Translate

Wednesday, April 13, 2016

Angan Dalam Mimpi atau Impian Penuh Harapan?


            Al kisah di sebuah perkampungan moden yang terletak di tengah kota metropolitan yang sebra sibuk. Di sana tinggal seorang gadis miskin yang tinggal bersama keluarga kecilnya. Sejak dari kecil hingga dewasa kisah hidupnya penuh warna warni, suka  dan duka. Walaupun punya banyak kisah duka dan pelbagai rintangan yang berlaku dalam hidupnya tetapi dia tak pernah berputus asa. Meski ditolak hingga jatuh, dia bangun kembali dengan semangat yang kental. Dia punya cita-cita dan wawasan yang tinggi. Adakalanya dirasakan cita-citannya itu terlalu tinggi hingga tak mudah digapai. Suara di sekelilingnya pula menganggap impiannya itu tak ubah bak angan-angan mat jenin atau lebih tepat mimpi di siang hari yang tak mungkin akan terjadi. Hanya segelintir saja dari suara itu yang menyokong dan memberi kata semangat. Kata-kata sinis dan sindiran mereka tidak pula dijadikan pematah semangatnya... Tetapi dia jadikan itu sebagai pembakar semangat, ibarat api obor yang menyuluh malam yang kelam begitu bersemangat membara dalam diam. 



                      Kini dia sudah mula mengatur langkah dengan laju dan enggan berhenti. Langkahnya yang penuh semangat juang itu kini semakin berani untuk memburu mercu impian yang telah sekian lama dicita-citakan. Bagi pendapat dirinya jika tidak berani melangkah sekarang, jadi bila lagi mahu bermula? Dia perlu melakukan anjakkan paradigma untuk mengubah nasib dirinya dan membela nasib keluarganya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang hanya bergantung harap penuh pada "putera impian sekalian gadis". Tapi dia mahu menjadi gadis berwawasan yang berdikari demi mencapai impian dan cita-cita sendiri sementara menunggu kehadiran "putera impian" itu. Dia sedar akan hakikat kehidupan realiti taklah seindah kisah-kisah dongeng atau novel cinta yang pernah dibacanya.  Jika  di dalam buku cerita watak wanita yang asalnya susah terus berubah 360 darjah menjadi kaya raya dan hidup dilimpahi kebahagiaan "happy ending" bila bertemu putera impian. Hakikat realiti hidup sebenar pasangan berumah tangga taklah terlalu indah seperti itu. Hakikat hidup  juga taklah mudah begitu. Dia sedar akan hakikat dirinya berasal dari keluarga miskin sahaja. Jadi dia harus tetapkan matlamat dan usaha untuk menjadi insan yang berjaya. Dia mahu berbakti kepada keluarganya dan mahu membahagiakan mereka selagi masih punya waktu yang  tersisa. Itu sahaja harapannya.


P/s: Entry ini hanyalah kisah fiksyen  pendek. Tiada ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanyalah kisah rekaan supaya menjadi sumber inspirasi buat yang membacanya . Ianya adalah sumber ilham dan pandangan saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/. Selamat membaca dan selamat malam buat semua...

Sumber gambar: google image

Tuesday, April 12, 2016

Secantik Rama-Rama...


Wanita seharusnya berdikari...
Wanita seharusnya punya kredibiliti,
Wanita seharusnya dilengkapi ilmu,
Wanita seharusnya bercita-cita tinggi,


               Masih ingatkah  lagi tentang kitaran hidup sang rama-rama yang kita pelajari di sekolah dulu? Rama-rama yang terlihat cantik itu asalnya dari ulat! Ia duduk dalam kepompong dan setelah itu muncul sayapnya yang penuh warna-warni cantik. Maka jadilah ia rama-rama yang cantik!


Lalu, apa yang kita boleh pelajari dari kitaran hidup rama-rama?


                Nak berjaya itu bukan mudah. Ia perlu doa, usaha, cita-cita dan ia perlu pengorbanan, ketekunan dan kesabaran. Kita tak boleh mengubah diri kita tanpa adanya usaha. Sedangkan rama-rama yang asalnya dari ulat itu pun betapa di dalam kepompongnya barulah ia menjadi rama-rama yang cantik. Kita perlukan anjakan paradigma dalam hidup. Sampai bila kita mahu berada ditakuk sama? Kita perlukan kemajuan dalam hidup. Untuk itu, cita-cita / impian itu penting. Timbalah ilmu  / kemahiran sebanyak boleh. Tetapkan matlamat kewangan dan kerjaya / business serta kehidupan kamu.  Buat sesuatu yang boleh membahagiakan diri kamu dan manfaatkanlah masa / usia kamu sebaiknya. Berbaktilah dan bahagiakanlah kedua ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Tetapkan niat yang betul. Gantungkan cita-cita kamu setinggi boleh. Pedulikan jika ada suara-suara langau yang mengejek cita-cita kamu. Sebaliknya teruskan berdoa, berikhtiar, berusaha dengan gigih dan bertawakkal. Buktikan pada dunia kamu boleh berjaya. 


