Translate

Tuesday, July 17, 2012

Buruk Atau Cantik dan Keyakinan Diri...

Hai sahabat yang cantik dan kacak sekalian...=)


Rupa paras luaran adakala penting dan ada juga yang amat memandang berat tentangnya malah ada juga yang tak ambil pusing pun...
Jika kamu dilahirkan sempurna, kacak atau cantik sejak kecil maka kamu patut bersyukur...
Bagi kamu yang rasa diri kamu tak cukup cantik dan tak cukup kacak juga kamu patut bersyukur...
Siapa yang tak mahu wajah yang cantik atau tampan kan..? Semua mesti nak kelihatan comel, tertarik serta menarik..


                   Kebanyakkan mitos mengatakan bahawa gadis akan kelihatan cantik bila dia kurus, pinggang ramping macam kerengga..  Tapi perlu ke kamu nak kena telan pil kurus banyak-bayak semata-mata nak dapatkan bentuk badan macam kerengga...? Pendapat saya mitos nie tak berapa tepat.. Sebab tak kisahlah badan kamu chubby atau apa, yang penting kamu pandai jaga kesihatan, jaga penampilan kamu supaya sentiasa kemas, cantik dan yang penting sopan... Gadis yang chubby juga cantik ok! Oh ya, jika kamu mahu kuruskan badan sekalipun, buatlah dengan niat untuk menjaga kesihatan dan bukan semata-mata kerana mahu cantik.. Pastikan kamu amalkan diet yang sesuai dengan metabolisme badan kamu dan jangan terlalu memaksa diri dengan langsung tak makan.. Dikhuatiri takut kamu jatuh sakit pula... Pastikan juga kamu amalkan senaman yang bersesuaian, kalau boleh dapatkan khidmat jurulatih.. Kalau nak amalkan diet ke ape dapatkan nasihat doktor dulu ya.


     Perlu ke kamu nak kena cucuk botok sana sini kat muka konon supaya sentiasa kelihatan muda jelita cantik menawan, dagu runcing, pipi kembung, bibir sexy...? Bukan ke kita semua memang akan tua jugak.. Jadi sedarlah kita bahawa setiap orang akan berkedut! Ya, ia kedengaran agak menyeramkan bila nak bayangkan muka kita yang berkedut dan rambut yang beruban, tapi kita harus sedar setiap yang muda pasti akan tua juga... Jadi tak perlu cucuk-cucuk ok... Cuba kamu fikir takkan sampai umur kamu 60+ pun kamu nak ulang alik pergi buat rawatan cucuk-cucuk botok/ collagen semua tue..???? (=,=)"


                    Perlu ke kamu nak buat pembedahan plastic sebab nak ubah suai wajah kamu..? Kononya sebab nak ubah wajah kamu yang kamu rasa tak cukup cantik / tak cukup tampan atau kamu memang rasa kamu  hodoh jadi perlu di ubah jadi cnatik dengan sekelip mata iaitu melalui pembedahan.. Oh no! Nampaknya kamu seolah-olah tak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya. Bersyukurlah sahabatku kerana kamu masih punya nyawa, kamu masih punya nafas, kamu punya akal untuk berfikir dan kamu masih punya banyak lagi kelebihan lain..  Mungkin kamu kurang dari segi paras rupa tapi kamu punya banyak lagi kelebihan lain yang Allah SWT beri kepada kamu.. Kamu nak buat pembedahan mancungkan hdiung? Bersyukurlah kerana kamu masih punya hidung malah sejak lahir lagi kamu sudah punya hidung untuk bernafas.. Kamu nak buat pembedahan besarkan mata ala-ala artis korea..? Bersyukurlah kerana kamu punya mata sejak lahir, malah kamu mampu melihat dengan sempurna.. Cubalah kamu fikir apalah agaknya rasa bagi mereka yang tidak dapat melihat, sedangkan kamu pula sibuk nak ubah suai itu ini..!

