Translate

Friday, August 13, 2010

JADILAH DEWASA YANG SEBENAR...


"JADILAH DEWASA YANG SEBENAR"

Ini merupakan kata-kata pembuka bagi topik entry saya kali ini..
Pada pendapat saya..
Sebagai seorang yang telah "Dewasa" serta memiliki  AKAL FIKIRAN YANG SEMPURNA..
Seharusnya kita-
-1-BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK..
-2-MEMBUAT PERTIMBANGAN DENGAN BIJAK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG WARAS..
-3-SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..
-4-BERINGAT SEBELUM TERKENA..
-5- MENYAYANGI TUHAN (ALLAH SWT) DAN AGAMA SEBELUM MEYAYANGI PERKARA LAIN..
-6- MEYAYANGI KELUARGA SEBELUM MANUSIA LAIN..
-7-MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM CUBA MENCINTAI INSAN LAIN...
-8-SENTIASA MENYAYANGI SEMUA MAKHLUK YANG ADA DI MUKA BUMI INI..
      (MANUSIA, TUMBUH-TUMBUHAN, HAIWAN, DAN BUMI)
-9-SENTIASA BERSIKAP BERTOLAK ANSUR...
10-SENTIASA TENANG DAN BERSABAR..
-11- SENTIASA MEMPUNYAI PERASAAN KASIH DAN BELAS..
-12-SENTIASA BERSIKAP JUJUR, DAN AMANAH..
-13-TIDAK MENGEJI, MENGHINA ATAU MENJATUHKAN MARUAH SESAMA MANUSIA, SERTA BANGSA, AGAMA , NEGARA YANG LAIN..
-14-TIDAK MENILAI INSAN LAIN SECARA BERFIKIRAN SEMPIT DAN SKEPTIKAL..
-15-TIDAK BERFIKIR NEGATIF TERHADAP INSAN LAIN..
-16-MENASIHAT BUKAN MENGHINA-(MENASIHATI DENGAN CARA BERKHEMAH SERTA MENJAGA TERTIB DAN ADAB)
-17-TIDAK MENGHAKIMI TERHADAP SESUATU YANG BELUM PASTI KEBENARANYA..
-18- TIDAK TERLALU MEMPERCAYAI TERHADAP APA YANG DI BACA, DILIHAT DAN DI DENGARI (KAJI DULU SEBELUM MENILAI ATAU BERTINDAK-BIMBANG JIKA ANDA DITIPU ATAU MEMPERCAYAI FITNAH)
-19-TIDAK MEMILIKI PERASAAN HASAD DENGKI..
-20- SENTIASA BERSIKAP SUKA MEMBANTU INDIVIDU YANG SEDANG DILANDA MASAALAH...
-21-SENTIASA MEMBERIKAN NASIHAT, SOKONGAN, DORONGAN SERTA KATA- KATA SEMANGAT KEPADA INSAN YANG MEMERLUKANNYA..
- 22-TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KATA-KATA ATAU MEMBUAT SESUATU TINDAKAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT ORANG YANG SEDANG DI LANDA MUSIBAH..
-23-SENTIASA MENUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK KEPADA ORANG BAWAHAN UAH INSAN LAINATAU ORANG YANG LEBIH MUDA SERTA INDIVIDU YANG BERADA DI SEKELILINGNYA..
-24-TIDAK MEMBUANG MASA DENGAN BERUSAHA MENJATUHKAN MARUAH INSAN LAIN..
-25-BIJAK MENGURUSKAN MASA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU...
-26-TIDAK BERSIKAP KEJAM TERHADAP BAYI, KANAK-KANAK, WARGA EMAS DAN WANITA..
-27-TIDAK MENYALAHGUNAKAN TENAGA, KUASA DENGAN MEROMPAK, MERAGUT,MENGUGUT,MENDERA, MEROGOL MENCABUL DAN SEBAGAINYA..

