Translate

Monday, May 16, 2016

Hidup Kita Taklah Sesempurna Drama TV

   Jika diberi kesempatan untuk memilih jalan hidup yang bakal / akan kita lalui, pasti kita akan pilih yang paling sempurna bukan...? Semunaya serba sempurna dan indah belaka. Senang lenang, langsung tak susah. Tapi takdalah cabarannya. Mana ada manusia yang hidupnya langsung takda masaalah... ? Tapilah selalunya dalam filem atau drama tv jalan cerita pun macam dah cliche sangat. Kadang-kadang terlalu sempurna pun ada. Nah, kat bawah nie saya dah senaraikan ciri-ciri kesempurnaan hidup seperti yang selalu tergambar dalam drama tv / filem:


1. Baru habis belajar dah dapat jawatan besar & gaji besar (CEO)



    Ini bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau family kamu memang ada business besar, maka senanglah nak dapat peluang kerja dekat company family sendiri. Kalau kamu anak orang berpengaruh senang nak dapat jawatan besar. Pendek kata tak payah susah-susah macam orang lain nak kena berpehempas pulas cari idea nak buat resume & cover letter, dan tak payah tiap-tiap hari nak cari kerja dekat website-website pengiklanan kerjaya / suratkhabar. Tapi berapa ramai yang nasibnya sebaik ini? Zaman sekarang nie ramai graduan susah dapat kerja. Saya pun pernah melalui situasi itu. Hari-hari tengok kat website jobstreet etc dan suratkhabar semata-mata nak tengok jawatan kosong lepas tu apply. Pusing kawasan industri dan bandaraya cari-cari kerja kosong dan direct hantar resume. Pergi interview sana sini. Semua tu saya dah lalui.. Jadinya tak salah pun bermula dari jawatan rendah dahulu, cari pengalaman. Lepastu bila kamu dah ada pengalaman boleh apply kerja jawatan idaman kamu tu


2. Baru kerja dah pakai kereta besar dan kereta import (BMW , Mercedes)



    Kalau dalam drama tv tu kereta watak utama mesti nak besar ajer. Kerja tak sampai sebulan dah keluar kereta mewah. Ok, kalau kamu  berasal dari keluarga kaya raya dan korporat memang tak mustahil. Mungkin jugak gaji kamu besar, jadi setakat nak bayar duit kereta ape adehal ye tak? Small matter jer... Reality nya berapa ramai yang bernasib baik begini? Berapa ramai yang lepas habis study terus dapat kerja yang gaji besar? Reality nya ramai jer yang baru-baru nak mula kerja terpaksa share kenderaan dengan kawan,  naik kenderaan awam, naik motor biasa ajer atau guna kereta keluarga yang dah lama digunakan. Lepas dah dapat gaji barulah menabung kumpul-kumpul duit, barulah lah boleh beli kereta tempatan. Kalau nasib baik baru dapat kereta import.





3. Rumah besar dan mewah (bungalow / villa mewah)


     Nie lagi satu hal, kalau dekat dalam drama tv tu baru jer kerja / kahwin terus duduk rumah mewah bungalow / villa terus, paling kurang pun condominium. Kiranya rumah pertama terus rumah mewah. Rumah-rumah biasa nie tak main. Amboi... Ini pun bergantung rezeki jugak. Kalau dah family kaya, atau gaji besar, ada business yang masyukk memang logik sangat. Reality nya bagi kita yang berasal dari family biasa-biasa dan gaji biasa-biasa nie bukan mudah nak beli rumah mewah sebagai rumah pertama. Ramai jer orang yang baru nak mula kerja yang duduk dengan keluarga ataupun menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan tak pun sewa bilik jer. Ramai jugak yang dah nak kahwin tapi masih tercari-cari rumah yang sesuai untuk duduk lepas kahwin. Rumah sewa pun makin lama makin mahal. Nak beli rumah pun harga rumah makin mahal.  Mujur zaman nie ada skim Rumah Mampu Milik. Nak beli rumah pun kena standby booking fees, legal fees dan deposit tu semua. Tu semua memerlukan duit, dan perlulah disimpan. Jadi tak salah pun kalau mula-mula duduk rumah sewa, lepas tu beli rumah kecil pun takpe, bila dah ade duit lebih baru duduk rumah size sederhana, kalau ade rezeki baru upgrade jadi rumah mewah.    


 4. Pasangan cantik + tampan



       Ini biasa, sebab biasanya watak hero dan heroin mesti nak yang tampan + cantik, kira sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua gitu. Hakikatnya, kita tak boleh menilai tahap keserasaian dan kebahagiaan pasangan tu berdasarkan rupa paras sema-mata. Siapa kita nak menilai orang lain? Sudah terlalu sempurna sangatkah kita?


 Akhir kata, walaupun hidup kita taklah sesempurna seperti senarai di atas, tapi itu tak bermakna kita tak boleh hidup bahagia. Bahagia itu subjektif. Hiduplah secara sederhana mengikut kemampuan kita. Jika dikurniakan rezeki lebih tak salah untuk hidup mewah (ikut kemampuan). Tapi, usah dipaksa untuk kelihatan sempurna di mata masyarakat hingga sanggup bergolok bergadai, hutang keliling pinggang semata-mata nak nampak gah dan mewah. Mungkin jalan hidup kita agak sukar dan taklah mewah atau kaya raya seperti drama tv. Tapi itu semualah yang akan menjadikan kita seorang insan yang berdikari, sabar , tabah dan cekal serta tahu menghargai kehidupan. 


Entry ini hanyalah ilham picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Selamat malam... Sumber gambar  : google image.

    


Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

Tahniah JDT! Juara PIALA FA 2016!!!

14/05/2016














Tahniah JDT!!! 
Akhirnya kita menang! Yeay!! 😊😘
Setelah 18 tahun menanti akhirnya kita dapat menjulang kembali Piala FA dan dapat bawa pulang ke Negeri Kita Johor yang tercinta!
Akhirnya Harimau Selatan pulang bergaya dengan senyuman penuh ceria... 
Aaauuuummmmmm!!
Tengoklah bertapa meriahnya penyokong JDT dekat stadium malam semalam...
 Penuh lautan biru merah... Fuhh... Meremang bulu roma... 
Semangat Harimau Selatan yang gagah berani. 
Walaupun jauh dari selatan dan semalam hujan  tetap tak mematahkan semangat penyokong JDT!
Walaupun saya tak berpeluang pegi stadium dan hanya dapat tengok dekat TV3 jer tapi semangat tu tteap membara... 
Kita yang tengok kat TV jer nie pun dapat rasa semangat penyokong-penyokong yang datang kat stadium.. 
Ape-apepun Boy Of Straits memang terbaik...!
p/s: Sebelum nie pasukan Johor pernah menang Piala FA nie masa tahun 1998. (masa tu saya baru umur lapan tahun!)
Sempena dengan kemenangan pasukan kita semalam, hari nie negeri kita diumum cuti peristiwa... Yeayy! 

JDT [2]-[1] PKNS
Tahniah buat seluruh pasukan JDT dan peminat-peminat JDT...
Tahniah jugak buat penjaring gol kita malam nie: 
Safiq Rahim 
Jorge Pereyra Díaz

kredit gambar: JOHOR Southern Tigers


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...