Translate

Tuesday, August 31, 2010

ErTi sEbUaH keMERDEKAan bAgi aNAk PASCA MERDEKA


Hari ini merupakan hari kemerdekaan yang ke 53 bagi negara kita Malaysia..Seperti yang kita ketahuai Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang pertama(bebas dari cengkaman penjajah) pada 31.Ogos.1957.
Tapi sejauh manakah generasi muda hari ini yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan benar-benar tahu dan menghayati erti sebuah kemerdekaan?? Nak tahu? Mari kita dengar 
(opss.. baca apa yang orag muda mudi nie paham pasal merdeka)

Apakah Erti Kemerdekaan Kepada Negara Kita &  Makna Di sebalik  Sambutan Hari Merdekabagi pendapat anda ?

Individu A: Ala soalan simple pun mau tanye lagi ker?? Merdeka negara bebas dari di jajah lah..Kita bebas nak buat ape jer..Hari Merdeka? hari cuti..best boleh lepak-lepak..

Individu B: Merdeka kita bebas bagi pendapat & buat apa yang kita suka tanpa rasa takut pada sesiapa..Hari Merdeka pulak leh keluar jalan-jalan ngan member-member, sambil-sambil usha-usha awek-awek cun..mana tau ada yang sankut leh jadi one night stand aku lah..! hahahahahaha...

Individu C: Merdeka, Negara Bebas dari penjajah..takde bom, takde kereta kebal..aman & tenteram..Hari Merdeka..Masa nie lah ada banyak konsert free..mane tahu aku plak terpilih utk wat perfomance nnt..ehehehehe..

Individu D:-Merdeka, bebas segala-galanya..Masa nielah leh party beb..I kan muda lagi..Muda cuma sekali beb..come on lah jangan lah jadi kapung sangat..sekali sekala nak enjoy tak kan tak boleh kowt? Masa nie Lah I boleh dapat Bf-Bf Ensem kat Club tue nanti..

Individu E: Merdeka..? entahlah..bukak lah buku sejarah..kenapa nak tanye aku pulak..hahahaha..
Hari merdeka? hari cuti lah, Boleh tengaok wayang dengan member2 takpun ngan couple lah..

Individu F: Merdeka.. bebas dari penjajah..Hari merdeka boleh keluar Dating dengan awek..

Individu G: Merdeka..Bererti bebas..Hari Merdeka, Masa nielah bleh bawa family I pegi tengok sambutan hari merdeka & Bawa diorang jalan-jalan..Sebab hari-hari lain I busy..

Individu H: Merdeka..ermm kita bebas nak buat ape, tanpa takut kena tembak ke apa..Hari Merdeka..Masa nie mesti banyak Sale punya..Shopping lah ape lagi..I memang Shoppaholic!

Adakah ini jawapan yang sebenarnya??
Rasa-rasanya kalau lah orang dulu-dulu yang bertungkus lumus berusaha memerdekakan negara kita nie dengar luahahan golongan muda nie..ape yang mereka akan rasa ya..Mestilah SEDIH DAN KECEWA..
Hari nie jugak lah banyak yang kena tangkap khalwat, clubbing,party, mabuk sana-sini, 9 bulan kemudian banyak pulak lah kes buang bayi (anak-anak hasil malam merdeka)...
PS:- Cuba korang renung-renugkan dan fikir sebantar ya..

Friday, August 27, 2010

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran (Hari Di turunkan Al-Quran)

Hari ini 17 Ramadan 1431 Hijrah atau bersamaan 27 Ogos 2010 merupakan hari Nuzul Al-Quran, di mana hari di turunkan kitab suci Al-Quran Kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu bersama-samalah kita menghayati dan meraikannya. Di sini saya sertakan terjemahan Al-Quran berserta keterangan yang saya perolehi dari kitab tafsir yang saya beli hasil dari duit praktikal saya 2 tahun yang lalu. Saya coretkan pada entry kali ini hanyalah sekadar ingin berkongsi. Saya bukanlah Hafizah atau Ahli Tafsir Al-Quran, tapi tak salah rasanya saya meraikan hari ini dengan cara yang tersendiri..

