Translate

Friday, October 24, 2014

Puisi: Jagalah Hati...




     
Jagalah hati kita...
Jangan sampai ia terluka dan remuk...
Jangan biarkan ia kecewa, menderita dan merana...
Jangan biarkan ia mengantung harapan pada yang tak sudi...
Jagalah hati kita...
Janganlah simpan dendam di dalamnya...
Janganlah simpan amarah dan benci lama-lama...
Jangan ada hasad dengki dan iri hati di dalamnya...
Jagalah hati kita...
Supaya kita sentiasa mempunyai rasa simpati dam empati...
Sentiasalah simpan rasa belas kasihan...
Jagalah hati kita...
Harus sentiasa ada rasa ikhlas di hati kita...
Harus sentiasa memaafkan setiap kesalahan orang kepada kita...
Harus sentiasa meminta maaf kepada orang yang terluka kerana kita....
Harus sentiasa berterima kasih atas setiap kebaikan orang walaupun cuma sebesar zarah...
Harus sentiasa mengenang kebaikan budi pekerti oran dan membalas kebaikkanya itu...
Harus sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan walaupun dilihat kecil...
Harus sentiasa bersedekah dan memberi walaupun sedikit...
Jagalah hati kita...
Senyumlah sentiasa...
Usah dilemparkan rasa amarah dan benci pada orang yang tak punya salah pada kita...
Jagalah hati kita...
Kerana kelak kita akan sentiasa mejaga hati insan disekeliling kita...
Jagalah hati kita...
Dekatkan hati kita dengan Tuhan...
Latihlah hati kita agar sentiasa berzikir dan berselewat...
Latihlah hati kita agar sentiasa bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat...
Selalu lah ingat akan kematian...
Sentiasa lah membaca dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan...
Jagalah solat dalam kehidupan harian...
Kerana hanya dengan cara ini kebahagiaan sebenar akan kita dapatkan...




  Q:-     Apa dia benda yang boleh jadi paling baik dan yang boleh jadi paling buruk dalam diri manusia....?

A:- Hati...  Kerana hati boleh menjadi baik dan boleh menjadi sebaliknya iaitu buruk dan tidak baik bergantung kepada tuan empunya hati itu sendiri...  Jadi kesimpulannya amatlah penting untuk kita menjaga hati...  Akhir kata salam Jumaat buat semua... :)




P/s: puisi ini adalah luahan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini... http://merpatiputih88.blogspot.com/
segalah hak cipta adalah terpelihara...  Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...

Kredit gambar: Google image

Saturday, October 11, 2014

Kerana Sabar Itu Indah...

Disaat kamu sedang melalui ujian hidup, bersabarlah...
Disaat kamu ditimpa pelbagai bencana dan musibah, bersabarlah...
Disaat kamu gagal dalam pelajaran atau perniagaan , bersabarlah...
Disaat kamu gagal memburu impian dan cita-cita, bersabarlah...
Disaat kamu stress, bersabarlah...
Kerana apa???
Kerana sabar itu indah...
Mengapa???



      Tidak lah diturunkan hujan itu melainkan untuk kesejahteraan makhluk di muka bumi ini jua...
Begitulah juga dengan dugaan hidup...Tidaklah terjadi sesuatu melainkan akan ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin tidak dapat dilihat oleh kita  pada hari ini tetapi pasti ada sesuatu yang indah menanti kemudian hari...


          Contohnya jika kamu gagal dalam peperiksaan, mungkin ia akan menjadikan kamu lebih gigih berusaha dan belajar untuk lebih fokus di dalam kelas serta lebih bijak membahagikan masa.  Ianya juga mungkin akan memberikan kamu kesadaran tentang bertapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Contoh lain, jika kamu gagal dalam perniagaan makanan, mungkin kerana kamu kurang memasarkan produk kamu, mungkin kerana lokasi kurang strategi  atau harga dan kualiti makanan yang kurang memuaskan hati pelanggan.  Lantas jika kamu berusaha mengubah kelemahan dalam perniagaan tersebut mungkin kamu akan lebih berjaya pada masa depan. Jika perniagaan makanan bukanlah minat dan bidang yang kamu kuasai, maka kamu boleh mencuba bidang perniagaan lain yang lebih kamu minati dan kamu sendiri lebih berkemahiran serta berpengalaman.  


