasi yang menarik contohnya macam lukisan dsb..pasti ai akan menarik minat merek yang melihat atau membacanya..pasti cara ini akan berkesan...mungkin kamu juga akan punya ramai pula peminat wanita,mereka (para wanita / gadis) akan kagum dengan kamu keran denga cara pendekatan kamu nasihat yang halus itu dapat menarik hati mereka.. Berbanding jika kamu upload video atau gambar berunsur lucah kemudian letak nasihat pasti kamu akan dapat ramai haters dari kalangan wanita..Kerena semua yang memandang pasti akan berkata kamu hipokrit + lelaki gatal bermulut jahat..! Sebenarnya bukanlah susah untuk menasihati perempuan, kerana perempuan memang suka di puji..Jadi pujilah mereka kemudian beri nasihat secara lembut, contoh :- " Kamu comel, tapi kamu akan nampak 100 kali lagi comel bila kamu mentup aurat dengan sempurna.." Pasti  yang mendengar pun jadi berminat dan lembut hati untuk mendenagr nasihat-nasihat dari kamu...


PS:- Entry ini hanyalah luahan pendapat biasa oleh punulis blog ini...Harap tiada yang tersinggung...Gambar hanyalah hiasan, ehsan google image...
 

13 comments:

sea_lavender said...

moga semua orang insaf atas apa2 yg berlaku pada msa kini.. tak perlu m'aibkan org lain~~

Unknown said...

hmmm kita sebagai blogger ada peranan menegur orang2 mcm ni, zuan ad adik yg suka upload gmbar dia free hair, tp dari segi pakaian masih menutup aurat la.. haritu ada buat entry menegur kaum hawa trmasuk adik zuan skali, harap dia perasan dan kurangkn upload gmbar2 free hair ni..

Puan Kutu said...

mengaibkan org tusatu dosa.kerana satu kebaikan,berganda2 pula dosa yg dapat..moga kita semua dijauhkan dr dosa..:)

Namee Roslan said...

emm, dalam nak menasihati ada caranya. kena hati2..kdg2 dalam time nk nasihat tu kita terbuat dosa kering pulak. :)

senyumSOYA said...

nasihat secara hikmah dan bijaksana cara Rasulullah ^^

K said...

true, just true. but mentality changes. niat tu tak menghalalkan cara

FR said...

last year dah penah tegur dah sorang mmber saya, lelaki, share gmbar pmpuan pakai pelik2 kat fb, then ramai2 depa ktuk gmbar tu --"
tak patut betul..
dah la spread gmbr org tak ttup aurat, then ktuk lg --"
sama aje la salah tu..

hyemynameisrasyid said...

teknologi zaman skarang akan merosakkan umat islam yang jahil tentang agama.,
insyaAllah.,saling nasihat menasihati sesama muslim tu dituntut.,sama2 lah ye.,
=)

semutsengal said...

mungkinkah itu dosa tanpa sedar nmanya?

Nadia said...

nad sokong apa yang namee cakap..:)

p/s :: thanks sebab sudi support nad..;)

TopenG PuteH said...

xtau nk cakap apa dah.....zzzzz

Unknown said...

teruskan perkongsian...lebih hebat jika entri di tulis tanpa perkataan singkatan :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sea_lavender: sy juga mengharapkn benda yg sama...

Muhammad Saiazuan Norhalik : sy doakan semoga adik zuan terbuka hati untuk bertudung, sbagai abg jangan pustu ase untuk tegur dia ye..nanti lama2 lembut juga hati dia...

Puan Kutu: mmg tak sepatunya membuka aib org lain..sy stuju dgn pendapat akak..

Namee Roslan : tahu takpe, nak menasihat juga perlu ada etikanya, jgn sampai kt maki hamun apatah lagi show off keburukkan+aib org yg kt nak nasihat tue..


senyumSOYA: sy setuju..

sergeant keroro :- yup, betul..cara dan pendekatan yg kita guna juga haruslah betul agar niat sebenar tidak jauh tersasar..

fathiahRAIHANA : hurm..org yg bhuat mcm tue mmg tak patut, dia nk tegur org tapi sebarkan pulak gambar yg ngarut2 tue bagi semua org tgok..itu dah salah dah tue caranya..semoga kwn awk tue berubah..

hyemynameisrasyid : apa yg penting, manusia itu sendiri jgn sampai menyalah gunakan teknologi..

semutsengal: yup, secara tak langsung ...

Miss Nadya: terima kasih kembali nad...=)

TopenG PuteH :-btw, terima kasih kerana sudi membacanya...=)

Kazen: terima kasih kerana sudi baca..btw, sy akan cuba mengubhanya..terima kasih atas teguran itu...(^___^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...