Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa ini.... :) Apa khabar? Saya harap awak semua sihat sejahtera sentiasa hendaknya.
SELAMAT TAHUN BARU 2016
Ini adalah post pertama saya dekat blog nie untuk tahun 2016! Pheww... Dah lama tak taip sesuatu kat blog kesayangan saya nie... Rindu meluap-luap nak taip idea, tapi asyik tak berkesempatan jer... Maaf kan saya sebab lately dah jarang sangat update blog... Bila ade idea, line internet (berokband) slow motion macam siput baru belajar merangkak... Nie pun dah sebulan tak hupdate blog nie... Maaf kan saya sekali lagi.... Sorry... (>___<) Tahun nie, InsyaAllah saya akan cuba rajin hupdate blog macam awal-awal blogging dulu... Seriously, berblog nie lagi best dari facebook, instagram etc...
Oklah, kita tak mahu buat cerekarama (drama) panjang-panjang nanti awak yang baca post saya nie pun muntah hijau pulak. ahaks!hihihi... (^__^) Kembali kepada topik asal. Azam dan Impian. Biasalah bila awak-awal tahun nie masing-masing mood berkobar-kobar pasang azam, impian... Saya jugak tak terkecuali. Ada satu impian saya sejak kecik yang masih belum terlaksana iaitu nak belajar buat roti & kek... Tinggi betul angan-angan nak jadi Chef! Tapi pada 08.01.2016 (jumaat) saya dah dapat capai sebahagian impian saya tu! Saya berpeluang pergi kelas buat roti.... :) Excited dan happy sangat... Sebab berpeluang belajar benda yang memang saya minat... Untuk pengetahuan saya memang suka makan.... hehehe... Walaupun badan tak besar mana, tapi selera makan boleh tahan besar...hahahahaha... (^___*) Lagipun sejak dulu lagi saya memang minat sangat makan roti, donut, kek, pizza dan segala jenis makanan yang manis-manis... Memang kena lah dengan jiwa bila dapat pergi kelas macam nie... =)
-nie roti-roti yang belum dibakar dan belum dihias... masa nie tunggu roti tu naik sekali ganda baru hias, sapu "penyeri" biar glowing dan bakar dalam ketuhar... -
-nie pulak roti-roti yang dah siap dibakar dan disapu "penyeri" biar roti tu nampak berkilat bersinar-sinar dan glowing gtue...-
Masa saya belajar buat roti nie, kami diajar buat 8 jenis bun. 5 jenis bun sosej dan 3 jenis bun kacang merah. Paling menarik ialah doh roti yang kami belajar nie boleh dipelbagaikan untuk buat beraneka jenis roti, inti pun boleh tukar ikut suka kita (tak semestinya guna sosej/kacang merah jer)... Doh Roti nie jugak boleh diolah untuk jadi donut dan pizza! Menarik kan? So, tak rugi pun pergi kelas... Macam-macam boleh buat dengan adunan yang sama.. Tujuan utama pergi kelas nie sebab minat dan cita-cita sejak kecik... Memang azam tahun baru nie nak belajar kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian... Seronok pergi kelas macam nie, dapat tambah ilmu dan kemahiran disamping dapat tambah ukhwah persahabatan (ayat skema tak menahan).... Bila dah reti buat doh dia senang, bila-bila teringin nak makan boleh buat sendiri... Jimat gitue..hehehehe...Zaman sekarang nie kita kena amalkan langkah-langkah penjimatan..Ecewah...(@__@).
Azam pertama dah tercapai... Alhamdulillah... Masih banyak lagi azam dan impian tahun 2016 yang perlu saya realisasikan InsyaAllah... Buat semua pembaca blog saya, saya ucapkan semoga segala azam dan impian awak semua sepanjang tahun ini berjaya, serta dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan happy sentiasa... Selamat malam semua...=)
(pukul 1 pagi pun kita sebut malam, sebab kita baru nak tidoq...huhuhu..)