Kini, hampir keseluruhan masyarakat di Malaysia telah menjadi celik IT. Ini adalah satu perkembangan yang amat baik. Komputer kini bukan hanya digunakan di pejabat-pejabat sahaja malah boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina , bangsa atau agama serta kedudukan (pangkat) seseorang itu. Komputer juga telah dimodenkan dengan wujudnya komputer riba (laptop atau notebook) yang mudah dibawa kemana sahaja. Aplikasi yang terdapat di dalam Komputer juga telah di pelbagai gunakan. Iaitu selain digunakan untuk kerja-kerja pejabat, menyiapakan tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah, komputer juga mempunyai pelbagai fungsinya seperti webcam, perakam suara, pemain muzik , pemain video,internet dan pelbagai lagi kegunaanya.
Kebelakangan ini, kemudahan internet telah digunakan hampir sepenuhnya dalam kehidupan seharian untuk memudahkan tugas, mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, memudahkan urusan jual beli barangan, membuat bayaran bil-bil utiliti serta cukai dan sebagainya. Dalam masa yang sama internet juga telah digunakan untuk memudahkan hubungan komunikasi serta merapatkan hubungan dan meluaskan rangkaian atau jaringan sosial dengan adanya laman web seperti Facebook, Friendster, Twitter, Tagged, Myspace, Hotmail, Yahoo mail/ Yahoo messenger, Kampung chat dan sebagainya. Internet juga digunakan untuk mencari maklumat-maklumat, informasi , isu semasa dan berita-berita terkini bermula dari berita hiburan sehinggalah berita penting seperti politik. Di inernet juga menawarkan pelbagai hiburan menarik seperti TV online, menonton video, mendengar lagu, memuat turun atau memuat naik lagu, gambar, video dan maklumat serta terdapat juga laman web yang menawarkan pelbagai jenis game online yang menghiburkan.
Pada masa kini, memiliki blog sendiri adalah menjadi trend dan kegilaan masyarakat kini. Terdapat pelbagai jenis blog contohnya, blog perniagaan, blog hiburan atau gossip, blog peribadi, blog kecantikan, blog informasi (berita), blog politik, blog agama dan sebagainya. Namun sejauh manakah informasi yang terdapat dalam blog-blog ini adalah benar dan boleh dipercayai kesahihanya? Di sini saya sebagai salah seorang penulis blog berasa bertanggungjawab untuk memastikan saya menulis sesuatu yang benar dan menjaga etika dan tatasusila serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum, agama, politik , negara dan sebagainya.
Penulis-penulis blog perlulah mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap apa yang saya katakan tadi dan juga terhadap penulisannya serta bahan-bahan yang dimuat naik kedalam blognya seperti gambar dan video. Blogger tidak boleh sewenang-wenagnya memaparkan sesuatu yang boleh membawa keaiban, fitnah, memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat dan memaparkan sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian Negara serta menyentuh isu-isu sensitiviti yang boleh membangkitkan perasaan marah, benci dan permusuhan sesama manusia.
Seperti kata-kata ini “Mata pena lebih tajam dari mata pedang”. Oleh itu, anda perlulah merasa bertanggungjawab, kerana setiap apa juga bentuk penulisan anda gamabar dan video yang dimuat naik di Internet ianya boleh dibaca dan ditonton di seluruh dunia tanpa mengira peringkat umur atau kaum. Sebarang bentuk penulisan anda di sini juga mungkin boleh meninggalkan impak atau kesan yang mendalam terhadapap jiwa dan minda pembaca. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa setiap orang memiliki perspektif dan pandangan yang berbeza mengenai sesuatu isu atau topik yang anda paparkan. Pernahkah anda terfikir apakah difahami oleh pembaca mengenai penulisan anda? Tahukah anda bahawa penulisan juga adalah salah satu bentu medium yang boleh mempengaruhi minda, jiwa dan hati serta perspektif seseorang itu..?
