Translate

Friday, August 21, 2015

Soalan-Soalan Cepu Emas

                     

Biasanya bila kita pergi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis jamuan hari raya, kenduri kendara tak kira lah kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran atau kenduri arwah sekalipun, mesti akan keluar soalan cepu emas seperti:-

Bila nak kahwin?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak lagi?
Ada anak perempuan jer...? Bila nak dapat anak lelaki pulak?
Bila nak dapat menantu?
Bila nak dapat cucu?
Bila nak beli rumah sendiri? 
Bila nak beli kereta?

               Yelah, secara positive  nya mungkin soalan di atas ditanyakan sekadar menjadi modal berborak setelah sekian lama tak berjumpa. Tapi kalau dah tiap-tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan sama orang yang ditanya pun bosan jugak nak dengar soalan sama. Apa ke yang bertanya tak penat-penat menyoal dan terus menyoal...? Ada pulak yang menyoal berbaur sindiran sinis seperti:

Bila nak makan nasi minyak? bila nak kahwin nie...? Takkan tak laku-laku lagi kot? Tak takut membujang sampai tua ke?

Saya masa umur sebaya macam awak dah ada anak dua... Awak kahwin pun belum... Kesian..

Saya sekarang nie anak-anak semua dah besar-besar... Awak dah kahwin lama sorang anak pun tak keluar lagi... Mandul ke?

Saya anak ramai... Memang keluarga baka keturunan subur-subur, tak payah nak buat macam-macam rawatan atau makan macam-macam supplement pun senang jer dapat anak...

Saya sekarang nie dah ada tiga buah rumah... Awak bila lagi nak beli rumah? Takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..?



           Pendapat saya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza, punya jalan cerita hidupnya berbeza-beza juga... Walaupun kita nie kembar sekalipun tak semestinya rezeki dan nasib kita akan sama. Buat orang yang terus-terusan disoal bersabarlah... Usah dilayan kritikan manusia yang suka berbangga dengan apa yang dia ada dan persoal orang yang tak ada apa yang dia ada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teruslah berdoa, berusaha dan berikhtiar serta abaikan sahaja kritikan dan soalan berbaur sindiran sebegitu. Usah terlalu difikirkan sampai menggangu hati perasaan,serta fikiran dan kesihatan kita. Kita berhak untuk hidup dengan tenang, sihat, gembira dan bahagia walaupun kita juga punya kekurangan itu.

                 Kita kena luaskan pandangan kita terhadap maksud rezeki. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit,tahap pendidikan, rumah, tanah, kereta, anak dan pasangan hidup sahaja, tapi rezeki meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan dan sebagainya. Mungkin kamu belum berkahwin  usah bersedih, gunakan waktu ini untuk tingkatkan ilmu agama/ akedemik / kemahiran-kemahiran serta perkukuhkan kerjaya / business. Zaman solo adalah waktu yang sesuai untuk meluangakan lebih waktu bersama ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Apa kata kamu pergi bercuti bersama keluraga / rakan rakan, selain boleh mengurangkan stress manalah tahu kamu bertemu jodoh pula nanti. Jika kamu belum lagi dikurniakan anak usah bersedih, sebaiknya gunakan waktu yang ada ini untuk ber honeymoon, bercuti , bersantai berdua bersama pasangan. Lakukan sahaja hobi kamu berdua sebagai aktiviti bersama. Pasti hubungan kamu berdua bertambah erat dan romantis.


          Buat yang menyoal, kamu perlu sedar semua rezeki itu datang dari Allah SWT.  Ya, kita sebagai manusia memang boleh merancang dan boleh berusaha, tapi tak semua apa yang kita rancang dan kita usahakan akan menjadi dan jika ia menjadi pun tak semua boleh dapat dengan mudah. Ujian dan cabaran setiap orang itu berbeza dengan kamu. Kamu mungkin punya kelebihan di satu bahagian tetapi kamu juga punya kekurangan di satu bahagian yang lain, begitulah juga dengan orang yang kamu soal itu. Kamu juga perlu sedar segala apa yang kamu ada hari ini ialah rezeki dan nikmat dari Allah SWT, hargailah ia semua sebagai satu anugerah dan amanah dari Allah SWT... Janganlah pula kamu terlalu riak dan bongkak meninggi langit atas rezeki dan nikmat yang kamu terima itu kerana kamu juga hanya manusia biasa sahaja. Bukankah daripada kamu terus menyoal dan menyindir orang yang soal, lebih baik kamu beri nasihat dan kongsikan pengalaman kamu serta beri kata-kata semnagat dan motivasi kepada mereka ini? Bukankah begitu lebih baik daripada kamu terus-terusan menyindir dan menyakiti hati si pendengar dan menambah dosa kamu pula...?

P/s: - Coretan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Sumber gambar: google image.

Friday, July 31, 2015

28.07.2015 Birthday & Raya...

           

     Pada tarikh ini saya dilahirkan. Tahun ni adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-27...
Terima kasih buat mak & ayah yang telah mengandung, melahirkan, membesarkan, menjaga, merawat dan mendidik saya hingga sekarang... Terima kasih yang tak terhingga juga buat mak & ayah sekali lagi kerana setiap tahun sentiasa buatkan sambutan untuk ulangtahun saya. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dan segala doa untuk saya. Segala jasa mereka takkan dapat terbalas oleh saya. Sayang mak & ayah selalu... 


