Translate

Sunday, September 27, 2015

Jerebu Kelabu

Hai semua!
Apa khabar korang semua ? Sihat?
Macam mana keadaan cuaca kat tempat korang? Jerebu ke tidak?



Kat Jaybee (Johor Bahru) nie cuaca jerebu tengah teruk...
Kelam, macam mendung nak hujan tu tapi tak mendung pun... JEREBU...
Berkabus macam kat Cameron Highland tapi bukan kabus pun...  JEREBU...

             Jerebu ni berpunca dari kebakaran hutan di negara jiran tetangga... Kesannya bukan sahaja kat negara jiran tetangga (tempat yang hutan terbakar jer) tapi asap dan debu jerebu tu terbang sampai ke sini... Impaknya bukan sahaja pada pencemaran pemandangan, pencemaran udara sahaja tapi ia juga membahayakan kesihatan... Bukan itu sahaja, dengan cuaca berjerebu nie membahayakan aktiviti harian jugak macam nak driving tapi sebab penglihatan yang tergangu boleh mengundang bahaya dia tas jalan raya. Yalah, kalau dah jarak penglihatan pun makin terbatas dan cuaca berkabus dengan debu jerebu memang bahaya. Bukan jer bahaya untuk pengguna kenderaan darat, tapi kenderaan laut dan kenderaan udara jugak akan merasai impak yang sama jugak. 


                  Sebab bakar hutan, buat penceraman udara tu impaknya dirasai semua golongan. Kita semua sebagai manusia berhak untuk hidup dalam udara yang sihat persekitaran yang sihat. Tapi itu semua perlukan kerjasama dari kita semua penduduk planet Bumi. Kalau sorang dua jer yang berkeras nak jaga alam sekitar tapi yang lain makin buat kemusnahan alam berleluasa pun tak boleh jugak. Fikir semula,:

-Adakah untung hasil bakar hutan tu boleh bayar balik kerugian orang lain yang perjalanannya  (pengguna kenderaan darat, laut dan udara) yang tergangu sebab jerebu? 

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik kesihatan orang lain dan hidupan lain yang terganggu dan terancam akibat jerebu? Serta adakah ia boleh bayar balik nyawa yang terancam akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik sumber rezeki orang lain(contoh peniaga yang berniaga di tempat terbuka dan nelayan)  yang terganggu dan terjejas akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik ketenteraman orang lain yang terganggu akibat jerebu dalam melakukan aktiviti hariannya?


                    Lihat sekeliling kita yang terganggu teruk akibat jerebu. Pasti kita ada jawapannya.               Disaat   begini pasti kita sangat rindu dengan udara dan pemandangan yang cantik dan indah. Disaat begini baru kita rasa "tak best" dan "boring" sebab tak dapat nak buat aktiviti outdoor secara bebas (contoh bersiar-siar, berkelah, memancing, lepak dengan kawan-kawan dekat kedai makan tepi jalan, jogging, dan sebagainya). Kalau sebelum nie kita boleh keluar rumah tak payah susah-susah pakai topeng muka. Sekarang dah kena pakai topeng muka pulak! Itulah akibat dan harga yang perlu kita bayar bila kita tak jaga dan tak hargai keindahan alam sekitar dan memusnahkan keindahan alam.

     Jadi, nak soal semula nie:

Penting atau tidak jaga alam sekitar?


p/s: Entry ini hanyalah pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.my/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan.
Sumber gambar: goolgle image



Thursday, September 24, 2015

Puisi: Perjalanan


Perjalanan hidup penuh warna-warni...
Ada dugaan dan cabaran yang menanti...
Ada onak duri yang perlu dirempuhi...
Semua itu harus kau lalui...
Walaupun ia akan membuatkan kau jatuh terluka...
Kadangkala kau juga merasa hampa dan kecewa..
Bila apa yang kau hajati tidak berjaya kau miliki...
Usah putus asa...
Usah mudah berpaling berundur semula dari cita-cita...
Teruskan usaha...
Mungkin hari ini engkau kecewa...
Mungkin hari ini kau jatuh dan terluka...
Tapi esok mungkin ada bahagia...
Jadi teruslah melangkah...
Usaha berhenti di tengah-tengah...
Usah mengalah dan menyerah kalah...
Teruslah maju ke depan sampai segala  impian berjaya kau miliki...


P/s: Puisi yang tidak seberapa nya ini adalah nukilan dan idea dari saya sepenuhnya selaku penulis dan pemilik blog (http://merpatiputih88.blogspot.my/) . Sebarang kekurangan harap dimaafkan.             Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan diterbitkan dimana-mana.


