Translate

Sunday, August 22, 2010

JANGAN CERMARKAN KESUCIAN BULAN RAMADAN!!

Kalau di lihat tajuk entry saya nie kelihatan tegas, keras atau marah..
Ya, memang saya geram dan marah..
Kenapa??
Kerana sedih dengan keadaan sekeliling ketika bulan ramadan ini..
Masih ada individu-individu yang:-
-Di tangkap khalwat & berzina ,
-Bayi di buang dan di temuai meninggal dunia,
-Merompak, mencuri, meragut,
-Berbunuh-bunuhan,
-Bergaduh, bertumbuk,
-Menjerit-jerit,
-Memaki-hamun,
-Pecah amanah,
-Menghina dan memalukan orang lain,
-Mengeluarkan bermacam-macam lagi kata-kata kesat,
-Melakukan pelbagai perkara yang terlarang tanpa segan silu (malah bangga pula),
Rupanaya masih ramai yang JAHIL!
Tak Tahu apa erti Ramadan,
Puasa hanya perut,
Bukan tingkah laku dan juga mulut...

Puisi:-Rintihan Anak Terbuang

Sepi sendiri dia keseorangan,
Tangisan dan rintihannya tak di endahkan,
Dia di buang oleh orang yang melahirkannya,
Dia tak pernah kenal siapa bapanya,
Kini dia di buang dan di tinggalkan,
Seolah-olah dia tidak berhak untuk mendapatkan kasih sayang dari ibu bapa kandungnya,
Seperti dia hina dan jijik untuk di besarkan,
Dia di anggap pembawa malang,
Ketika...
Bayi lain kelahirannya di sambut dengan riang,
Bayi seusianya di beri perhatian dan kasih sayang,
Tapi..
Dia kini terdampar sepi,
Menangis,merintih hingga hilang suara,
Tapi ibu bapa kandungnya tak peduli,
Dia terus di tinggalkan,
Bagaimanakah nasibnya nanti?
Oh Tuhan! Kalau begini kenapa aku di lahirkan?
Tidak kuat rasanya aku mahu mengharungi hari yang sepi seorang diri,
Mama, papa..
Kenapa kah kamu melahirkan ku?
Kenapakah aku di tinggalkan?
Sepi keseoranagan,
Aku bayi yang terbuang,
Lahirku hasil dari harga diri ibu bapaku yang terbang,
Mungkin kerana cinta nafsu atau mungkin juga kerana wang,
Tapi kini ibu bapaku menghilang,
Tinggalkan aku seorang,
Aku sedih,
Aku sejuk terkena angin malam dan hujan,
Aku sakit di gigit serangga,
Aku nak muntah bau busuk ini,
Di tempat busuk aku di tinggalkan,
Bau-bauan hanyir,busuk hasil dari tong sampah,longkang dan tandas,
Aku hanya pasrah,
Berharap ada insan yang menemuai aku,
Insan yang akan memberikan aku perhatian,kasih-sayang dan pendidikan,
Tapi..
Aku juga takut,
Sekiranya aku mati dalam keadaan yang hina dan busuk,
Aku cuma berharap,
Beberapa minit lagi ada orang menyelamatkanku..
Terus berharap dan menunggu..

Ps:-Hak cipta terpelihara, tidak di benarkan sebarang bentuk penerbitan semula tanpa kebenaran bertulis dari saya. Puisi ini telah di hasilkan oleh saya sendiri penulis blog www.merpatiputih88.blogspot.com.Puisi ini terhasil daripada kisah bayi yang di buang di media massa masa kini. Sama-samalah kita mengambil iktibar.
Semua bayi suci bersih, mereka berhak untuk hidup,memndapatkan makan,minum,pakaian,tempat tinggal,pendidikan,perhatian dan kasih sayang. Tak kira apa jua asal usul mereka dan siapa pun ibu bapa mereka.Jangan sesekali memandang hina dan jijik pada bayi seperti ini.Kerana mereka juga tak minta di lahirkan begitu dan bukan salah mereka,mereka terlahir ke dunia ini.

