Translate

Saturday, September 13, 2014

Soalan Periksa Bocor? Jangan Tipu Diri Sendiri...



         Sekarang nie tengah kecoh sana sini berita pasal soalan peperiksaan UPSR yang telah dibocorkan... Kenapa mesti jadi begitu?  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kerana ini peperiksaan tahun enam cuma penentu sama ada adik-adik ini dapat di tempatkan di sekolah berasrama penuh atau tidak sahaja. Ianya bukanlah soalan peperiksaan penentu masa depan macam SPM...


     Mungkinkah budaya orang kita yang gemar bertanya kepada rakan sekerja, jiran-jiran, saudara mara dengan soalan cepu emas seperti : "Anak awak dapat berapa A?" "Anak awak dapat belajar di sekolah berasrama penuh ke tidak?" dan mungkin ini juga secara tidak langsung memberikan sedikit tekanan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dapat straight A's.  Lalu tekanan ini dicurahkan pula kepada anak-anak mereka, agar mereka sentiasa cemerlang dalam akedemik dan sukan.  Lebih memberi tekanan andai anak pertama mendapat straight A's, maka adik-adik yang lain juga harus mengekalkan rating itu untuk keluarga mereka.



         Menjadi satu budaya juga zaman sekarang ini dimana setiap sekolah berlumba-lumba untuk mengejar rating sekolah yang paling terbaik dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.  Jadi setiap guru-guru juga terbeban untuk memastikan sekolah mereka sentiasa mendapat rating yang paling terbaik setiap tahun.  Rating sekolah perlu dijaga, biarlah ia sentiasa meningkat dan bukan menunjukkan sebarang penurunan. Rating ini bagus juga, sebab ia memberi saingan antara sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berprestasi tinggi.  Sekaligus ia menjadi pemangkin motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka.

      
      Buat adik-adik calon UPSR yang terpaksa menduduki semula kertas soalan peperiksaan itu, kakak ucapkan semoga berjaya.  Kamu anggap sajalah yang peperiksaan yang telah kamu duduki itu sebagai soalan percubaan UPSR sahaja. Cuba think positive ye.  Jaga emosi kamu dan jangan terlalu stress dan terbeban, kerana peperiksaan sebenar bakal kamu duduki (buat kali kedua) iaitu pada 30 September.  Ketahuailah akan adik-adik yang menduduki peperiksaan buat kali kedua dan bukan atas kesilapan yang dibuat oleh adik-adik bukanlah sesuatu yang perlu adik-adik berasa malu hingga menyebabkan adik-adik mahu mengurung diri, tidak mahu makan dan bercakap.  


   Sekiranya adik-adik gagal dalam sebarang peperiksaan, sedangkan adik-adik telah belajar dengan baik dan telah mencuba bermacam-macam usaha serta telah berdoa. Sabar.  Mungkin  ada sesuatu yang perlu adik-adik belajar. Gagal dalam peperiksaan bukan bermaksud kita ini individu yang gagal dalam hidup kita secara keseluruhannya. Adik-adik boleh cuba lagi. Malu? Untuk apa mahu malu. Jujur dengan diri sendiri adalah kunci keberkatan hidup.  Jangan menipu diri sendiri.  Untuk apa andainya adik-adik berjaya memperoleh straight A's tapi dengan cara yang salah iaitu hasil menipu, berbohong, meniru dan sebagainya?  Sekiranya adik-adik menipu dalam peperiksaan kemudian berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, kemudian  adik menipu lagi dalam peperiksaan kemudian berjaya ke universiti, kemudian menipu lagi dalam peperiksaan dan akhirnya berjaya mendapat jawatan tinggi. Adakah pekerjaan dan gaji yang diperolehi hasil dari usaha pembohongan sebelum ini sesuatu yang berkat???

            Mungkin dalam peperiksaan adik-adik boleh menipu, tapi sedarlah yang penipuan itu takkan selamanya akan menyelamatkan adik-adik.  Kerana dalam bidang pekerjaan / perniagaan tidaklah semudah menjawab soalan peperiksaan. Hidup kita juga taklah semudah itu.  Jadi, adakah selamanya adik-adik harus menipu dan meniru idea orang lain tanpa pernah mahu mengeluarkan idea sendiri yang lebih kreatif lagi bernas?  Jadilah insan yang tidak takut dengan kegagalan dan kritikan nescaya adik akan berjaya.  Kerana apa? Kerana dalam hidup kita ini adalah normal untuk kita merasa kegagalan, kehilangan atau kesedihan.  Biarlah kita berjaya atas usaha kita yang sebenar dan menggunakan idea serta tenaga kita sendiri pasti kejayaan itu lebih indah dan lebih manis.  Janganlah menggunakan cara yang salah untuk berjaya.  Untuk apa kita dipuji dan disanjung andai kejayaan kita itu hasil dari usaha kita yang banyak berbohong?

