Translate

Saturday, November 21, 2015

Cerpen: Ego Sang Pencinta



                           Kisah bermula bila si gadis (Sophea Natasha) membuka facebook nya dan dia pun seperti biasa usha sekejap facebook "kawan baiknya" (Daniel Mikhael) ...Ini bukan usha namanya bila hari-hari mesti nak tengok dan baca apa status yang ditulis  oleh si dia di laman facebook dan twitter... Boleh jadi si gadis sudah menjadi stalker yang setia tanpa dia sedari.. Sophea Natasha rasa terkejut bila terlihat "kawan baiknya" itu letak beberapa keping gambar semasa dia dengan gadis-gadis yang pada kotak fikirannya cantik, seksi dan boleh tahan gediknya... Gambr itu, adalah kita dia bercuti di Eropah, dan gadis-gadis dalam gambar itu mungkin penduduk tempatan, atau mungkin kawan dia atau makwe dia agaknya... Sophea Natasha hanya mengetap bibir dengan wajah yang geram menahan marah.. Marah? Kenapa mesti marah..? Kata kawan baik bukan kekasih jadi kenapa mesti cemburu...??

               Dah lama rasanya dia terputus hubungan dengan "kawan baiknya" tu sejak masing-masing punya kerjaya sendiri, seperti sudah tiada masa lagi untuk berjumpa macam dulu-dulu.. Tiba-tiba dia teringat kenangan lama sewaktu di kampus lapan tahun dulu...



***

Sophea Natasha bertemu "Kawan baiknya" itu untuk berjoging bersama seperti biasa..Lalu jejaka itu menegur..

"Hei, kenapa kau hari nie monyok ajer...?? Kita kan nak jogging nie janganlah kau nak buat muka sedih macam tue...Hilang mood aku nak beriadah dan bersuka ria hujung minggu gnie.."

"...." Sophea Natasha terus diam membisu, wajahnya di tundukkan dan kakinya sibuk menguis-nguis rumput di padang itu..  Daniel Mikhael merenungnya, dan dia merasakan yang ada sesuatu yang tak kena pada kawan baiknya itu..

"Nie dah kenapa diam ajer...Selalu kau nie punyalah kepoh macam murai tercabut ekor bercakap tak berhenti-berhenti..Cuba cerita pada aku, kau ada masaalah ke...?"

"Takdalah... Mana ada, aku okay jer... Cuma macam penat sikit sekarang nie busy dengan assignment yang lecturer bagi... Risau tau aku nak exam final year tak lama lagi... Kau tak risau ke..?"

"Nie  yang aku pelik nie...  Apa yang kau nak risaukan, bukan ke kau nie  Dean List tiap-tiap tahun? Best student dan student harapan sekalian lecturer kat dalam kampus? Jadi apa yang aku nak risaunya..??"

"Mestilah risau, nie kan final year, penentu segalanya kan... Takut jugak aku kalau aku tak dapat nak score  ke ape.."

"Jangan risaulah okay, aku yakin kawan aku nie mesti boleh score punyalah.  Dahlah kau jangan buat muka moncong cik tikus lagi okay, jangan risau-risau.."

"Kau panggil aku tikus..??"



"Hahahahahaha...  Dah yang kau tue pun buat muka moncong panjang sangat...  Aku rasa dah macam sebijik dengan tikus..  Hahahaha..tapi comel.."

"Lebih lah tu cakap aku tikus!" Protes Sophea Natasha sambil tangannya melemparkan batu kecil ke arah Daniel Mikhael tapi sempat di elak.

***

         Beberapa bulan berlalu, keputusan peperiksaan telah keluar dan seperti dijangka Sophea Natasha sekali lagi tersenarai sebagai pelajar terbaik dengan CGPA 3.98! Manakala Daniel Mikhael sekadar berpuasa hati dengan CGPA 3.50.. Jauh lebih rendah berbanding si gadis yang pintar itu...  Pada hari konvokesyen adalah hari terakhir mereka bersua muka setelah itu masing-masing membawa haluan sendiri untuk bina kerjaya dan mencapai impian...


