Biasanya dalam soal cinta-cinta nie orang kata gadis nampak lebih obsess dan lebih cepat cair berbanding lelaki betul ke? Ha.. Soalan tu saya biarkan tergantung tanpa jawapan supaya awak semua boleh cari jawapan sendiri...
Di sini saya cuma nak berpesan untuk semua gadis termasuk diri saya sendiri supaya kita sebagai perempuan nie usahlah terlalu mengejar sangat cinta / kasih sayang dari seorang lelaki. Nak jatuh cinta tu boleh, tapi biarlah berpada-pada. Ingat, jangan melebih-lebihkan dan mengagung-agungkan lelaki yang kita cinta itu melebihi Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah SWT. Jangan sampai kerana nak ber dating kita sanggup tinggalkan solat atau melewat-lewatkan solat. Jangan kerana sayangkan seorang lelaki yang konon bernama kekasih kita sanggup berhabis-habisan duit, harta benda, masa dan harga diri. Jangan kerana kasihkan lelaki itu, kita sanggup menjadi anak yang menderhaka dan sanggup berbohong kepada ibu bapa dan keluarga. Jangan kerana cinta kita sanggup tinggalkan keluarga, sahabat, pelajaran dan cita-ciata. Ingat, yang namanya kekasih atau tunang belum tentu lagi menjadi suami kamu yang sah. Jadi selagi si dia belum lagi menjadi suami kamu yang sah, selagi itulah batas-batas hubungan haruslah dijaga dan dipelihara.
Simpan lah separuh rasa kasih sayang dan cinta untuk diri kita sendiri, kerana orang yang pandai menghargai dan menyayangi diri sendiri pasti takkan kecewa apabila ditinggalkan oleh orang yang dia sayang. Kerana apa? Kerana apabila awak sayang diri awak sendiri, awak tidaklah terlalu terghegeh-hegeh dan terkejar-kejar kasih sayang dan perhatian orang terhadap awak. Jangan terlalu memberi kepercayaan dan harapan sepenuhnya kepada pasangan. Jangan terlalu obsess sangat cinta dan sayangkan si dia sampai macam pepatah melayu "umpama menatang minyak yang penuh". Sebab khuatir nanti bila hubungan tu terputus di tengah jalan, awak jugak yang jatuh terduduk sampai langsung hilang harapan untuk hidup. Jangan sampai langsung takde rasa cemburu dan curiga hingga kita mudah ajer kena tipu dan kena pijak bulat-bulat, sebab 200% kita percaya ajer apa yang dia cakap dan apa yang dia buat. Tak salah rasanya kalau kita siasat dan selidik dulu sebelum kita meletak kepercayaan yang terlalu tinggi. Simpan sikit rasa cemburu, tapi jangan cemburu buta. Cemburu biarlah bertempat dan jangan terlalu curiga atau kongkong pasangan nanti dia rimas. Tapi jangan sampai langsung takde cemburu, nanti pasangan kita pulak yang confused samaada kita nie ambil berat dan sayang kat dia ke tak.
Untuk gadis-gadis yang belum lagi berkahwin, simpan diri sendiri untuk lelaki yang benar-benar berhak ke atas kamu, iaitu suami kamu. Ya, simpan harga diri kamu atau dengan kata lain tubuh badan kamu untuk suami kamu. Jangan kerana cinta atau sayang sangat, habis semua nak diserahkan pada jantan berhidung belang yang kamu cinta. Ingatlah, bila semua rasa cinta dan kasih sayang tu dah dicurahkan sebelum berkahwin, nanti bila dah berkahwin kamu dan dia pasti akan rasa bosan. Kalau semua benda dah rasa dan dah cuba sebelum berkahwin, maka perkahwinan yang terbina nanti pasti hilang serinya dan manisnya. Mungkin lebih parah lagi, kalau semua benda si jantan tu dah cuba dan dah rasa takut-takut nanti kamu akan ditinggalkan seperti mana peribahasa melayu "habis madu sepah dibuang". Jadi nanti siapa yang rugi? Pastinya kamu juga yang akan menyesal... Sudahlah ditinggalkan , hati kamu pula remuk... Hah..Kan dah rugi... Sebaiknya jangan kerana obsess cinta dan sayang sangat kita sanggup bagi dikaun hingga harga diri kita pun secara tak sedar telah dipijak-pijak...
Jika hubungan kamu dan si dia baru sahaja terputus ditengah jalan oleh sebab-sebab tertentu. Usah terlalu ditangisi perpisahan itu. Sekiranya perisahan itu adalah disebabkan sikapnya yang curang, usah pula kamu serang perempuan yang kononnya merampas buah hati pengarang jantung kamu. Kerana apa? Kerana lelaki yang tahu menghargai pasti takkan curang, bertepuk sebelah tangan pasti takkan berbunyi. Ini jelas menunjukkan yang kekasih kamu itu suka berfoya-foya dan mata keranjang serta punya sikap buaya, sampai sanggup main kayu tiga. Percayalah disebalik perpisahan itu pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin lebih baik kamu kecewa sekarang dari kecewa dikemudian hari. Mungkin juga selepas ini kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas sayang dan cintakan kamu serta tahu menghargai diri kamu. Jadi usah terlalu kecewa!
Akhir kata, jadilah gadis yang berhati lembut tetapi bersemangat waja, berwawasan tinggi dan bercita-cita besar. Jadilah gadis yang berjiwa kental serta sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi apa jua rintangan dan dugaan. Jadilah gadis yang tidak mudah ditindas atau dibuli oleh lelaki. Jadilah gadis yang berprinsip serta jadilah gadis yang tahu melindungi dan menyayangi diri sendiri dan tidak mudah diceroboh oleh anasir kotor yang mengacau. Hanya setelah itu, barulah kamu akan menjadi gadis yang disegani dan dihormati.
Pesanan akhir: "Lelaki yang sayangkan kamu akan membimbing kamu ke jalan yang benar, Lelaki itu akan melindungi kamu dari sebarang perkara yang bahaya mahupun kejahatan dunia dan dia takkan sesekali akan merosakkan diri kamu. Lelaki itu akan sentiasa menyokong cita-cita kamu (selagi cita-cita kamu tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang).
sila baca madah ini:
sila baca madah ini:
"Do not love the one who doesn't love Allah, if they can leave Allah, they can leave you..."
"The best love is when you love someone who makes your Imaan rise, who makes you more Pious and who helps you here in the Dunya because that person wants to meet you again in Jannah..."
p/s: Entry ini adalah luahan idea saya selaku penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com/) segala kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan..