Translate

Monday, February 14, 2011

Katakan Tidak Pada Valentine Day



        Seperti yang kita ketahuai setiap tahun pada 14 February adalah merupakan tarikh hari memperingati kekasih hati. Tapi Tahu kah kita bahawa sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali untuk meraikannya..Kerana ianya adalah adat yang di sambut oleh orang barat. Rasanya adalah sangat tidak wajar bagi kita untuk mengikuti budaya mereka. Saya enggan bercerita tentang sejarah hari valentine, rasanya kamu semua boleh mencarinya sendiri atau pun mungkin kamu pernah terbaca artikel-artikel di surat khabar atau majalah mengenai sejarah awal sambutan hari kekasih ini. Jika kamu sudah membaca sejarah awal sambutan hari valentine pasti kamu akan lebih memahami mengapa umat Islam adalah dilarang untuk meraikannya. Majlis fatwa kebangsaan juga memfatwakan bahawa umat Islam adalah di haramkan dan dilarang bagi meraikan hari valentine ini.



     Hari valentine ini juga akan menggalakkan berlakunya pembaziran. Iaitu dengan meraikannya di tempat-tempat yang mewah dan membelikan hadia-hadiah, bunga, coklat dan sebagainya. Paling penting sekali sambutan hari valentine ini akan mengalakkan muda mudi melakukan perkara-perkara ke maksiatan dan seterusnya terujumus melakukan penzinaan. Setiap tahun pada sambutan hari kekasih pasti ramai pasangan yang ditangkap kerana berkhalwat dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.




Di hari meperingati kekasih ini jugalah biasanya banyak parti-parti di anjurkan, ianya semestinya megalakkan arak dan dadah secara berleluasa. Paling penting pada hari ini jugalah, si jejaka yang berhidung belang aka buaya ini akan menggoda si gadis bagi di tiduri bagi melakukan perbuatan seks (zina). Pada masa ini juga perbuatan seks rambang (bertukar-tukar pasangan zina) adalah sangat-sangat berleluasa. Oleh tu ianya juga telah mengalakkan penyebaran virus HIV / Aids dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.Sembilan bulan kemudian pasti ramai bayi-bayi yang tidak berdosa dilahirkan dan dibuang begitu sahaja tidak kira sama ada dilongkang, di sungai, di tandas atau di mana sahaja. Kemana perginya nilai kemanusiaan? begini kah caranya memperingati kekasih hati...? 

Bagi gadis-gadis di luar sana, saya ingin berpesan..Tolong jangan dermakan dara anda pada pasangan anda tue..kerana dia tidak berhak ke atas anda, yang berhak hanyalah suami anda. Sayangilah diri anda melebihi menyayangi dirinya yang belum pasti menjadi milik anda..! Pastiakan Cinta anda kepada Tuhan Yang Maha Esa adalah melebihi daripada cinta anda kepada manusia dan perkara-perkara yang lainnya..


PS:- Esok merupakan Hari Keputeraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W..Jadi Wajarkah sambutan hari valentine ini diraikan bagi umat Islam? Seharusnya kita lebih menyintai dan menghargai segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga Nabi Muhammad S.A.W kepada kita umatnya. Kekasih hati belum pasti lagi menjadi milik kita, sekiranya dia bersama kita hari ini belum tentu hubungan kita akan berkekalan. Maka cintailah Tuhan, Agama dan Diri Sendiri lebih dan mendahului daripada cinta kepada kekasih hati..

Hamil Di Sebelum Waktunya..Bersediakah Kamu..???


Ok, topik entry nie memang agak sensitif..Tapi aku rasa memang perlu aku buat topik pasal isu nie..Remaja sekarang pun dah terlebih "open" bukan setakat open minded jer tau..tapi segala-galanya...tak percaya..? cuba korang search budak sekolah kat google tue..Well macam-macam kan..? pelik juga kowt rata-ratanya bertudung..eh..bertudung..???  Dah lama sebenarnye aku na buat issue nie kat sini... cuma memnanti idea dan masa yang tepat jer... Aku dapat idea nak buat issue macam nie since masa aku wat topic pasal exam..
 Aku search lar budak sekolah kat google tue..dengan harapan dapat lar gambar-gambar bebudak sekolah tengah study ke ape..tup-tup.. ermm...macam-macam yang keluar...Tue lah sebabnye aku hanya gune gambar Geum Jandi (karakter dalam citer boys over flower) untuk gambar utama entry aku tue..

    So, aku terfikir..takkan bebudak nie tak tahu ek yang ape effect bila dieorang wat mcam tue..? ke dieorang nie buat untuk suka-suka jer bak kata pepatah omputeh "just for fun"..Mungkin dieorang nie saje nak tcuba-cuba..Entahlah aku pun tak tahu..tapi..Adik-adik sekalian,tidak tahu kah anda yang anda boleh pregnant dan melahiran baby-baby comel yang tak berdosa akibat perbuatan anda itu..? 

   Tapi..Aku rasa kan..takkan korang tak tahu ek..?korang kan dah di didik dengan didikan agama, moral, insaniah, adat / adap tatasusila orang timur..So, mesti korang tahu kan benda-benda macam tue tak leh buat dan tersangat-sangat lah berdosa...Korang juga mesti dah tahu kan dosa berzina tue hukum nya apa kan..?
Masa kelas sains / biologi mesti korang dah belajar kan kalau wat benda-benda macam tue leh menyebabkan korang pregnant dan terkena penyakit-penyakit berjangkit kan...?