 
                    Kulit kamu gelap atau hitam manis, maka perlu ke kamu nak kena makan pil pemutih banyak- banyak semata mata nak putih?? Letak losyen pemutih yang entah apa-apa kat badan konon supaya lepas 3 minggu pakai losyen, kulit gelap terus jadi putih macam salji..? Oh ya, tak salah nak pakai losyen atau sunblock..Malah lebih digalakkan untuk lindung kulit kita dari sinaran UVA/UVB yang kejam..Yalah sebab kita nie duduk dekat negara yang dekat dengan garisan khatulistiwa dan boleh tahan panas juga cuacanya kan.. Tapi pastikan losyen kita tue takda bahan-bahan kimia yang bahaya yang boleh rosakkan kulit kita.. Jangan beli losyen yang murah-murah di black market, kerana dikhuatiri ia tak elok + berbahaya untuk kulit..Kalau nak makan pil untuk cantikkan kulit pastikan ada kelulusan dari KKM dan HALAL, kalau boleh dapatkan nasihat dari doktor atau ahli pharmasi, takut-takut lah tertipu ke ape..

                                                   Kulit putih = cantik dan kulit gelap = buruk..? Ini adalah mitos yang menghantui gadis-gadis di asia, maka sebab tuelah kita di asia sibuk nak putih...Tapi mereka yang di barat sibuk nak jemurkan diri bawah matahari sebab nak dapatkan kulit tanned..Sebenarnya kalau kulit kamu hitam manis atau gelap sekalipun bukan bermakna kamu hodoh..! Apa yang paling penting ialah kamu kena pandai sesuaikan warna pakaian, pandai pilih busana yang boleh jadikan kamu  kelihatan cantik / tampan, pandai gayakan rambut / tudung, pandai bersolek, dan kamu kena yakin diri..Maka dengan itu kamu akan kelihatan cantik..


                        Akhir kata dari saya, cantik atau tampan bukanlah ukuran untuk kita menilai diri seseorang secara keseluruhan. Seseorang itu akan kelihatan cantik atau tampan kerana hati nya cantik, mempuyai nilai budi pekerti yang baik, sopan, berbudi bahsa, rendah diri, serta hormat orang tua..Kamu akan kelihatan cantik / tampan dengan secara semulajadinya jika kamu bijak bergaya, serta berpenampilan bersih / kemas / teratur, serta mempunyai tahap yakin diri yang teguh..Contohnya kamu berkulit gelap, dan bertubuh agak gempal, tapi kamu bijak sesuaikan busana pakaian yang kamu pakai, malah pakaian serta penampilan kamu sentiasa kemas + bersih, kamu jugak seorang pelajar yang pintar + cekap bila dapat apa-apa tugasan, kamu mepunyai akhlak yang baik, sopan santun, malah kamu yakin pada diri sendiri serta tak pernah risau nak kuruskan bdan atau nak putihkan kulit.Maka dengan itu akan terserlahlah aura kecantikkan dalaman kamu secara semulajadinya...=)
   

p/s: Entry ini adalah pandangan peribadi dan perkongsian  idea  dari penulis blog ini berdasarkan dari pengalaman hidup. Kredit gambar google image..

Tuesday, July 10, 2012

Kejahatan Mulut: Mengumpat vs Memfitnah..


Mulut gunanya untuk apa...?
Ya ia berguna untuk makan makanan dan juga untuk berkata-kata....
Tapi adakah kita berhati-hati melalui percakapan kita...?
Barangkali apa yang kita cakapkan itu boleh melukai hati insan lain...
Adakah kita ambil peduli tentang itu atau kita hanya berkata ikut sedap rasa kita...?

Mengumpat:


Apabila kita bercakap perkara yang buruk-buruk, perkara yang negatif tentang sesorang itu.Samaada dengan niat untuk menjatuhkan dia atau sebab kita memang tak suka dia jadi semua benda yang dia buat serba tak kena di mata kita. Ada saja silap dirinya yang kita nampak, maka dengan itu kita suka pula buat ketupat aka mengumpat  atau bergosip bersama jiran tingkap kaki gossip..