PS:- sengaja saya tulis menggunakan huruf BESARagar lebih JELAS..Bukan betujuan untuk berkhutbah, memberi caramah apatah lagi perasan yang saya nie bagus sangat..tapi sebagai renungan dan peringatan untuk diri saya sendiri dan anda semua pembaca sekalian..hanya bertujuan untuk menasihati diri sendiri dan anda sekalian yang saya sayangi yang saya hormati agar sama-sama lah kita mengelakkan diri dari melakukan benda yang negatif..
              Sebagai remaja yang baru memasuki fasa dewasa saya sedih melihat keadaan sekeliling..bayi dibuang sesuka hati..bayi dibunuh..kucing di pijak hingga mati..menyalahgunakan  kuasa , kebijaksanaan dan tenaga untuk kepentingan diri sendiri..sanggup menipu atau bersumpah atas pembohongan yang jelas terang bersuluh..hutan belantara dan alam sekitar yang tercemar dek manusia yang rakus mengejar-ngejar keuntungan..anak,cucu,anak saudara, sepupu, anak tiri, kakak, adik perempuan di rogol..negara miskin di tindas..memandang sinis pada bangsa,agama, negara mahupun negeri yang berlainan..menyalah anggap sesuatu bangsa atau agama atau negara sebagai teroris..
           Kononnya menasihati tapi sebenarnya telah menghina kerana menasihati dengan cara  mengherdik, memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat..hanya patuh pada undang-undang apabila di awasi..sentiasa tidak tenang atas kebahagiaan atau kejayaan insan lain..suka melihat orang lain jatuh tergolek-golek..puas lihat insan lain menangis dan menderita..Menyalah gunakan teknologi masa kini untuk kepentinga peribadi hingga sanggup menelanjangkan maruah orang lain...
         Jadi sama-samalah kita ambil iktibar dari apa jua kisah yang berlaku di sekeliling kita..
Ingat  " Jadilah dewasa yang sebenar"..

sekian salam sayang daripada saya,
Ikhlas dari lubuk hati yang terdalam...
http://www.merpatiputih88.blogspot.com

INGAT PESANAN INI SELALU:-

Thursday, August 12, 2010

Ibu Kau Ilhamku, Ibu Kau Inspirasiku....

Ibu...
Kau menjagaku dari kecil hingga kini tanpa rasa jemu..
Saat aku bayi..
Ibu sentiasa memandikanku...
Ibu sentiasa menukarkan pakaianku..
Ibu sentiasa membasuh najisku, mengantikan lampinku...
Ibu tak pernah merungut menjaga ku...
Ibu sentiasa mengendongku..
Ibu sentiasa membuai ku dan mendodoi ku dengan alunan ayat-ayat suci agar aku lena..
Ibu sanggup bangun di tengah malam saat aku merengek-rengek...
Saat di zaman kanak-kanak..
Ibu sentiasa menceritakan padaku kisah-kisah tauladan..
Ibu sentiasa membelikan apa yang aku mahu..
Ibu selalu membawaku bersiar-siar..
Ibu sabar melayan kerenahku yang nakal..
Ibu sentiasa mendandan rambutku dan merapikan diriku..
Ibu...Kau selalu ada..
Dikala aku susah mahupun senang..
Dikala aku sedih mahu pun gembira..
Ibu sentiasa ada mendengar segala rintihan hatiku..
Ibu sentiasa memberi kata-kata samangat dan menyokongku..
Ibu sentiaa ada di sisi ku dikala aku memerlukanya..
Tidak pernah Ibu tinggal kan aku sendirian...
Tapi kini...
Apabila ibu ku menderita menghidap kanser...
Apa yang aku mampu lakukan?????
Sempatkah aku membalas segala jasanya???
Ya Allah aku bermohon padamu agar kau berikan lah aku waktu bersama ibu ku yg tercinta..
Ya Allah pajangkanlah umur ibuku..
Ya Allah sembuhkanlah segala penyakit yang di hidapinya..
Ya Allah berikanlah dia kesihatan yang sempurna...
Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran kepada ibuku...
Ya Allah bahagiakalah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka membahagiakan ku..
Hanya padaMu Ya Allah aku bermohon...Amin..

Idea/ hasil karya :-merpatiputih88.blogspot.com
                            A.K.A iera
ps:- saya tujukan puisi ini buat emak saya...Pn Zawiyah..doakanlah peyakitnya sembuh...iera sayang emak...



emak...emak jangan tinggalkan iera..jangan biarkan iera sorang-sorang...iera syg emak..mak maafkan iera atas segala salah silap iera...emak jangan pergi....jangan...jangan tinggalkan iera sendiri...