        Birthday saya tahun nie disambut sederhana tapi meriah. Tahun nie tahun ke dua birthday saya jatuh pada bulan syawal tahun nie 12 syawal, tahun lepas 1 syawal. Memandangkan tahun lepas sambut biirthday cuma kami bertiga beranak jer.  Jadi tahun nie, bersempena dengan hari raya kami sekeluarga jemput jiran, rakan-rakan dan saudara untuk datang bke jamuan raya sambil meraikan birthday saya. Birthday saya juga saing dengan birthday pakcik saya (belah mak), jadi kami buat serentak. Jamuan kecil-kecilan memang hampir setiap tahun buat (ada tahun yang tak buat), cuma tahun nie lebih meriah sebab birthday saya kan.. ehehehe...Terima kasih untuk mak & ayah yang buatkan majlis, terima kasih kat semua ahli keluarga yang membantu dan terima kasih buat semua yang sudi datang dan atas  ucapan , doa , hadiah n bunga api.. terima kasih... :)

Update sambutan raya 2015: Baru jer balik kampung sabtu lepas beraya ke rumah saudara mara dan melawat nenek di kampung halaman. Semalam pulak pergi beraya rumah kenalan sekitar bandaraya Johor Bahru (dari siang sampai ke malam, mentang-mentanglah baru cuti raya...hehehe..). Barulah meriah beraya ye tak? hehehe...




-Tak sangka tarikh 28072015 ni jadi satu peristiwa besar buat negara kita Malaysia, bila ada robakan kabinet dan pembentukkan barisan kabinet baru Malaysia. Bukan setakat bertukar menteri kabinet tapi nampaknya jawatan kedua terpenting iaitu Timabalan Perdana Menteri turut bertukat pemerintahan.

-Pada detik-detik akhir peghujung bulan Julai 2015 nie banyak berita pasal negara kita antaranya:

Bertukar menteri-menteri kabinet termasuk TPM
Berita:

Tingkat 10 Bangunan Bukit Aman terbakar
Berita:


Serpihan pesawat MH370 didakwa dijumpai di  Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi
Berita:

Harga minyak petrol; RON95, RON97 & minyak Diesel di umum turun 10 sen berkuatkuasa 1.08.2015:

Berita:


Pesanan: Marilah kita sebagai rakyat Malaysia, mendoakan yang terbaik dan yang baik-baik sahaja buat negara kita.....

P/s: Sepanjang cuti nie baru harini dapat update blog sebab busy beraya n busy ade tetamu datang beraya... Tadi siang pun tak berapa sihat migrain & sakit tapak kaki...So terbaring jerlah, hujan lebat guruh petir pulak tu tengah hari sampai ke petang... Sorry sebab lambat dapat update blog (gambar birthday pun tak sempat nak upload)...Good Nite semua... :)

Friday, July 24, 2015

Hari Raya 2015


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...
Apa khbar awak semua...?
Harap semuanya sihat sejahtera hendaknya...
Buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa nie, Saya  dengan rendah hati ingin memohon ribuan ampun dan maaf andai ada silap & salah saya sepanjang saya berblog dan sepanjang kita berinteraksi di laman blog ini... Jika ada entry saya secara tanpa saya sedar / tanpa sengaja telah membuat anda terguris hati/ terkecil hati/ tersentap dan lain-lain saya mohon maaf... Jika ada kesilapan ejaan pada entry saya, juga saya mohon maaf... Jika ada comment-comment anda yang saya tak balas / lambat balas saya mohon maaf... Maaf jugak sebab lambat buat ucapan raya & dah lama tak update blog saya nie... Line internet kat rumah saya problem & terlalu slow sampai saya nak update blog pun tak boleh nak balas comment pun susah nak blog walking macam dulu-dulu pun susah... Hari nie internet nie dah ok, so bolehlah update dengan senang hati.. Oh ya, next week saya cuti panjang ( baru nak cuti raya) kalau ade kesempatan boleh lah saya update blog saya nie nanti...InsyaAllah :)

Btw, terimalah pantun yang tak sebrapa dari saya nie:

Duduk termenung fikir masa depan,
Sambil duduk memancing ikan,
Saya di sini mohon kemaafan,
Salah silap saya mohon dimaafkan.

Duduk termenung di tepi paya,
Sambil memancing si ikan patin,
Saya nak ucapkan selamat Hari Raya,
Mohon Maaf Zahir & Batin...

Bersiar-siar ke kota bersama teman,
Sambil membeli baju kebaya,
Semoga selamat sampai ke kampung halaman,
Semoga sihat sentiasa di Hari Raya.

maaf kalau pantun nie ada kesilapan / kekurangan... Ia hanya idea spontan saya 3 hari sebelum raya aritu.. Maaf jugak sebab baru publish kat blog, sebab baru ada kesempatan... Pantun nie saya hanya bagi kat kawan-kawan & family sempena nak raya ...

Sambutan raya macam mana?

Sambutan raya sederhana saja bersama family kecilku (anak tunggal lah katakan)... Kuih macam biasa buat sendiri... Semuanya ada 5 jenis biskut raya. Baju raya 3 pasang, 2 baju kurung &1 baju kebaya.. Buat setakat hari nie saya belum beraya mana-mana lagipun... Tetamu yang datang tak henti datang beraya ke rumah saya yang kecil nie... Balik kampung pun belum lagi. Tapi, InsyaAllah  akan pulang beraya ke kampung halamanku yang tercinta jua... Tahun nie sekeping pun belum amik lagi gambar raya.  (T___T)

nah lagu raya nie saya tujukan khas untuk awak semua... :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...