Apakah yang akan terjadi sekiranya anda telah menulis sesuatu yang berunsur negatif disini seperti fitnah atau sesuatu yang boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang individu atau masyarakat…? Apakah yang akan berlaku sekiranya anda meninggal dunia sebelum men “delete” ruangan tersebut? Pernahkah anda terfikir…apabila anda sudah berada disana (di alam kubur) pun orang-orang diseluruh dunia masih boleh membaca atau melihat bahan-bahan berunsur negatif ini. Apakah juga yang akan berlaku sekiranya anda belum sempat meminta maaf kepada individu yang dianiaya atau si dia tidak sudi memaafkan anda? Adakah ini yang anda mahukan? Pernahkah anda terfikir sikiranya anda di tangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memfitnah atau mengaibkan, menghina dan menjatuhkan maruah seseorang, kaum, agama atau negara? Siapa yang akan RUGI??? semestinya diri anda sendiri….
Kenapa agaknya ya wujud mereka-mereka yang berperangai seperti ini? Entahlah, pada pandangan saya mereka ialah individu yang berfikiran sempit, kerana mereka tak pernah terfikir impak yang negatif yang akan mereka lalui pada masa hadapan iaitu mungkin mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang didunia dan semestinya pembalasan di Akhirat kelak. Mereka ini adalah insan yang tamak, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, mementingkan kepentingan diri sendiri iaitu tak pernah berfikir dan ambil peduli terhadap yang teraniaya asalkan mereka puas dengan apa yang mereka mahukan iaitu melepaskan rasa dendam kesumat, marah dan benci meluap-luap didalam dada menjadi bola api yang membakar orang yang dibenci (orang yang teraniaya) hingga rentung menjadi debu-debu yang lenyap ditiup angin…
Sebagai seorang manusia, kita sepatutnya bersaudara atau bersahabat bukannya bemusuh atau mencari musuh. Kita juga harus percaya bahawa hidup ini adalah “pinjaman sementara” oleh itu kita tak perlulah membuang masa dengan menjadi batu api yang melaga-lagakan sehingga masayarakat berpecah belah dan bermusuhan. Tak perlulah kita berperang kerana ianya akan mengorbankan nyawa-nywa yang tidak berdosa seperti kana-kanak, wanita dan warga tua. Pernahkah anda terfikir penulisan dan percakapan juga boleh menyebabkan ini semua berlaku???
Tak perlulah kita berdendam dengan “menghukum secara tidak bertauliah” sesorang individu atau masyarakat atas kesilapan lampau atau kesilapan kita sendiri yang tersalah sangka dan boleh membawa kepada fitnah. Semua pasti tahu “Diosa memFITNAH lebih teruk dari memBUNUH” Oleh itu jika anda merupakan salah seorang daripada orang yang suka memfitnah atau menyebarkan fitnah dimuka bumi ini maka anda adalah lebih kejam dari Rejin Israel dan sekutunya. Ini adalah kerana anda “sanggup memakan daging saudara sendiri” Malah lebih teruk dan kejam sekiranya anda sanggup menjadi “gunting dalam lipatan” dan “duri dalam daging” iaitu dengan melakonkan drama swasta yang tak berauliah atau dengan kata lain berpura-pura dihadapan orang yang anda aniaya tetapi menghina,mengeji, mengaibkan malah menjatuhkan maruahnya serta memfitnahnya dibelakangnya melalui apa cara sekalipun salah satunya ialah medium internet. Siapa kamu untuk meghukum????
Dalam kamus hidup saya tak pernah sekalipun wujud perkataan “Dendam”. Kerana bagi saya, saya adalah manusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan sebarang kesilapan atau dosa. Saya juga percaya saya bukanlah seorang yang “sempurna”. Pepatah Inggeris juga ada menyebut “what goes around come back around.” Jika hari ini kita menjadi orang yang suka maenganiaya orang tak mustahil satu hari nanti kita akan teraniaya. Tak perlulah kita menghukum secara tidak bertauliah, sebaiknya serahkan sahaja kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi. Gunakanlah kecanggihan dan kemodenan teknologi pada hari ini untuk kebaikan dan manfaat kita bersama bukannya untuk meruntuhkan atau memcah belahkan umat manusia. Sekian Nukilan Rasa dari saya….