Translate

Saturday, October 1, 2016

Perempuan Kental


Perempuan...
Jangan terhegeh-hegeh menagih cinta pada yang belum pasti...
Jangan dikejar pada yang tak sudi...
Daripada asyik memikir jodoh yang belum tiba... 
Lebih baik persiapkan diri terlebih dahulu....
Lebih baik tetapkan matlamat dalam hidup ini... 
Dekatkan diri dengan Tuhan...
Berbaktilah pada ibu ayah dengan penuh perhatian...
Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran...
Tambahkan pengalaman...
Perkukuhkan kerjaya atau perniagaan...
Sediakan aset untuk masa depan...
Persiapkan simpanan kewangan...
Ya, bina empayar kejayaan kamu sendiri...
Belajar hidup berdikari...
Agar tidaklah mudah diperlekehkan kemudian hari...
Jadi perempuan kena kental...
Usah putus asa...
Tapi harus tetap berusaha...
Jika jatuh, harus bangkit lagi...
Berdiri dan terus berlari...
Tetaplah terus melangkah usah berhenti...
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang...
Jika ada suara langau yang kata kau tak boleh berjaya biarkan saja...
Pekakkan saja telinga...
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya...
Satu hari kelak, kamu pasti akan bertemu bahagia...
Perempuan, untuk itu sayangilah dan hargailah dirimu...
Kerana dirimu istimewa...
Perempuan, dirimu itu ibarat mutiara berharga..
Yang tersorok jauh di dasar lautan...
Perempuan, dirimu itu ibarat permata berkilauan..
Yang tersimpan jauh di dalam bumi...
Perempuan, usah biarkan dirimu dipijak dan ditendang...
Perempaun, usah biarkan dirimu diperlekeh dan ditindas...
Perempuan, usah biarkan dirimu tidak dihormati dan tidak dipandang...
Perempuan, tetaplah terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup...
Perempuan, Tetaplah teus cekal dan kental menharungi hidup..
Pandanglah ke hadapan  wahai perempuan...
Usah tunduk lagi...
Majulah melangkah...
Usahlah berhenti...


p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sumber gambar : Google image...






Tuesday, July 5, 2016

Selamat Hari Raya 1437H / 2016M



Anak itik berlari-lari,
Berlari-lari di tepi paya,
Jatuh tergolek terlanggar tin,
Ucapan dihulur pengganti diri,
Selamat Hari Raya,
Mohon Maaf Zahir dan Batin...

Di penghujung Ramadhan 1437H / 2016 M
Saya dengan rendah hati ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada anda semua andai ada silap salah saya, terkurang atau terkasar bahasa, tersilap tingkah atau tersalah cara yang membuatkan anda terguris hati, tercalar rasa... Maaf atas kekurangan saya... Semoga anda sekeluarga sihat sentiasa, panjang usia, ceria sentiasa disamping keluarga tercinta serta semoga murah rezekinya....

Yang ikhlas
_nzs_
sya_merpatiputih88

Sunday, June 19, 2016

Birthday Adik Dan Hari Bapa

-Gambar kenangan ayah dan Allahyarham adik-

18.6.2016
Birthday Allahyarham adikku yang tercinta... Tahun ini genap usiannya 26 tahun. Tapi dia telah pergi buat selamanya ketika usianya 7 tahun. Satu kematian yang mengejut, yang tidak dijangka. Kerana adik tidak punya sebarang penyakit. 31.081997- Masih segar diingatan bagaimana cerianya adik waktu itu, pagi dan petangnya penuh gurauan. Tiba-tiba adik jatuh. Maghrib itu adik sesak nafas. Akhirnya adik meninggal dalam perjalanan ke hospital.Memang pada mulanya sukar diterima dengan akal, kerana terlalu cepat adik tinggalkan kami. Tapi akhirnya kami redha dengan ketentian Illahi. Rindu terhadap adik tetap tersompan disanubari. Kenangan indah kami bersama masih segar dimemori. Kerinduan ini tak tertanggung rasannya... Tak terucap dengan kata-kata. Pergimu tiada gantinya. 31.08.2016 nanti genap sembilan belas tahun adik tinggalkan kakak... Selama itu jugalah akak sunyi. Jika insan lain meriah puasa dan raya nya bersama adjk beradik, kak sunyi. Jika insan lain berebut-rebut nak cuti panjang untuk bercuti bersama keluarga ke sana sini, akak sunyi Jika insan lain seronok bersiar-siar dan beriadah bersama adik beradik, akal sunyi. Jika insan lain seronok bergurau senda, bergaduh manja dengan adik beradik, akak sunyi. Jika insan lain gembira berbual mesra meluahkan isi hati dan berlongsi pendapat dengan adik beradik, akak sunyi.. Sesungguhnya kehilangan mu adik meninggalkan impak besar pada diri ini. Jika dulu kamu jadi teman, sahabat kini tiada lagi. Jika dulu meriah dengan gurauan manjamu kini tiada lagi.Jika dulu kita selalu pakai baju sama kini tiada lagi. Semua itu tiada lagi. Selamasembilan belas tahun itu jugalah akak menjadi perindu yang sentiasa merindumu adik. Pernah banyal kali kamu hadir dalam mimpi. Itu pun sudah buat akak gembira. Akhir kata semoga kamu tenang di sana adikku yang tercinta.


19.06.2016

 Selamat hari bapa buat ayahku yang tersayang.  Semoga ayah murah rezeki dan sihat sentiasa hendaknya serta semoga ayah dipanjangkan usia.Terima kasih atas segala pengorbanan selama membesarkan diri ini. Tak terbalas jasa ayah pada diri ini. Bila nak pergi tempat-tempat yang susah parking mesti ayah hantarkan dengan motornya. Walaupun diri ini dah berkereta sendiri. Seorang ayah itu sentiasa menjadi "hero" di hati anak perempuannya. Kalau nak makan apa-apa atau nak beli apa-apa biasanya ayah akan belikan (jika ayah punya kemampuan). Ayah memang lebih tegas dari emak. Tapi  kerana kasihnya ayah terhadap diri ini  sebab itulah beliau tegas. Terima kasih ayah....

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...