           Contoh lain, jika kamu minat dalam bidang kedoktoran tetapi apabila kamu memohon untuk sambung belajar ternyata nasib tidak menyebelahi kamu. Kamu gagal mendapatkan kursus yang kamu idam-idamkan.  Kemudian kamu telah terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada mulanya kamu tidak minat, lama-kelamaan minat itu mula bercambah.  Kamu belajar bersungguh-sungguh kemudian berjaya menaamatkan pengajian dan bergelar pelajar terbaik.  Setelah itu kamu bekerja dan akhirnya kamu membuka perniagaan sendiri serta menjadi kontrator yang berjaya dan ternama. Kamu bergelar jutawan. Pasti selepas itu, kamu dapat merasa kemanisan selpas impian pertama kamu itu gagal. 



          Contoh lain, jika kamu  memohon untuk melanjutkan pelajaran tetapi kamu gagal menempatkan diri kerana result SPM kamu yang tidak seberapa.  Mungkin juga kamu dapat melajutkan pelajaran tetapi kamu mempunyai komitment lain seperti perlu mejaga ibu ayah yang sakit, adik-adik yang masih kecila serta masa kewangan yang begitu meruncing.  Jangan menangis.  Kerana selain dari menyambung pelajaran di IPT kamu boleh mencuba pelbagai lagi alternatif lain.  Kamu boleh mencuba mengambil kursus-kursus kemahiran, kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran kamu.  Setelah itu mungkin kamu boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan secara part-time seperti membuat kek misalnya.   Setelah business kamu berjaya kamu boleh membuka kedai sendiri dan mula mengembangkan business kamu itu.   Selain itu, kamu juga boleh bekerja untuk menambah pengalaman sedia ada dan setelah itu menyambung pelajaran secara separuh masa.  Mungkin ianya menuntut komitment yang tinggi.  Tapi jika kamu fokus dengan matlamat, bersunggu-sungguh berusaha, pasti kamu akan berjaya kelak.  Cuba kamu bayangkan kamu punya pengalaman dan punya ijazah dalam genggaman, pasti disitu kamu sudah ada kelebihan apabila melalui sesi temuduga kelak berbanding dengan mereka yang fresh graduate tetapi tiada pengalaman bekerja.  Kerana kamu memilih untuk menolak untuk menyambung pelajaran di IPT pada awalnya tadi pasti ada kemanisan tersembunyi.  Kamu dapat berbakti pada ibu ayah yang sedang sakit, dapat membantu kewangan keluarga, dapat menolong meringankan beban ibu bapa untuk menaggung adik-adik yang masih kecil, selain dapat menimba pengalamn bekerja dalam usia yang masih muda setelah itu berjaya pula menggengam segulung ijazah dalam pengajian separuh masa.  Tentu kejayaan kamu itu lebih berharga serta lebih manis bukan?


            

       Contoh lain, jika kamu sedang jatuh cinta dan kamu terlalu menyayangi kekasih kamu yang kamu cintai bertahun-tahun lamanya.  Pada suatu hari kamu mengetahui yang dia itu curang di belakang kamu.  Sudahnya si dia itu beralih arah mencintai orang lain dan meninggalkan kamu yang terlalu sayang padanya.  Jangan kecewa. Biarkan saja si dia itu dengan pasangan barunya.  Jangan digangu , jangan membalas dendam serta jangan pula kamu cuba merampas si dia kembali.  Semuanya ada hikmah, bukankah lebih baik mengetahui tembelang si dia yang curang dan suka berfoya-foya itu sebelum kamu mengahwininya. Bukankah lebih baik putus kasih atau putus tunang berbanding bercerai apabila tlah berkahwin dan punya ramai anak kelak?  Mungkin juga ianya memberikan kamu kesedaran bahawa usaha keterlaluan dan mendewa-dewa cinta manusia konon digelar cinta agung, sedangkan kamu sendiri lupa pada cinta yang lebih utama iaitu cinta kepada Tuhan yang mencipatkan kita semua iaitu Allah  SWT...



       Akhir kata dari saya, Jika kita sedang dilanda masaalah atau dugaan bersabarlah, jangan jadikan masaalah dan dugaan kita itu sebagai pematah semangat yang meyebabkan kita jatuh tersungkur, tetapi bangunlah dan terus berlari memburu impian.  Hidup ini adalah perjalanan... Maka berjalanlah dengan tenang, usah terburu-buru, usah tergopoh gapah, usah berjalan dengan lemah longlai tiada semangant dan usah juga berjalan dengan sombong dan bongkak.  Tetapi berjalanlah menggunakan akal fikiran dan hati serta budi pekerti.  Percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah, pengajaran dan kemanisan yang tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui. Kita merancang, Allah SWT juga merancang, tetapi ketahuilah dan sedarilah oleh kita bahawa Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang... 


       

P/s: Entry ini adalah luahan dan lontaran idea picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google gambar, google image...
          

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...