             Untuk kamu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam berbohong semasa peperiksaan (tak kiralah peperiksaan apa pun). Satu saja saya nak pesan, "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" ,  penipuan kamu itu lambat laun akan terbongkar juga.  Untuk apa kita berjaya dengan usaha yang salah? Lebih baik kamu soal diri sendiri, adakah kamu mahu berjaya untuk masa depan yang lebih cemerlang atau semata-mata kerana takut dengan kritikan dan semata-mata mahu mendapat nama serta menjaga Rating semata-mata. Buat kamu yang terlibat dalam pembocoran soalan peperiksaan ini, satu saja saya nak pesan :  Janganlah jadikan masa depan anak-anak kecil sebagai mangsa kamu yang tamak itu, kasihanilah mereka-mereka yang jujur dan tidak bersalah dalam hal ini. "Kerana nila setitik itu rosak susu sebelanga". Kerana perbuatan kamu yang tidak berntanggungjawab itu ternyata ianya telah menyusahkan banyak pihak dan telah menghampakan banyak hati yang menaruh harapan tinggi.


   Namun soalanya adakah kita hari ini hanya mementingkan berapa banyak A yang tertulis dalam setiap slip peperiksaan yang mereka duduki? Adakah hanya itu sahaja penentu masa depan mereka?


Entry ini adalah nukilan sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Maaf andai ada kekurangan dimana-mana.  Idea untuk menulis entry ini tercetus secara spontan, dan  sekadar bekongsi pendapat berdasar dari pengalaman hidup saya. Saya sendiri pernah sekali mengulang semester ketika di politeknik dulu.  Seumur hidup saya memang tidak pernah sekalipun meniru dalam mana-mana peperiksaan. Kerana saya percaya yang rezeki itu Allah yang tentukan, dan saya percaya yang biarlah kita berjaya atas usaha kita sendiri.  Biarlah  kita berjaya untuk masa depan kita dan bukan berjaya semata-mata kerana takut apa yang orang akan kata pada kita.  Dalam hidup ini jatuh bangun itu semua perkara biasa. Cumanya kita harus bangkit dari kejatuhan dan kegagalan masa lalu kita..

Sunday, September 7, 2014

Perempuan Bukan Lemah, Tapi Gagah...


Perempuan sering kali dianggap lemah...
Tapi dalam kelemahan itu ada juga terselit kekuatan...
Ia tiada pada lelaki tapi hanya pada perempuan...
Selemah-lemah perempuan tetap kuat menghadapi PMS / Period Pain setiap bulan...
Ia mungkin di ejek sebagai makhluk yang kuat emosi,
Tapi sebenarnya perempuan itu lebih tabah, kuat dan sabar menghadapi tekanan / dugaan...
Walaupun dianggap lembik, tabah jua dia membawa perut sembilan bulan sepuluh hari...
Selemah-lemah wanita itu sabar jua dia hadapi dugaan pening dan muntah-muntah setiap kali mengusung bayi dalam rahimnya dia...
Walau dianggap lembik dan lemah, tapi golongan yang lembik dan lemah inilah jua yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan bayi kedunia...
Selemah-lemah perempuan itu, kuat jua dia berdikari hidup di kaki sendiri...
Cuba lihat sekeliling, 
Ada saja wanita yang bergelar ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak nya sendiri walaupun dirinya telah dicerai insan bernama suami.. 
Rajin juga dia bekerja saban hari untuk memberi makan anak-anak setiap hari...
Walaupun dianggap sebagai makhluk yang kuat emosi, tapi dia sebenarnya mahluk yang sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di rumah dan di tempat kerjanya dia..
Di tempat kerja perlu bekerja untuk ketua, perlu urus semua hal-hal pejabat dan semuanya...
Pulang ke rumah perlu urus makan minum untuk keluarganya pula, perlu kemas rumah, kemas baju semua dan perlu curahkan sepenuh jiwa kasih sayang buat keluarganya dia...
Bagi yang bergelar suri rumah, bukan bermaksud masanya dihabiskan 24jam boleh berehat...
Banyak perkara perlu diurus, hal rumah, makan minum, anak-anak dan pelbagai lagi...
Ada juga yang menjadi peniaga online, sambil berniaga sambil menguruskan anaknya juga....
Ternyata menjadi seorang perempuan itu bukan mudah sebenarnya..
Perlu tahu bahagi masa antara kerjaya dan keluarga...
Jadi buat lelaki, usah mudah menuduh perempuan ini kuat emosi,
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba memahami isi hati dan tekanan yang sedang dia hadapi,
Behenti mengata itu dan ini,
Tapi jadilah pasangan yang memahami, yang mengambil berat perasaan seorang perempuan itu,
Jadilah ketua, suami, ayah atau abang yang melindung bukan mendera atau memberi tekanan emosi...
Fahamilah bahawa disebalik kelemahan perempuan itu terselit kekuatan sebab itu tanggungjawab kepada keluarganya juga besar...
Selamah-lemah perempuan itu ramai juga yang berjaya dalam akademik, kerjaya mahupun perniagaan...
Perempuan yang lemah itu juga mmapu menjawat jawatan yang banyak dipelopori lelaki...
Perempuan yang diejek lembik dan kuat emosi itu, adakalanya lebih teliti , berhati-hati  dan tegas apabila menjadi ketua..
Jadi jangan mudah mengejek perempuan ini lembik,
Kerana disebalik kelemahan ada kekuatan dan keistimewaan...
Jadi hargailah gadis dan wanita disekeliling kamu, sayangi , lindungi dan hargai mereka...


