"Jika ingin bahagia buatlah perkara-perkara yang membuat kamu bahagia, asalkan perkara-perkara itu tidak melanggar syariat dan undang-undang..."
"Kejarlah impian dan cita-cita kamu... Usah difikirkan gelak tawa dan ejekan dari suara yang mempersenda kebolehanmu... Jadikan suara-suara itu sebagai pembakar semangat kamu dan bukannya pemusnah semangat kamu... Terus melangkah ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi..."
"Jika mahu menjadi manusia bahagia haruslah dijauhi penyakit-penyakit hati iaitu hasad dengki, iri hati dan jauhi sikap batu api, memfitnah serta saling memusuhi..."
"Jika ingin menjadi manusia paling bahagia haruslah murah dengan senyuman, berfikiran positif, belapang dada, membantu sesiapa sahaja yang memerlukan serta haruslah sabar , cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan..."
"Diam adalah lebih baik dari berkata-kata... Ya, memang benar... Tapi kita juga manusia punya hak bersuara juga..."
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Hidup ini indah tapi tak mudah... Jadi haruslah sabar dan tabah... "
"Adakalanya kita terlalu sibuk membina empayar hidup di dunia sehingga kita seakan terlupa untuk mengumpul bekalan untuk penghidupan yang lebih abadi di akhirat kelak..."
p/s: Kata-Kata Hikmah #1 ini adalah hasil inspirasi saya selaku penulis dan pemilik blog ini. Anda dibenarkan ambil dan simpan mana-mana ayat yang anda suka. Sebarang kekhilafan dari segi tatabahasa atau apa jua kesilapan harap dimaafkan... Good night semua... Mimpi yang indah-indah sahaja ya... Jam dinding menunjukkan waktu 3.30 pagi... Malam apa nye... ? Huhuhu... Sebenarnya tadi dah tidur, ini terjaga sekejap, tu yang update sikit blog yang dah bersawang nie... Hehehe... =)