Translate

Sunday, August 18, 2013

Puisi: Rakus Dengan Kuasa



Antara kuasa dan tanggungjawab...
Aku rasa ramai orang yang pilih kuasa...
Apabila kuasa sudah ada, tanggungjawabnya entah kemana...
Adakala apabila sudah diberi kuasa amanah itu terbiar kaku begitu sahaja..
Janji bertabur manis kini sudah tiada manisnya...
Kuasa kadangkala membuat manusia menjadi angkuh dan alpa...
Kuasa yang dimegah kadangkala membutakan mata hati...
Kuasa dan harta kadangkala membuatkan manusia lupa pada Tuhan yang lebih berkuasa...
Adakalanya kuasa yang dia ada bukan dipegang dengan amanah...
Tapi ia longgar dengan ikatan janji yang kian bernanah...
Kuasa yang ada hanyalah untuk bermegah...
Apabila sudah tidak lagi punya kuasa diri sudah mula terasa terhina...
Lalu nywa-nyawa insan yang buang dia dari kuasa mahu dibunuh sahaja...
Dipandangnya insan itu tanpa ada harga...
Dibunuhnya insan-insan itu bagai haiwan yang tiada rasa belas kasihan...
Akal yang dia punya barangkali sudah mati...
Hati yang dia ada barangkali sudah tidak bernafas lagi...
Sebab itulah dia sanggup membunuh demi kuasa...
Demi merebut kembali kuasa dan dia rela lakukan apa sahaja...
Dia seronok memandang ribuan tubuh manusia mati bergelimpangan..
Dia gembira bila semakin ramai "musuh" yang terkorban...
Dia bangga apabila mendapat kuasa itu kembali...
Walaupun kuasa itu dirampas dengan usaha yang paling keji sekali..
Tapi dia sudah tidak peduli lagi..
Pada dia apalah erti hidupnya tanpa kuasa, nama pengaruh dan harta benda...
Tapi aku rasa mungkin dia lupa akan satu perkara...
Satu hari nanti dia juga kan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
Satu hari nanti dia juga akan terbaring kaku di dalam keranda..
Satu hari nanti semua tanggungjawabnya yang tidak ditunai dengan amanah akan disoal..
Satu hari nanti ketamakan dirinya akan memakan diri...
Pada hari itu menangislah dia meminta tolong...
Pada hari itu tercampaklah dia sendiri...
Kerana hari itu dia sudah tidak punya kuasa yang dimegah lagi...
Pada hari itu barulah dia mahu menyesali akan perbuatannya yang lalu...
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Tuhan Yang Maha Esa...


P/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)  Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.

Kredit gambar: google image

Nota: Marilah kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Mesir...Semoga konflik yang sedang berlaku di negara itu segera bernoktah. Semoga segala kekejaman itu berakhir dan semoga keadaan di sana akan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M

sya. merpatputih88
*Click Pada Gambar Untuk Bersarkan Imej*

Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, Zahir Dan Batin, 

Buat Semua Yang Mengenali Diri Saya Secara Dekat Mahupun Pembaca Laman Blog Ini & Rakan -Rakan Blogger Sekalian Yang Saya Kasihi....

Maaf Kan Saya Atas Segala Khilaf Saya.... Andai Ada Tersilap /Terkasar Bahasa, Terkurang Dan Terlebih / Tingkah Laku Sepanjang Tempoh Perkenalan Kita Ini Yang Membuatkan Kamu Semua Tersinggung Perasaan Dekat Mana-Mana, Terguris / Terkecil Hati ..Jika Ada Penulisan Saya Disini Sepanjang Saya Beblogging Ini Ada Mengguris Hati Kamu....Saya Dengan Rendah Hati Memohon Maaf Sekali Lagi...


kanak-kanak berlari-lari,
Sambil berlari terlanggar tin,
Saya ingin mengucapkan Selamt Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir & Batin...

Pergi memancing menangkap ikan,
Menangkap ikan untuk dimakan,
Salah silap harap dimaafkan,
Makan dan minum harap dihalalkan... (^___^)  (^____*)


Dengan Ingatan Tulus Ikhas:
Sya.....

