Translate

Tuesday, January 31, 2012

Manusia Mana Yang Tiada Masaalah..?


  
     Hidup ini memang penuh dengan dugaan  dan pancaroba..Hati dan minda haruslah kuat, agar teguh bertahan walaupun dugaan yang datang itu sangatlah besar dan agak dahsyat...Apa yang perlu ialah ketabahan, kesabaran, kecekalan dan kekebalan dalam menangani segala gelombang-gelombang badai itu..Mana ada manusia yang hidupnya tiada langsung masaalah..? Pasti hidupnya pernah sahaja di timpa dengan pelbagai dugaan dan masaalah..Nak berjaya juga bukanlah sesuatu perkara yang terlampau mudah. Pasti kamu perlu tempuhi segala pahit jerih oank berduri, barulah kejayaan itu rasaya akan jadi lebih manis dari gula batu! Hidup ini memang penuh dengan warna warni. Ada warna gembira, ada warna berduka dan bermacam-macam lagi..Semua itu yang pasti, akan memberi kita satu ilmu baru iatu pengalaman dan pengajaran...Belajarlah dari pengalaman yang kita pernah lalui, dan jangan pernah biarkan ia berlalu dan kesilapan itu di ulangi kembali..


   Dengan adanya segala dugaan itulah yang mebuatkan kita menjadi individu yang kuat, kental dan cekal dalam menghadapi hari-hari depan yang belum pasti.Jangan anggap masaalah itu satu bebanan, tapi anggaplah ia sebagai satu cabran hidup. Iaitu cabaran yang boleh mematangkan kita dan cabaran yang mebuka ruang kejayaan kepada kita. Jangan anggap apabila kita di timpa kesusahan maka hidup kita sudah mati dan tenggelam. Apa yang kita perlu lakukan ialah bangkit kembali dan teruskan perjalanan. Hadapi segala rintangan itu dengan tabah. Serta berusahalah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan permasaalahan itu. Tiada masaalah yang tidak boleh di selesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali kematian. Oleh itu berusaha lah mncari jalan keluar dari kepompong masaalah itu. Teruskan usaha dan teruslah berdoa tanapa pernah mengenal erti jemu atau putus asa. 



  Jangan kerana secebis masalaah kita sudah bersa goyah dan rapuh. Pasti di luar sana masih ramai lagi individu yang di timpa pelbagai dugaan hidup yang lebih berat dari kita. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pernah berhenti berharap untuk terus berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Jika kamu sedang kecewa luahkanlah ia walaupun harus mengalirkan air mata. Biarlah kamu nampak seolah-olah lemah, tapi sebenarnya jiwa kamu kental dan tabah serta yang paling penting tidak menyimpan dendam di hati. Luahkan sahaja emosi kamu itu, coretkan ia di atas kertas lalu bkarlah ia menjadi debu yang berterbangan. Jangan di pendam sahaja rasa itu beraja sendirian kelak ia merosak jiwa dan badan andai rasa sabar sudah tak dapat bertahan. Mintalah nasihat dan bimbingan dari mereka yang lebih mengerti dan berpengalaman. Agar kelak tidaklak kamu terkapai-kapai keseorangan.



Ps:- Entry ini hanyalah sedikit pandanagn dari penulis blog ini. Kredit gambar google image..

12 comments:

Unknown said...

jangan jadikan masalah dalam hidup sebagai penghalang kite ke depan.
seperti kata awak,setiap dari kita ada masalah masing-masing. mungkin kecik dimata yang lain, tapi mata kita,teramatlah besar.

jadikan masalah ni sebagai peluang emas untuk belajar improvekan diri so that kita akan jadi lebih efisien dalam menghadapai dunia yang penuh cabaran dane xciting ni.

bagus post ni.i like.kudos! +1

HeNRieTTa JoSe said...

salam perkenalan....

Solihin Zubir said...

masalah kalau dipendam, xkn selesai..
jadikan setiap masalah sbg pemangkin masa depan yg gemilang..

setiap yg pahit pasti akan manis di akhirnya.. tak manis jugak, tambah gula.. ;-p

Namee Roslan said...

kdg2 bila ada masalah rse mcm penat sgt. :( tp kalau xde masalah, xdelah hidup. mana ada hidup yg sempurna je terus. :(

sobri yaacob said...

erm.. berat ni..
kna pandai wat kptusan.. insaalah smua bleh stle.

Anonymous said...

Masalah/ujian yang diturunkan takkan pernah melebihi kemampuan umat. Tuhan tak zalim. :)

AzwanRamli said...

Hidup adalah tempat m'yelesaikan masalah...theres has the rainbow after a rain...

Sya_Merpati Putih 88 said...

Mr.Clive :- sangat setuju! kt mmg kena sellau memperbaiki diri dan jgn putus asa...barulah kejayaan akan dtg..terima kasih sudi baca..salam persahabatan..=)

HeNRieTTa JoSe:- salam persahabatn juga...terima kasih sebab sudi singgah..

Solihin Zubir :-setuju..harus cari jln penyelsaian utk setiap masaalah tue..

tp kalau terlebih manis nnt takut terkena penyakit diabetis pulak..ehhehe..

Namee Roslan :- sy [un kadang2 rasa mcm tue jugak..masaalah tue sebnarnya mmg lumrah dan realiti kehidupan..kalau semuanya sempurna kt kurang hargai kejaayan yg kt dpt dan kurang rasa bersyukur..

sobri yaacob :- betul tue..semuanya tergantung pd kita jugak, macam mana kt nak berdepan dengan masaalah tue..

Khuzrin Kamarudin:- betul tue..sy sangat setuju..masalah yg dtg itu boleh mematangkn kita serta boleh menguji sejauh mana tahap keimanan kita dan sebenarnya kt masih mampu menghadapi masaalah itu..cuma perlu tabah , sabar dan usaha..terima kasih sudi singgah blog sy..=)

AzwanRamli :- betul tue..dan dalam hidup yg penuh pancaroba nie, kita haruslah cekal dan sabar..terima kasih sudi singgah blog sy..=)

ILA HonEyBuNNy said...

masalah dan ujian yang ada lah yang mematangkan kita kan...

F_H said...

dangan adanya cabaran dan dugaan yang datang.. baru kita hargai apa itu pengalaman... kalau asyik nak play save.. sekali datang masalah.. kita terkapai-kapai..

nURuL di siNi :) said...

masalah membuatkan kita tambah kuat dan menambah keimanan kita kerana kita akan selalu ingat Allah . Allah tidak akan menguji luar drp batas kemampuan kita :')

Anonymous said...

Alasan yang paling utama dalam kompensasi ini sedang memanas udara dari panas-panasnya Miscellanea , terra , membawa sekitar juga dapat digunakan front atmosfer dan banyak lagi .

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...