Translate

Wednesday, November 30, 2011

Tentang Telinga, Mata Dan Mulut...

Hai Semua... 


 Pernahkah kamu berfikir atau terfikir tentang telinga, mata dan mulut...?
 Tiga anggota ini adalah antara deria yang paling penting sekali iaitu mendengar, melihat dan merasa / bercakap.. 
Tapi terfikirkah oleh kita adakah kita menggunakan ketiga-tiganya sebaik mungkin..? 
Adakah kita menghargai dan mensyukuri atas nikmat yang kita punya ini..?
 Ramai juga manusia yang menyalah gunakannya, digunakan ketiga-tiga organ ini untuk menyebarkan fitnah, khabar angin atau gossip dan juga mengumpat, megutuk, atau menghina.. 


         Telingannya sangat suka mendengar berita yang tidak benar, suka dan gembira sekali mendengar kesusahan orang lain, sangat senang mendengar berita kejatuhan orang lain, sangat seronok mendengar perkhabaran kelemahan orang lain. Matanya pula apa bila terlihat sesuatu yang tidak patut dilihat maka makin di besarkan matanya supaya dapat melihat perkara yang tidak elok itu dengan jelas dan bukannya dia menundukkan pandangan. Malah mahu menenungnya dan melihatnya dengan pandangan mata yang meneliti keseluruhan isi dalamnya, meneliti dan mulalah berimajinasi pula..Apabila terlihat kekurangan pada fizikal orang mula lah menghinanya..Apbila terlihat kesusahan ornag, bukan dia mahu membantu malah dia mengherdik, menyindir dna mngutuk orang itu pula..Konon dia sahajalah orang terhormat di muka bumi ini..Sentiasa sahaja melihat kekurangan orang lain..Mulutnya pula tak henti-henti mengumpat, mengutuk orang lain..Di gunakan mulutnya itu untuk menyebarkan gossip ke sana kemari..Di gunakan ia untuk mentertawakan kelemahan orang lain..Padanya dia sahaja lah orang yang paling sempurna..




 Tapi pernah kah terikir akan manusia yang seperti ini bahawa ketiga-tiga organ ini terletaknya di kepala. Ya, dekat pula dengan akal kita. Tujuannya untuk apa..? Supaya kita berfikir sebelum menilai atau menegelurakan sesuatu andaian atau sesuatu perkataan. Agar kita tak tersungukur dengan kejahatan mata, telinga dan mulut sendiri.. Agar kita sentiasa berfikir bahawa tiada manusia biasa yang sempurna dan agar kita berfikir kekhilafan diri kita terlebih dahulu sebelum kita asyik sahaja melihat keburukkan dan kelemahan individu lain.


        Apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar, jangalah terus di serap dan di percaya sepenuhnya. Kerana boleh jadi kejadian sebenar tidaklah sebegitu, ia boleh jadi di tokok tambah untuk menyedapkan cerita fitnah yang sedang di jaja kesana kemari. Zaman sekarang ini sudah moden, dengan segala teknologi yang ada pada hari ini seglanya boleh di tokok tambah dengan lebih mudah dan pantas sahaja.Jadi,jangan cepat membuat penilaian terhadap sesuatu jika kita tidak berada di situasi itu. Kerana jika penilaian kita itu silap, maka nyatanya kita sudah memfitnah, jika perkara itu betul maka kita pula sudah membuka aib orang lain. Jika kita tidak suka orang lain memberi perspektif negatif kepada kita, maka kita juga tak patut memberi perspektif negatif kepada orang lain.Jika kita mahu orang lain menjaga hati dan perasaan kita serta menjaga air muka kita, maka halnya sama juga sama dengan orang lain, dia juga pasti tidak suka aibnya dibuka dan di cemari..
.

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah



Salam Maal Hijrah.. Selamat menyambut tahun baru Islam 1433 Hijrah kepada semau umat Islam di seluruh dunia..
    Semoga kita bersama-sama bermuhasabah diri dengan apa jua yang telah kita lakukan di tahun yang lalu dan bersamalah kita perbaiki apa jua yang kurang. Berhijrah dari satu yang kurang baik kepada satu sifat/sikap yang lebih baik. Memang tiada manusia biasa yang sempurna. Oleh itu, kita haruslah perlu sentiasa beringat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekhilfan diri kita. Tukar apa yang perlu di tukara, ubah apa yang di rasakan perlu agar kita menjadi individu yang maju dan berjaya. Perubahan itu haruslah dari yang negatif ke positif, dan dari yang baik kepada yang lebih terbaik. Bersama-sama lah kita menghayati pengertian Hijrah itu yang sebenar dan bersamalah kita memartabatkan Islam itu sendiri di mata dunia.

   Jika tahun yang lalu banyak impian yang belum tertunai, maka tahun ini haruslah di gunakan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian kita agar menjadi nyata. Berusahalah jangan pernha berhenti dan jangan pernah pula berputus asa. Setiap hari dan waktu yang berlalu haruslah di manfaatkan sebaik-baiknya dengan segala perkara yang berfaedah, ianya tak lain untuk kebaikkan diri kita juga. Janganlah di bazirkan setiap detik waktu yang berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah  jambatan untuk kita menuju ke alam yang lebih kekal abadi iaitu akhirat. Maka jika kita faham konsep itu, kita pasti tidak akan membazirkan masa yang kita ada ini untuk melakukan perbuatan yang ternyata sia-sia belaka. Jika kita faham konsep ini, kita juga tidaklah tersasar dan hanyut dengan keasyikan godaan dunia, kerana kita sedar ianya hanyalah pinjaman yang nyata sementara.

   Bersyukurlah dengan setiap hembusan oksigen yang masih kita punya untuk bernafas, bersyukurlah dengan setiap detik nadi dan jantung yang masih berdenyut normal, bersyukurlah dengan nyawa yang masih kita punya. Kita tidak pasti hayat kita sampai bila, jadi hidup di dunia ini haruslah sentiasa beringat. Setiap apa yang kita miliki manfaatkan lah ia sebaik mungkin.


Ps:-Menagapa ramai antara kita yang mengingati tahun baru masihi setiap satu januari tapi ramai pula diantara kita yang lupa tarikh tahun baru Islam itu sendiri??? Adakah kerana kita alpa atau kerana kita terlalu meikirkan hal-hal duniawi sahaja...?


Nota:-Maaf kerana terlewat update entry, kerana laptop saya meragam.







 

Wednesday, November 23, 2011

ww 13#:- Aku Ingin Memilikinya...


















Ps:-Ini adalah impian ku yang tak pasti bila akan aku perolehinya. Credit gambar google image.



Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...