Sunday, August 4, 2013

Resepi: Kuih Makmur / Biskut Makmur



Bahan-Bahan Doh:
800 Gram Minyak Sapi Pure Ghee QBB (1 Tin Besar)
2 Biji Putih Telur ( Telur Gred A)
Tepung Gandum Cap Sauh


Bahan- Bahan Inti:
3 Cawan Kacang Tanah (Di Goreng Dan Di Kisar)
3 Camca Mentega - ButterCup
1 Cawan Gula Aising (Cap King)

Bahan Hiasan:
Gula Aising (Cap King)


Bahan Sampingan:
Penyepit Untuk Buat Kuih Makmur
Sarung Tangan
Sudip Kayu
Cawan Penyukat (Kita Guna Cawan Arcoroc)
Mangkuk Adunan
Mixer
Loyang Pembakar Kuih
Oven
Balang Kuih Kedap Udara + Kertas Minyak


Cara-Cara:
1. Untuk  Membuat Intinya: Masukkan kacang tanah yang telah siap digoreng dan dikisar tadi ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula buttercup tadi, kacau rata-rata menggunakan sudip kayu. Setelah itu masukkan pula gula aising, kacau rata-rata. Ketepikan adunan inti ini..

2. Di dalam mangkuk yang lain: Masukkan kesemua minyak sapi tadi kedalam mangkuk adunan. Masukkan pula dua biji putih telur adun hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun. Masukkan tepung hingga adunan tadi menjadi doh. Ingat adunan jangan terlalu lembik (nanti tak boleh nak buat bentuk) dan jangan juga telampau keras.. Makanya, semasa masukkan tepung itu, masukkan sedikit demi sedikit...

3. Setelah adunan tadi menjadi doh, ambil sekit adunan dan dibulatkan kecil-kecil (sebarapa comel yang boleh- tapi jangan telampau kecil sangat nanti susah nak masukkan intinya). Buat banyak-banyak dan susung dalam piring. (Kita buat macam nie dulu supaya lebih mudah dan jimat masa sikit...ehehehe..)

4. Setelah itu, ambil satu tepung yang dah awak bulat-bulatkan tadi tu. Tekan pada bahagian tengah dia, dan masukkan intinya yang telah kita buat tadi ( Masukkan inti jangan banyak sangat, nanti susah nak tutup, dan jangan sikit sangat itu kedekut namanya..). Kemudian ambil satu lagi tepung yang dah kita bulat-bulatkan tu letak atas tepung yang dah kita letak inti tadi. Dan tutupkan tepung tu sampai tak nampak inti dia (jangan sampai inti dia terkeluar nanti hangus pulak kuih awak tu). Kemudian bentukkan tepung tu bentuk memanjang macam daun. Kemudian susun dalam dulang pembakar. Awak ulang proses nie sampai kuih tu  penuh satu dulang pemabakar tu.(kita buat macam nie supaya jimat masa sikit)

5. Kemudian ambil penyepit kuih makmur dan sepit kan kuih yang telah siap kita susun dalam dulang tadi. Sepit secara menegak pada bahagian tengah dia, kemudian baru sepit secara menyerong pada bahagian tepi. (Awak sepit kuih tu sampai dia terbentuk macam daun- macam urat dekat daun)

6. Setelah selesai, masukkan kuih dalam ketuhar, bakar dalam suhu 160°C...Bakar hingga masak, jangan sampai hangus ye...

7. Apabila telah selesai, keluarkan kuih dari ketuhar. Kemudian biarkan kuih sejuk sebentar. Setelah itu, golek-golekkan kuih dekat gula aising. Kemudian masukkan kuih dalam bekas kuih kedap udara. Semasa susun kuih , pastikan awak lapiskan dengan kertas minyak, supaya kuih tadi tidak melekat. Kemudian tutup bekas kedap udara tadi.


P/S:-
*Kuih nie bila dah jadi tak berapa nak banyak sangat tau...Jadinya, bila awak nak buat banyak-bayak kenalah buat adunan banyak-banyak juga....Modal dia pun kenalah banyak jugak ye..Sebab harga minyak sapi tu makin lama makin mahai... =___="
*Bila nak buat bentuk daun tu untuk yang baru 1st time nak cuba memang kena try and error. Bila awak dah buat banyak kali, lama-lama awk jadi cekap nak buat bentuk daun tu dan lebih pantas... (^___^)
*Dekat loyang pembakar tadi tu memang tak perlu sapu mentega, sebab minak sapi yangada dalam kuih tu dah cukup untuk buat kuih tu tak melekat pada loyang pembakar..


Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi membaca resipi yang telah diturunkan seraca turun temurn kepada saya nie..Kalau awak berkenan bolehlah cuba resipi nie ye...Selamat mencuba..(^__^)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...