Sejak awal tahun ni
banyak bertebaran di laman-laman social tentang tanda-tanda riak zanan moden/
zaman sekarang . Banyak perkara yang disentuh, iaitu perkara-perkara /
perbuatan yang di share di laman-laman social. Persoalannya adakah benar mereka
ini riak...? Siapa kita untuk menilai apa yang ada dalam isi hati seseorang
itu...? Berikut adalah ulasan dan pandangan saya tentang tanda-tanda riak zaman
moden / zaman sekarang nie:
1. Gambar Bahagia Bersama Pasangan / Keluarga / Kawan-Kawan :
- Ini katanya riak sebab terlalu
menonjol kebahagiaan sampai mata yang memandang 😣"berbulu". Katanya lagi
"Tak elok tonjol kebahagiaan sebab nanti orang 😑menyampah,
buat orang yang tak kahwin lagi rasa sedih sebab belum ada pasangan".
"Jangan tunjuk sangat konon keluarga bahagia,macamlah perfect sangat😒"
katanya. "Asyik upload gambar pegi oversea jer, nie mesti nak menunjuk
banyak duit dapat melancung 😒sana sini." Sebab kata
mereka tak ada keluarga yang sempurna sangat / bahagia sangat,mesti pernah bergaduh
dan sebagainya. Takkan lah happy 24/7 kata mereka lagi. Jangan tunjuk sangat
happy bersama kawan-kawan ramai, kata mereka "Eleh... Tengoklah nanti masa
dia susah mesti semua kawan-kawan dia tu tak ada.."😒
Ulasan saya:
Memang hakikat hidup berpasangan/ berkeluarga / berkawan ada pasang surut, ada suka dan duka, ada kala berselisih faham, ada kala terasa hati dan ada kala bergaduh. Itu semua asam garam kehidupan. Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit". Mereka upload gambar bahagia adalah untuk merakam detik-detik indah dan bahagia kenangan bersama. Kenapa pula anda yang terasa hati? Saya sebagai orang yang belum berkahwin langsung takde nak terasa annoying bila kawan-kawan upload gambar bahagia bersama pasangan mereka. Kita sebagai kawan / saudara patutnya doakan yang baik-baik buat kawan / saudara kita dan sepatutnya kita juga gembira bila melihat mereka bahagia.
2. Upload Gambar / Video Anak:
-Ini pun katanya riak. Sebab kata mereka
"Eleh..
saja lah tu nak tunjuk anak dia comel, anak dia bijak..
Nak mintak orang puji sebab tu asyik upload ajer gambar & videonya...
Macam dia sorang jer ade anak.." kata mereka lagi "Tak elok
tunjuk-tunjuk sangat ada anak, nanti orang yang takde anak lagi sedih."
Ulasan saya:
Tak salah pun mereka nak upload gambar/ video anak. Baby & kanak-kanak kan comel. Mereka upload gambar/ video untuk dijadikan kenang-kenangan dan share detik-detik indah tumbesaran anaknya. Lalu, siapa kita nak label mereka riak sebab saja nak tonjolkan anak...? Saya sebagai orang belum berkahwin dan belum punya anak tak pernah nak rasa iri hati tengok kawan- kawan yang upload gambar perkembangan anak mereka. Kita sebagai kawan / saudara patutnya doa yang baik-baik dan ucapkan yang baik-baik buat anak kawan / saudara kita iu. InsyaAllah, nanti anak-anak kita pun jadi baik-baik juga bila kita sentiasa doakan yang baik-baik buat anak orang lain. Ya, betul tak semua gambar / video sesuai di upload, sebab adanya manusia pedophile. Iaitu orang yang bernafsu pada bayi dan kanak-kanak. Mereka nie boleh jadi perogol dan peliwat kanak-kanak / bayi. Menakutkan bukan? Jadi cuba elakkan upload video / gambar anak dalam keadaan yang terdedah tubuh badan dan sebagainya yang boleh membuatkan si pedophile bernafsu.
3. Kongsi Tips Membesarkan Anak (Parenting tips):
-Ini juga dikatakan riak. Kata mereka
"Eleh.. baru ada anak seorang / dua dah sibuk nak kongsi parenting tips...
Orang yang ada anak ramai tak ada pun gelabah nak kongsi parenting tips nie
semua... Macam dia ajelah ibu bapa terbaik kat dunia..."😒
Ulasan saya :
Bagus parenting tips nie, bagi mereka yang dah ada anak sangat membantu dan juga bagi kita- kita yang belum ada anak nie at least taulah sikit-sikit ilmu untuk mendidik anak. Boleh simpan dan praktikkan mana-mana yang sesuai (ikut kesesuaian) bila dah ada anak nanti. Saya tak rasa ada apa-apa masaalah pun baca parenting tips. Suka lagi ada, sebab dapat tambah ilmu.