              Dalam kehidupan serba mencabar ini buktikan yang kamu boleh "survive".  Jika ada dugaan dan cabaran kehidupan yang datang kepada kamu,  bersabar dan cuba fikirkan jalan keluar. Kerana setiap masaalah ada penyelesaiaannya, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati, kerana kematian itu pasti dan kita semua akan mati. Usah putus asa. Usah disalahkan takdir yang sudah tercatat, usah disalahkan Tuhan yang mencipta kita. Mungkin disebalik dugaan itu ada kemanisan hidup dan pengalaman baru yang kita perolehi yang boleh mematangkan kita.  


          
Jadi, Adakah kamu masih mahu menjadi seperti  si ulat beluncas yang enggan berubah atau menjadi rama-rama?



p/s: Entry ini adalah ilham dan pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
 http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan dan kekurangan haraplah dimaafi. Akhir kata, selamat malam buat semua...

Sumber gambar: Google image

Wednesday, January 20, 2016

2016: Azam dan Impian

20.01.2016

   Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa ini.... :) Apa khabar? Saya harap awak semua sihat sejahtera sentiasa hendaknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2016

    Ini adalah post pertama saya dekat blog nie untuk tahun 2016! Pheww... Dah lama tak taip sesuatu kat blog kesayangan saya nie... Rindu meluap-luap nak taip idea, tapi asyik tak berkesempatan jer... Maaf kan saya sebab lately dah jarang sangat update blog... Bila ade idea, line internet (berokband) slow motion macam siput baru belajar merangkak... Nie pun dah sebulan tak hupdate blog nie... Maaf kan saya sekali lagi.... Sorry... (>___<) Tahun nie, InsyaAllah saya akan cuba rajin hupdate blog macam awal-awal blogging dulu... Seriously, berblog nie lagi best dari facebook, instagram etc...


Oklah, kita tak mahu buat cerekarama (drama) panjang-panjang nanti awak yang baca post saya nie pun muntah hijau pulak. ahaks!hihihi... (^__^) Kembali kepada topik asal. Azam dan Impian. Biasalah bila awak-awal tahun nie masing-masing mood berkobar-kobar pasang azam, impian... Saya jugak tak terkecuali. Ada satu impian saya sejak kecik yang masih belum terlaksana iaitu nak belajar buat roti & kek... Tinggi betul angan-angan nak jadi Chef! Tapi pada 08.01.2016 (jumaat) saya dah dapat capai sebahagian impian saya tu! Saya berpeluang pergi kelas buat roti.... :) Excited dan happy sangat... Sebab berpeluang belajar benda yang memang saya minat... Untuk pengetahuan saya memang suka makan.... hehehe... Walaupun badan tak besar mana, tapi selera makan boleh tahan besar...hahahahaha... (^___*) Lagipun sejak dulu lagi saya memang minat sangat makan roti, donut, kek, pizza dan segala jenis makanan yang manis-manis... Memang kena lah dengan jiwa bila dapat pergi kelas macam nie... =)

 -nie roti-roti yang belum dibakar dan belum dihias... masa nie tunggu roti tu naik sekali ganda baru hias, sapu "penyeri" biar glowing dan bakar dalam ketuhar... -


-nie pulak roti-roti yang dah siap dibakar dan disapu "penyeri" biar roti tu nampak berkilat bersinar-sinar dan glowing gtue...-

     Masa saya belajar buat roti nie, kami diajar buat 8 jenis bun. 5 jenis bun sosej dan 3 jenis bun kacang merah. Paling menarik ialah doh roti yang kami belajar nie boleh dipelbagaikan untuk buat beraneka jenis roti, inti pun boleh tukar ikut suka kita (tak semestinya guna sosej/kacang merah jer)... Doh Roti nie jugak boleh diolah untuk jadi donut dan pizza! Menarik kan? So, tak rugi pun pergi kelas... Macam-macam boleh buat dengan adunan yang sama.. Tujuan utama pergi kelas nie sebab minat dan cita-cita sejak kecik... Memang azam tahun  baru nie nak belajar kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian... Seronok pergi kelas macam nie, dapat tambah ilmu dan kemahiran disamping dapat tambah ukhwah persahabatan (ayat skema tak menahan).... Bila dah reti buat doh dia senang, bila-bila teringin nak makan boleh buat sendiri... Jimat gitue..hehehehe...Zaman sekarang nie kita kena amalkan langkah-langkah penjimatan..Ecewah...(@__@). 

Azam pertama dah tercapai... Alhamdulillah... Masih banyak lagi azam dan impian tahun 2016 yang perlu saya realisasikan InsyaAllah... Buat semua pembaca blog saya, saya ucapkan semoga segala azam dan impian awak semua sepanjang tahun ini berjaya, serta dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan happy sentiasa... Selamat malam semua...=)
(pukul 1 pagi pun kita sebut malam, sebab kita baru nak tidoq...huhuhu..)



Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...