Translate

Tuesday, June 18, 2013

Sketsa Cinta Awak Dan Saya...




Saya mungkin bukan pasangan idaman awak...
Saya mungkin kurang memberi masa untuk awak...
Saya mungkin selalu sibuk dan kadangkala terlampau sibuk sampai tiada masa untuk awak...
Saya sibuk dengan kerja-kerja saya, sibuk dengan business saya...
Saya selalu terpaksa batalkan janji kita untuk keluar sama-sama, Semuanya sebab saya perlu meeting dengan clients, Semuanya atas urusan kerja..
Saya batalkan janji kita bukan kerana saya curang dengan awak, tapi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja...
Semua ini demi masa depan kita bersama juga...
Saya kuat kerja untuk kumpul duit demi keluarga kita dan demi untuk buat awak gembira...
Saya mungkin tak pandai nak bagi awak bunga-bunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak ayat jiwang romantik yang boleh buat hati awak berbunga...
Saya mungkin tak pernah bagi awak hadiah-hadiah mahal...
Tapi saya nak awak tahu cinta saya terlalu mahal untuk di nilai..
Saya nak awak tahu yang saya sayang awak untuk selamanya..
Walaupun saya tak tunjuk  sayang saya dekat awak untuk dilihat satu dunia..
Walaupun saya tak gemar update status jiwang berbunga di facebook dan twitter..
Tapi sayang saya pada awak adalah sampai hujung nyawa..
Sayang saya pada awak adalah ikhlas dari lubuk hati dan tak mungkin berganti atau terjual beli..
Walaupun saya kurang gemar beri password pada awak..
Itu bukan bermakna saya curang belakang awak...
Itu juga bukan bermakna saya beri cinta palsu pada awak...
Walaupun ada ramai perempuan yang berminat pada saya...
Tapi saya nak awak tahu yang saya  hanya minat pada awak seorang sahaja...
Hanya awak seorang sahaja gadis yang ada di hati saya..






Mungkin awak tiada masa untuk saya...
Tapi saya faham awak selalu sibuk banyak kerja...
Mungkin mereka selalu kata awak curang dengan saya...
Tapi saya tetap percayakan awak sampai bila-bila...
Mungkin awak tak pernah beri saya bunga,
tak mengapa kerana saya memang tidak gemar pada bunga..
Mungkin awak tak pernah beri saya hadiah mahal-mahal,
Tapi saya tahu yang cinta awak pada saya sangat mahal..
Saya tahu yang awak sayang saya walaupun tanpa hadiah itu semua...
Sebab awak sentiasa ada dengan saya, susah senang kita bersama...
Awak yang terima diri saya seadanya..
Awak yang terlalu ambil berat tentang saya...
Awak yang sentiasa ada ketika saya sakit..
Awak yang selalu beri saya nasihat, teguran, kata-kata semangat dan motivasi..
Itu semua sudah cukup untuk saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya...
Mungkin awak tidak terlalu terbuka berbicara tentang cinta kita di facebook dan twitter...
Itu tidak mengapa buat saya, asalkan kita berdua tahu yang kita saling mencinta...
Maka untuk apa perlu dijerit pada satu dunia..?
Asalkan hati kita ikhlas untuk bersama selamanya, maka tak perlu dihebah kita sedang terlampau bahagia...
Biarlah kita jaga batas privacy kisah cinta kita...
Biar ia menjadi warisan cerita buat anak cucu kita sahaja...
Awak mungkin bukan Takeshi Kaneshiro,
Tapi saya nak awak tahu yang awak adalah hero yang bertakhta di hati saya selama-lamanya..




P/s: Entry ini adalah hasil nukilan sepenuhnya saya selaku penulis blog & pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Terlahirnya tulisan ini sebenarnya adalah untuk dikarang sebagai novel yang saya mahu hasilkan, tapi syangnya asyik bertangguh sahaja...Makanya dari tahun 2005 (mase tu umur saya 17 tahun)hingga kini masih tiada masa,buku tulis contengan tangan itu pun telah dimamah anai-anai... Jadinya serpihan tulisan itu tinggal lah menjadi coretan  ringkas yang penuh  jiwang berbunga begini, cuma ia diubah sedikit dengan seiring peredaran masa...Eh, perlu diingatkan semula tulisan saya ini tiada kena mengena dengan diri saya atau sesiapa jua, ia hanyalah nukilan fiksyen coretan saya...(^___^)

kredit gambar: Google image..

~lagu dari filem Sepet, ini lagu favorite saya pada  tahun itu ...~ 

7 comments:

reenapple said...

Wahhhh.. aku rasa perasaan cinta di antara jejaka dan gadis.. moga3 mereka adalah jodoh masing3 yang telah ditetapkan oleh DIA> :)

senyumSOYA said...

cinta dan perasaan.. satu rasa yang terikat dan sudah ditulis ^^

semoga...

Sya_Merpati Putih 88 said...

reenapple & senyumSOYA :cinta adalah satu anugerah yg indah..:)

btw, entry nie adalah tribute dari novel bertulis tangan mase zaman sy sekolah...sempat tulis sampai bab 8 ajer...huhu..ia hanyalah fiksyen semata-mata..

logorithm said...

Wah... indah sungguh puisi nih soal-jawab nih. :-)

Lagu dari filem Sepet tuh nice. Filem Melayu tapi lagu pembukanya lagu Kantonis. Missing Yasmin Ahmad... :~(

Sya_Merpati Putih 88 said...

logorithm : thanks ye MR Logo..:)
yup itu lagu fav. sy walaupun sy tak faham maksud lagu tu..
yup, sy pin rindukan karya2 yasmin ahmad..semuanya best2 dan menyentuh hati..

wempy said...

post ini ada kene mengena dgn sifatku ....bezanya...aku kehilangan si dia yang beralih arah

Unknown said...

catatan tersebut betul-betul menikam kalbu akak. andainya akak diberi kesempatan ke-2 bersatu kembali dengan suami akak, akak akan bagi catatan tersebut kepadanya. Catatan tersebut terkena batang hidung akak sendiri. Kasih sayang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya allah yang maklum.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...