P/s: Entry ini adalah hasil nukialn saya sepenuhnya selaku pemilik dan penulis blog merpatiputih88.blogspot.com Sebarang kekurangan harap dimaafkan... Sepatutnya saya terbit kan pada sambutan hari wanita, tapi tidak kesampaian kerana busy masa tu.. Ok lah, selamat malam dan selamat berhujung minggu... :) ;)






Friday, September 5, 2014

Saya Sayang Blog Saya!

           

           Chewah.... tajuk kemain semangat gitu...Dah lama betul saya tak update blog macam dulu-dulu kan...? Kalau scroll balik tahun-tahun sebelum banyak betul entry kat blog ni...Tahun nie jer jadi macam ginie... Jarang nak update blog pun dah bersawang akibat jarang-jarang nak jengah dah sekarang ni kan... Akibat dah terlampau bersawang tetiba boleh masuk pulak malware kat blog kesayangan nie.... Fuhh nasib baik lah boleh buang malware tu.. Kalau tak habis semua entry yang saya dah taip semua hilang tak ke nangis... Dup dap dup dap jugak jantung saya tadi dah macam nak kena serangan jantung pun ada... Sape yang tak sayang blog sendiri? Dah bertahun kot kita menulis segala curahan isi hati dan idea kat sini... Segala puisi lah, cerpen, ilham bicara berkongsi pendapat... 

            

        Saya pun memang minat menulis, hobi masa kecik-kecik sampai remaja suka tulis diari dan kumpul stamps.. Bila dah remaja gitu siap buat buku tulisan tangan untuk tulis segala puisi / curahan hati kat dalam tu..Saya tulis puisi ni dari zaman remaja lagi, dengan tajuk puisi pertama yang saya cipta sendiri tu bertajuk : Bangkitlah Wahai Remaja. Tajuk bersemangat sangat..! Puisi tu dapat ilham dari mimpi, masa tu khusyuk sangat nak buat kerja kursus sejarah untuk PMR tahun 2003. Puisi tu pernah masuk dalam majalah sekolah saya iaitu majalah JASA edisi tahun 2005.. Sayang seribu kali sayang semua majalah sekolah, stamps album, diari dan buku puisi tu punah dan hancur akibat di mamah anai-anai..(T___T) Habis hancur semua kenangan dan hasil tulisan, dan stamps pulak dah banyak yang saya kumpul... (T___T) 

       Jadi sebab itulah saya memilih platform blogger nie untuk tinggal kan segala hasil karya yang tak seberapa tu kat sini... Kat sini jugaklah tempat saya nak berkongsi idea, pendapat dan pandangan dengan awak semua... Terima kasih saya nak ucapkan sebab sudi baca entry saya yang tak sebarapa, sudi singgah blog saya, sudi tinggalkan comment kat sini dan sudi jadi kawan blog saya... Walaupun tahun nie saya jarang sangat update blog tapi masih ade yang sudi datang ke blog picisan yang tak seberapa nie.. (T____T) Saya janji, InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk update blog nie seberapa kerap yang boleh dan blog walking secara aktif macam dulu-dulu... Saya sayang sangat kat blog nie, sebab saya memang minat menulis. Pernah masa kecik simpan angan-angan mahu jadi penulis novel takpun majalah, tapi tak kesampaian.. Jadi dengan platform blogger nielah saya boleh capai cita-cita saya tu... Jadi saya taknak kehilangan blog yang saya sayang nie...(T____T) Kalau boleh saya nak jadikan blog nie kenangan yang abadi sampai bila-bila. Bila saya dah takde kat dunia nie lagi, semoga tulisan-tulisan saya ini terus menjadi kenangan buat awak semua... :) Itulah harapan saya...


Sekian saja contengan dari saya, harap jumpa lagi lain masa...Selamat Malam semua... :) ;)
kredit gambar: google image... 

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...