Saya SEDIH :'-(


Assalammualaikum wbt..        
Mungkin ada yang tertanya- tanya kemana saya menghilang...
Bukan menghilang sebenarnya..
Tapi..
Saya memang mengelakkan diri dari mem "blogging"...
Kenapa????
Sebab saya sedang terlampau berduka saat itu..
Apa yang menyebabkan saya berduka rasanya..?
Tentulah mengenai keadaan emak saya..
Pada hari Jumaat yang mulia itu...
Saya sedang menikmati makan tengah hari Di Mc'D Careffour Pandan JB bersama-sama rakan sekerja saya..
Sedang menikmati makanan saya menelifon emak..
Kerana pada hari itu mak saya membuat pemeriksaan Dr di HSA..
Mak pergi bersama ayah...
Saya tak dapat temankan mak ke hospital..
Sebab saya kerja waktu itu...
Pada masa itulah saya mendapat tahu yang.............
Dr cakap.........................................................
Sel kanser emak dah merebak kat hati...
Dr Cakap..................................
Harapan untuk sembuh nipis.................
Bergantung pada takdir dan nasib...........
Sekiranya anda di tempat saya....
Apa persaan anda.......??
Saya buntu memikirkan...
1)Masaalah kesihatan ibu saya..
(kalau emak kena kanser hati..mana nak cari penderma organ..?? saya sanggup derma organ saya sebagai tanda membalas jasa emak yang melahirkan dan membesarkan saya..tapi sesuaikah organ saya nie..??)
2) Masaalah kewangan ($$$$$$)
(Kos sara hidup semakin melambung tinggi terutama di bandar seperti JB..Kos rawatan emak..dan bemacam-macam kos-kos yang harus dipikirkan..sedangkan ongkos saya semakin menipis..)

Walau bagaimana pun, saya tetap tak berputus asa untuk terus berdoa ke hadrat Illahi...
Agar penyakit emak saya disembuhkan..
Tetapi...
Saya tetap berasa sedih, terkilan dan serba salah kerana saya...:-
1. Belum dapat membalas jasa kedua ibu bapa saya...
2.  Belum dapat  belikan emak dan ayah Rumah & Kereta..
3. Belum dapat merialisasikan impian, harapan dan cita-cita mereka..
4. Belum dapat membawa mereka bersiar-siar dengan kerata yang saya pandu sendiri (walaupun sekarang saya dah ada lesen kereta, tapi belum berkesempatan menyewa kereta)
5.Belum dapat membawa mereka melancong / bercuti bersama..
6. Belum dapat memberikan mereka wang yang mencukupi (sekarang saya cuma dapat bagi emak RM200 dan ayah RM 50, memandangkan pendapatan saya yang kurang dari RM8 rat...hanya itu yang saya mampu beri buat masa ini)
7.Belum dapat membahagiakan meraka..

Saya akan terus berdoa agar kesihatan emak akan pulih sepenuhnya dan dipanjangkan umurnya..serta ayah saya juga dipanjangkan umurnya....
saya juga berharap saya akan dapat:-
a) Membalas jasa kedua ibu bapa saya
b)Membelikan emak dan ayah Rumah dan Kereta
c)Dapat merealisasikan impian, harapan dan cita-cita mereka
d)Dapat mebawa mereka bersiar-siar setiap kali saya ada kelapangan dengan kereta yang saya pandu sendiri
e)Dapat membawa mereka melancong dan bercuti
f)Dapat memberikan mereka wang setiap bulan yang lebih banyak serta mencukupi untuk keperluan mereka
g)Dapat membahagiakan mereka

Oleh itu saya akan berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu pengetahuan  sebanyak mungkin, belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan result peperiksaan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan dengan gaji yang lebih lumayan atau peluang untuk memulakan perniagaan dan yang paling penting buat masa terdekat nie saya nak cari pekerjaan sambilan (part time) agar dapat menambah wang poket saya yang sentiasa bolos setiap bulan...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...