"Inilah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)yang nyata (kebenarannya)" 
                                                                    (Surah  Al-Qasas , Ayat 2)
Keterangan Ayat:
       Ini ayat-ayat Al-Quran yang jelas. Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa ayat-ayat Al-Quran itu jelas maksud dan maknanya. Jika kita suka membacanya dan memperlihatkan segala isinya, nescaya kita perolehi petunjuk dan berubahlah budi pekerti yang kasar menjadi halus, meskipun tidak memberi tafsir (kterangan) dengan panjang lebar. Satu buku (kitab) yang baik susunan perkataannya dan bagus kata-katanya, tentu dengan mudah dapat di fahami maksudnya. Sebab itulah orang arab dahulu kala apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini mereka terus memahami maksudnya lalu menjadi satu umat yang amat tinggi kesopanan dan luar biasa kemajuannya. Tidak ada buku bacaan mereka selain Al-Quran. Kalau kita hendak memperbaiki umat di zaman sekarang, berikanlah Al-Quran ini. Jika mereka tidak faham bahasa arab maka bacalah terjemahannya yang mudah. Memang ada ayat yang sukar maksudnya dan sukar di ketahuai maknanya tetapi ianya tidaklah banyak, malahan sebahagian kecil sahaja.
     Sebab itulah ayat-ayat yang sukar sahaja terutama berisi petunjuk ayng dihuraikan tafsirnya, sedangkan ayat-ayat yang jelas di serahkan kepada pembaca untuk memahaminya. Jika tidak dapat memahaminya maka bertanyalah kepada ahli tafsir.

 Ps: Bersamalah kita mensyukuri nikmat mukjizat Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.Wdan seharusnya kita bukan setakat mebacanya tetapi, memahaminya, mengahayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam nya. Kerana ianya merupakan kitab yang lengkap dengan semua jenis Ilmu pengetahuan sesuai untuk panduan umat manusia di dunia dan juga di akhirat. Sekian..

Happy Birthday Mak..

Hari nie merupakan hari jadi mak saya..
Tapi saya belum berkesempatan nka sambut seprti tahun-tahun sebelumnya..
Mungkin ujung minggu nanti saya akan masakkan sesuatu untuk mak..
Tapi tak tahu lah nak masak apa..
Sebab sekarang banyak bendak yang mak saya tak leh makan..
kene pantang  sebab baru jer abis buat kimoterapi kali pertama beberapa minggu..
1hb September nanti kena buat kimo lagi..
Semua sekali ade 6 Sesi kimoterapy..
Sampai ujong tahun nie baru abis sesi rawatan kimoterapy nie..
Tahun depan kena wat Radioterapy pulak..
Kesian kat mak, banyak benda tak leh makan n tak leh nak wat..
Tapi nak buat mcam mana..

Apa-apahal pun saya nak ucapkan..
"selamat ulang tahun untuk mak saya..Saya sayang mak..Saya harap Mak cepat sembuh,mak kena tabahkan hati dan kuatkan semangat..Semoga mak panjang umor, diberikan kesihatan yang sempurna, di sembuhkan segala penyakitnya, di lindungi dari segala benda-benda yang negatif, di berikan ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi hidup, di murahkan rezeki diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat serta di lindungi di dunia dan di akhirat.."

"Ya Allah Kau Lindungilah Ibu di bawah naungan Hidayah dan Kasih SayangMu. Sayangilah dan Bahagikanlah Ibu ku sebagaimana Ibu ku Melindungi,Menyayangi dan Mengasihi ku dari aku kecil hingga kini..Sesungguhnya Engakaulah Yang MAha Pengasih Lagi Maha Penyayang.."

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...