4. Kongsi Tips / Ilmu Yang Bermanfaat / Ilmu Agama:
-Ini pun katanya riak. Kata mereka "Kalau nak baca tips / resepi /
apa-apa ilmu yang bermaanfaat / ilmu agama tak payah lah asyik-asyik nak share
kat timeline. Baca sendiri sudahlah tak payah nak share sangat. Ke nak
menunjuk?". Bosan dan annoying katannya. Kalau tulis status Islamic
katanya berlagak macam diri tu ustaz/ustazah. Kalau tulis status motivasi
katanya macam bagus sangat nak motivate orang. Kalau tulis tips kewangan / tips
hartanah dikatanya menunjuk-nunjuk harta yang ada. Kalau tulis resipi dikatanya
riak "Eleh sebenarnya bukan nak share resepi sangat tapi nak tunjuk
pinggan mangkuk dia cantik, perabut dapur dia cantik lah tu." "Macam
lah dia tu pandai sangat masak. Macamlah masakkan dia tu sedap sangat. Masakkan
simple pun nak share resipi. Annoying okay..."😒
Ulasan saya:
Ini dah peringkat teruk kalau berkongsi ilmu pun salah dan dikatakan riak. Lalu kita nie nak jadi generasi yang macam mana? Adakah generasi pembenci ilmu? Sedarkah kalian terputusnya amalan anak adam bila meninggal dunia kecuali tiga perkara. Iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermafaat. Ya, ilmu yang bermanfaat yang dia tulis atau share bukan sahaja bermanfaat buat orang yang baca tapi bermafaat juga buat orang yang tulis atau share ilmu tu. Lalu mengapa taknak gunakan medium social media ke arah kebaikan iaitu saling berkongsi ilmu? Bukankah ianya sangat baik menjadi genarasi berilmu? Bukankah kita yang muslim nie punya tanggungjawab menjadi da'ie? Ya, untuk sebarkan dakwah islamiyah. Saya sebagai seorang yang suka membaca tak rasa pun berkongsi tips/ ilmu bermanfaat / resipi / ilmu agama sebagai satu masaalah. Malah saya amat menyambut baik. Kerana dapatlah kita ilmu selain dari merapatkan ukhwah persahabatan.
Jika rakan/ saudara kita sedang
bahagia bersama pasangan dan keluarga, punya 💰rezeki yang melimpah. Usah ada iri hati atau
hasad dengki. Kerana setiap apa yang dia nikmati hari ini adalah hasil penat
lelahnya dan usahannya. Kita nampak dia mewah berbelanja, rumah besar, kereta
besar, banyak barang kemas (emas) tapi kita tak tahu bagaimana dia
bersusah-susah mencari rezeki. Dia buat kerja part time dua tiga tempat,
dia buat macam-macam business online/offline,dia ada rumah sewa, dia sambung 🎓study, dia pergi seminar sana sini, baca macam-macam buku📚 dan dia berdoa dan beramal ibadah tanpa rasa jemu. Jadi sebab itulah
kini dia berjaya. Jadikan kejayaannya sebagai sumber inspirasi juga untuk kita
berjaya, usah pula kita beriri hati atau berhasad dengki dengan
kejayaannya. Jika kita lihat rakan / saudara kita punya kerjaya baik, punya
pendapatan yang pada kaca mata kita tinggi. Tapi sebaliknya kita tak tahu
tanggungjawab yang dipikul di bahunya juga berat, tanggungan perbelanjaan
bulanannya juga sebenarnya banyak. Kita tiada di situasi mereka, jadi usahlah
kita menghukum.
Siapalah kita nak kata orang riak? Adakah kita
boleh baca apa yang ada dalam hati mereka. Setiap orang ada hobi dan minat yang
berbeza, jadi tolong hormati minat orang lain. Ada yang minat
gadjet/kereta/motor/hartanah/fesyen/tips atau petua /resipi/melancong/
mengembara /bercucuk tanam/memelihara haiwan kesayangan dan sebagainya. Majoriti
dari kita biasanya akan upload gambar atau status atau entry di laman social
berdasarkan apa yang kita minat. Jadi biasanya mereka upload sebab nk berkongsi
pengalaman/cerita dan rasa gembira. Jadi, jika dah tak suka sangat nak tengok
apa-apa status /gambar/video yang di upload oleh dia masuk dalam timeline
kamu, adalah lebih baik kamu unfollow saja. Daripada kamu menambah dosa😈
kering mengutuk, mengumpat,memfitnah, iri hati dan hasad dengki. Jangan add
orang dalam friend list semata-mata nak jadi 👀👂stalker.
Kerja nak cari silap / salah orang, dan kemudian jadi keyboard warrior dengan
kutuk secara berjemaah. Jaga adab, jangan biadap. Jangan suka menilai orang,
sedangkan kita tak tahu perkara yang sebenar. Hanya Allah swt sahaja yang tahu
setiap apa yang ada dalam hati setiap manusia. Kita ini manusia, usahlah mudah
melabel dan menghukum orang. Seoalah-olah kita dapat baca hati mereka,
sedangkan kita tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Mereka hanya ingin
berkongsi kegembiraan, tiba-riba kita pulak nak tuduh mereka riak. Siapa kita
untuk menilai hati orang? Doa yang baik-baik dan ucapkan yang baik-baik untuk
orang lain. Pasti yang akan datang / berlaku pada diri kita yang baik-baik
juga. Jika tak boleh doa yang baik/ ucapkan perkara yang baik lebih baik kita
diam sahaja, daripada menjadi keyboard warrior yang keluarkan kata-kata
menghina/ mengherdik/ mencela orang hingga orang yang baca rasa tersinggung.
Jika hati kita tidak suka melihat orang lain bahagia, harusnya hati kita yang
perlu disemak semula. Adakah kita ini adalah insan yang punya iri hati dan
hasad dengki...? Jadi adakah hati 💓
kita ini bersih?
P/s: Entry ini adalah sepenuhnya idea dan ilham serta pandangan peribadi saya selaku penulis blog ini (http:// merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kekurangan atau kekhilafan harap dimaafkan.
Sumber gambar: google images