    Bila kamu mengumpat, kamu akan rasa puas hati bila dapat bercerita tentang keburukkan orang yang kita tak suka itu, kalau boleh biarlah semua orang tahu perangai buruknya dan lebih baik lagi jika dia disisihkan. Ada juga golongan yang suka mengumpat tapi hanya sekadar suka-suka mengisi hobi dimasa lapang katanya..Eh ada pula yang begitu ya..? apa kata kamu cari sikit hobi yang lebih berfaedah..Kerana hobi suka bergossip dan mengumpat itu akan hanyan menambahkan beban dosa yang kamu pikul sahaja..


Memfitnah:

Adalah apabila kamu tidak tahu perkara itu betul tapi kamu telah dengan mudah menyebarkan cerita tersebut tanpa kamu kaji asal-usul cerita itu bermula, tanpa kamu selidiki kebenarannya dan tanpa kamu tahu apa yang berlaku sebenarnya serta tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Kamu cepat membuat andaian tentang sesuatu perkara yang kamu dengar / lihat dan biasanya andaian itu adalah kearah yang negatif berlaka.

    Hati-hati wahai sahabat boleh jadi cerita yang kamu sebarkan itu tidak benar maka kamu telah diklasifikasikan sebagai penyebar fitnah pula..Fitnah nie lebih mudah  dikenali sebagai berita yang tidak benar, berita palsu, berbentuk parsangka andaian, tuduhan keatas seseorang itu dengan atau tanpa niat untuk menjatuhkannya. Fitnah juga amat berbahaya kerana ia boleh saja mengaibkan individu yang difitnah itu, malah ada yang terpaksa menderita menangung aib sepanjang hidupnya. Angakara fitnah ini juga boleh terjadi permusuhan, penceraian, dan pergaduhan tak kurang juga hingga di bawa kes saman-menyaman di mahkamah. Maka berhati-hatilah, jangan sampai memfitnah...



   Kesimpulannya daripada kamu asyik sibuk mengumpat pasal dirinya, bukankah lebih baik kamu face-to-face sahaja dengan individu tersebut. Beritahu pada dirinya apa sikap-sikap,perangai atau cara percakapannya yang negatif itu. Cuba kamu nasihati dan tegur secara lembut  dirinya, beritahu dia tentang kelemahan dirinya itu dan ajak dia supaya berubah memperbaikinya...Sama ada dia nak dengar atau tidak itu terpulang pada dirinya, yang penting kamu sudah beri nasihat dan daripada kamu mengupat dapat dosa lebih baik kamu beri nasihat, maka kamu dapatlah tambah-tambah pahala... =)

   Kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran yang bijak lagi waras, jadi gunakan ia sebaiknya..Jangan gunakan akal kita untuk menjalankan misi-misi menjatuhkan orang lain dengan menyebarkan fitnah. Jangan mudah percaya sesuatu perkara sehingga ia terbukti benar, kerana bimbang kelak ia adalah fitnah. Usah lagi membuat andaian "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, jika tidak betul masakan ramai orang yang berkata begitu? " Adaian sebegini salah berlaka, kerana fitnah itu boleh sahaja diada-adakan, benda yang tak berlaku pun boleh dikata berlaku, benda yang kita tak cakap pun boleh dikata kita yang cakap, perkara kecil ditokok tambah dan sengaja di putar belitkan..Jadi usah terlalu cepat percaya pada sesuatu berita, siasat dahulu kebenarnnya. Dapatkan bukti dna dapatkan penjelasan dari orang yang menyebar cerita dan ornag yang sedang menjadi mangsa cerita itu..


p/s:-Entry ini adalah sekadar perkongsian idea daripada penulis blog ini mengenai isu ini . Kredit gambar google image..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...