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak Dan Selamat Berpuasa....

Saya rasa mungkin ada yang berkata agak terlewat saya pos tajuk entry nie..
Tapi nak buat macam mane kan..
Line Berok Band yg saya guna nie slow cam Siput Baru Lahir...
Entah ar..dulu masa mula2 pakai broad band nie ok..
Laju sesangat cam Kelajuan Cahaya...
Tapi now..
Memang Slow...Lagi-lagi dgn keadaan cuace yg tak menentu nie..ujan,angin kencang,guruh petir.....
Maybe, pencawang dia ade masaalah kowt...tak tau ar..('',)
Dah ar bill naik harge..makin mahal lak tue..Tak patut betullah...:(

Eh! chop chop...ape ar saya bising2 pasal broad band nie..
Niat asal nk ucapakan selamat berpuase dah tersasar jauh lak..
Melencong entah ke mana..
Kalau pegi melancong ok juga kan??

Ok..Dikesempatan ini...
Saya pemilik rasmi blog http://www.merpatiputih88.blogspot.com
Ingin mengucapkan Selamat Meyambut Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadan yang mulia lagi diberkati ini kepada seluruh umat Islam walaupun di mana jua anda berada..

 Tak lupa jua kepada sesiapa jua  yang mengenali diri ini serta para pembaca dan pengikut setia blog saya nie..Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa2 jua yg saya lakukan atau saya coretkan di blog saya nie menyinggung atau mengguris persaan lubuk jantung pisang anda...

Sama-sama lah kita memeriahkan bulan yang mulia ini dengan bermuhasabah diri..
Meninggalkan segala yang terlarang dan yang negatif..
Seterusnya lakukanlah anjakan paradigma ke arah yang lebih baik dan positif..
Menambahkan dan memperbaiki Amal Ibadah ,  Sedekah Jariah dan Kerja-kerja amal (Sukarelawan)..
Berusaha untuk menambahkan Ilmu pengetahuan Agama yang sedia ada..
Memperbaiki sahsiah dan tingkah laku diri..

Tapi ingat!
-Teruskan segala yang kita lakukan di bulan Ramadan di bulan-bulan yang lain..
Jangan pula terhenti selepas takbir raya...Salah tue...
-Jangan pula menderma untuk mendapat nama..(biarlah ikhlas)..
-Beringat-ingat masa membeli di bazar ramadan, jangan sampai membazir pula hujung bulan bertambah bertambah2 badan..
-Kepada peniaga pula jangan pula letakkan harga melambung cam ombak tsunami, tinggi bak menara Burj Dubai..
-Kepada pengunjung dan peniaga..selamat berurus niaga..

Apakah disebalik pengertian PUASA? Bukan setakat berlapar tapi lebih dari itu...

-Mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..
-Memperbanyakkan amal ibadah..
-Supaya memperbaiki sistem badan yang telah sekian lama bekerja untuk kita..
-Memperbaiki tahap kesihatan kita..(contoh:-perut,minda dan lain-lain)
-Supaya kita merasai hidup orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin..cth: kita berlapar disiang hari..
-Supaya kita lebih menghargai rezeki..
-Membuatkan minda , akal fikiran dan perasaan  kita lebih tenang dan tenteram..
-Mendidik kita agar lebih bersabar,tabah dan tenang..
-Mendidik kita cara mengawal dan  melawan nafsu sendiri..
-Muhasabah diri..
-Sangat elok bagi perokok tegar..sebab masa nie lah dia org semua tak leh nak merokok..di harapkan juga mereka yang degil nie akan berhenti terus dari merokok..jadi kuranglah sikit pencemaran udara..

Sekian, Selamat menjalani Ibadah Puasa dan bersama-samalah kita menghayati pengertiannya...






Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...