    Nape ek orang masih nak wat macam tue..? (tertanya-tanya jap aku..)
    Korang tak kisah ke bile balak korang tue rakam aksi korang tue..? dah tue sebar-sebar satu sekolah korang..abis..korang jugak yang malu kan..? balak korang tue tak nampak pun muka die..So, die lepas lah..korang jugak yang menderita dan terseksa seumur idup..


Bile situasi seperti gambar di atas berlaku...ape perasaan korang..? masa nie baru nak menyesal ke...?
Ok-kepada yang belum mengerti, situasi seperti gambar di atas adalah mengambarkan seorang gadis yang sangat upset bile dapat tahu die pregnant selepas die check menggunakan pregnancy test tue..


Boleh ta korang bayangkan kejap..kalau korang jadi macam gambar kat atas nie..macam mane ea korang nak pegi sekolah / kolej dengan keadaan macam tue..? mampu ke korang hadap segala kata nista dan tohmahan masyarakat sekeliling korang? paling penting sekali..mampu ke korang tahan semua tue demi meneruskan cita-cita korang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya pada masa depan..? Berani ke nak hadap benda nie semua ye ...????
Korang rasa kan..Balak korang tue nak bertanggungjawab tak..? jawapan aku..confirm tak punye.. sebab die pun masih study kat sekolah / kolej...So, mane mampu die nak sara hidup korang, mana mampu die nak bagi-bagi kan masa untuk korang..? Even, jejantan yang berhidung belang macam zebra yang dah berkerjaya pun tak mahu bertanggungjawab bile cik awek pregnant anak dieorang..ini kan pulak bebudak hingusan yang masih belajar..?
Jejantan tak guna berhidung belang-belang nie mesti bagi alasan macam gnie:-
"Ala..Entah anak jantan mana lah tue..U nak tuduh anak I pulak? Kalau dengan I, U boleh buat.., dengan jantan lain pun U boleh buat kan?"
"I masih study, masa depan masih jauh..I tak mampu nak tanggung beban semua nie..I mana ada duit lagi..U buang je lar anak tue.."

Ha..nie contoh jer lah..tapi nie kat overseas sane...kat tempat dieorang memang dah tak pelik rasanya bile mbenda-benda macam nie terjadi..Cube korang bayang kan..this cute baby face boy(muke  innocent gtue) dah jadi dady walaupun umur dia baru 13 tahun dan umur pasangan die kalau tak silap aku lah kan dal setahun atau dua tahun lebih tua dari die (erk..aku lupelah umo budak pompuan nie...sorry ye...)..tapi yang pastinya dua-dua bebudak nie masih sekolah lagi beb...!



 Ok. Selain daripada korang akan menanung dosa di alam lagi satu, menangung malu seumur hidup, pregnant..korang jugak berkemungkinan untuk mendapat jangkitan penyakit-penyait menular macam HIV/ Aids, dan macam-macam lagi lah penyakit-penyakit berjangkit yang lain tue..

Last but not least, pesanan aku wat semua adik-adik remaja kat luar sane tue..Tolong jangan buat benda-benda macam nie ye..jaga diri korang bebaik...masa depan korang tue jauh lagi tau...Sayang alau masa muda nie korang sia-sia kan macam tue aje..zaman sekolah / kolej nie lah zaman orang nak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebnayak mungkin, dan ianya akan menjadi jambatan kearah ejayaan orang apabila dewasa kelak..tapi apabila jambatan yang baru nak dibina tue dah roboh macam mana korang nak menyeberang dan menuju kejayaan tue..?
    Buat adik-adik yang bergelar gadis dan yang comel sekalian, tolonglah jaga diri...jangan sesekali termasuk dalam perangkap jejantan berhidung belang yang buas macam rimau tue...jangan percaya janji-janji manis dieorang tue..jangan "dermakan dara" korang kat orang yang belum berhak keatas diri korang.
    Buat adik-adik lelaki yang tampan lagi segak sekalian, tolonglah jaga rakan-rakan kamu yang bergelar gadis dan jangan sesekali merosakkan dan mengambil kesempatan keatas mereka..

-Tak kira korang nie lelaki ke perempuan ke...dosa tetap dosa..ingat tue..jangan sesekali cuba-cuba-

Entry ini adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image

Saturday, February 12, 2011

Puisi:-Kamu Curang (Versi Jejaka)


Kenapa?
Kenapa mesti ada dia di antara kita?
Kau kata kau cinta, tetapi kau menduakan aku..??
Kau tinggalkan aku kerana dia..
Kau lebih sayangkan dia..
Ternyata, janji kau hanya palsu..
Sekarang ingin aku bertanya..
Siapakah dia yang sebenarnya...
Aku tahu..
Dia istimewa di hatimu..
Aku tahu..
Dia gadis yang istimewa yang kini berada di hatimu..
Baiklah kalau begitu mahu mu..
Maka aku akan tinggalkan mu selamnya..
Selepas ini tak usahlah kau tangisi atau sesali..
Kerana pergi nya aku buat selamanya..
Pesanku pada mu, cintailah si dia sebaiknya..
Harapan ku pada mu, 
Kau doa kan lah aku pabila aku sudah tiada di dunia ini lagi..

Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya pemilik blog ini, sebarang penerbitan semula tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Note:-Puisi ini adalah versi apabila si jejaka yang curang, puisi ini adalah antara puisi yang berada dalam cerpen saya..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...