Friday, August 21, 2015

Soalan-Soalan Cepu Emas

                     

Biasanya bila kita pergi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis jamuan hari raya, kenduri kendara tak kira lah kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran atau kenduri arwah sekalipun, mesti akan keluar soalan cepu emas seperti:-

Bila nak kahwin?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak lagi?
Ada anak perempuan jer...? Bila nak dapat anak lelaki pulak?
Bila nak dapat menantu?
Bila nak dapat cucu?
Bila nak beli rumah sendiri? 
Bila nak beli kereta?

               Yelah, secara positive  nya mungkin soalan di atas ditanyakan sekadar menjadi modal berborak setelah sekian lama tak berjumpa. Tapi kalau dah tiap-tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan sama orang yang ditanya pun bosan jugak nak dengar soalan sama. Apa ke yang bertanya tak penat-penat menyoal dan terus menyoal...? Ada pulak yang menyoal berbaur sindiran sinis seperti:

Bila nak makan nasi minyak? bila nak kahwin nie...? Takkan tak laku-laku lagi kot? Tak takut membujang sampai tua ke?

Saya masa umur sebaya macam awak dah ada anak dua... Awak kahwin pun belum... Kesian..

Saya sekarang nie anak-anak semua dah besar-besar... Awak dah kahwin lama sorang anak pun tak keluar lagi... Mandul ke?

Saya anak ramai... Memang keluarga baka keturunan subur-subur, tak payah nak buat macam-macam rawatan atau makan macam-macam supplement pun senang jer dapat anak...

Saya sekarang nie dah ada tiga buah rumah... Awak bila lagi nak beli rumah? Takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..?



           Pendapat saya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza, punya jalan cerita hidupnya berbeza-beza juga... Walaupun kita nie kembar sekalipun tak semestinya rezeki dan nasib kita akan sama. Buat orang yang terus-terusan disoal bersabarlah... Usah dilayan kritikan manusia yang suka berbangga dengan apa yang dia ada dan persoal orang yang tak ada apa yang dia ada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teruslah berdoa, berusaha dan berikhtiar serta abaikan sahaja kritikan dan soalan berbaur sindiran sebegitu. Usah terlalu difikirkan sampai menggangu hati perasaan,serta fikiran dan kesihatan kita. Kita berhak untuk hidup dengan tenang, sihat, gembira dan bahagia walaupun kita juga punya kekurangan itu.

                 Kita kena luaskan pandangan kita terhadap maksud rezeki. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit,tahap pendidikan, rumah, tanah, kereta, anak dan pasangan hidup sahaja, tapi rezeki meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan dan sebagainya. Mungkin kamu belum berkahwin  usah bersedih, gunakan waktu ini untuk tingkatkan ilmu agama/ akedemik / kemahiran-kemahiran serta perkukuhkan kerjaya / business. Zaman solo adalah waktu yang sesuai untuk meluangakan lebih waktu bersama ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Apa kata kamu pergi bercuti bersama keluraga / rakan rakan, selain boleh mengurangkan stress manalah tahu kamu bertemu jodoh pula nanti. Jika kamu belum lagi dikurniakan anak usah bersedih, sebaiknya gunakan waktu yang ada ini untuk ber honeymoon, bercuti , bersantai berdua bersama pasangan. Lakukan sahaja hobi kamu berdua sebagai aktiviti bersama. Pasti hubungan kamu berdua bertambah erat dan romantis.


          Buat yang menyoal, kamu perlu sedar semua rezeki itu datang dari Allah SWT.  Ya, kita sebagai manusia memang boleh merancang dan boleh berusaha, tapi tak semua apa yang kita rancang dan kita usahakan akan menjadi dan jika ia menjadi pun tak semua boleh dapat dengan mudah. Ujian dan cabaran setiap orang itu berbeza dengan kamu. Kamu mungkin punya kelebihan di satu bahagian tetapi kamu juga punya kekurangan di satu bahagian yang lain, begitulah juga dengan orang yang kamu soal itu. Kamu juga perlu sedar segala apa yang kamu ada hari ini ialah rezeki dan nikmat dari Allah SWT, hargailah ia semua sebagai satu anugerah dan amanah dari Allah SWT... Janganlah pula kamu terlalu riak dan bongkak meninggi langit atas rezeki dan nikmat yang kamu terima itu kerana kamu juga hanya manusia biasa sahaja. Bukankah daripada kamu terus menyoal dan menyindir orang yang soal, lebih baik kamu beri nasihat dan kongsikan pengalaman kamu serta beri kata-kata semnagat dan motivasi kepada mereka ini? Bukankah begitu lebih baik daripada kamu terus-terusan menyindir dan menyakiti hati si pendengar dan menambah dosa kamu pula...?

P/s: - Coretan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Sumber gambar: google image.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...