"Tahniah aku ucapkan sebab kau dapat Dean List lagi tahun nie... Aku dah agak dah kau mesti dapat punyalah.."

"Terima kasih..Tahniah jugak untuk kau.."

"Hurm...Tapi itulah nampaknya aku tak merasa lah nak jadi best student macam kau... Kau nie memang budak bijak, macam manalah boleh dapat result exam yang gemapk-gempak jer every semester..? Bawak toyol eh..??"

"Eh, tolong sikit yea..Tak mainlah nak bawak toyol nie... Lagipun tak baik tahu meniru macam tu, itu dah namanya kita menipu diri sendiri..Aku memang tak buatlah kerja-kerja macam tue.."

"Habis apa petua kau..? Makan kismis hari-hari atau rebus buku ?"

"Tak pentinglah petua-petua tu semua yang penting kau tumpukan perhatian bila kat kelas, rajin ulangkaji bila dah abis kelas jangan nak study bila dah dekat nak exam.."

"Hurm... Aku rasa aku nie macam kurang bagi tumpuan kat dalam kelas, sebab busy dengan sukan... Kau pun tahukan aku nie atlet harapan kat sini..."

"Yelah atlet harapan...  Sebab tu ramai peminat fanatik yang jatuh cintan dekat kau kan...  Dasar mat romeo!"

"Ish aku bukan mat romeo lah dah orang minat kat aku, aku nak buat macam mana takkan aku nak marah sebab diorang minat..? Alah kau pun apa kurangnya ramai jugak peminatkan.. Tadi aku tengok bukan main lagi peminat bagi ucapan, bagi bunga bagi hadiah... Bukan main lagi yer... Kalau kau ada pakwe mesti dia jeles punya lah.."


"Hahahaha.. Tu semua kawan jerlah..  Dah diorang bagi hadiah tanda kenang-kenangan katanya, takkan aku nak buang kat tong sampah mestilah aku kena terima...  Nanti takut diorang kecik hati pulak.. Alah lagipun aku manalah ade pakwe nie... So, takde maknanya sesiapa nak cemburu.."


                    Daniel Mikhael terdiam sejenak bila terdengar jawapan dari Sophea Natasha, dalam hatinya dia mengomel sendiri 'Diorang kecik hati tak boleh, yang aku nie makan hati... Dia tak fikir ke..? Aku jealous lah senget! Banyak benar bunga kau dapat sampai bunga yang aku bagi kau letak tepi jer.... Tak patut- tak patut..'

"Hei..Kenapa tetiba  senyap jer nie..??"

"Takde apa-apalah"

                              Pada saat itu juga beberapa orang pelajar junior perempuan yang merupakan peminat fanatic Daniel Mikhael menghampiri mereka sambil di tangan masing-masing membawa hadiah dan ada kamera... Nie mesti takde lain nak ambil gambar dengan jejaka idaman lah tu...

"Hai kak... Tahniah ye sebab dapat best students.." budak junior tu sedar bermanis kata, tak mahulah dikatakan sekadar sebuk nak tegur si jejaka idaman kampus tu saja... Cover line itu perlu... Senyum di bibir budak nie pun nampak tak ikhlas, nampak benar dia tak suka Sophea Natasha berkawan baik dengan Daniel Mikhael...


"Terima kasih ye dik"


Setelah itu si junior-junior comel tapi gedik itu terus menghampiri Daniel Mikhael dan berbual-bual mesra sambil ketawa-ketawa dan si junior itupun hulurkan hadiah yang di bawa untuk Daniel Mikhael...  Daniel Mikhael pun bukan main lagi teruja dapat banyak hadiah dan oh tak dilupa juga kad ucapan. Eh, bukan, kad luahan rasa cinta monyet!


         Sophea Natasha hanya melihat dari hujung ekor matanya, sambil berpura-pura membaca majalah.. Membaca atau sekadar belek-belek majalah untuk sorokkan riak muka marah dan cemburu dia tu... Entah dia pun tak tahu... Dalam hatinya berkata 'Hei bebudak nie kan panas jer hati aku tengok, yang dia nie pun satu jugak dok melayan tu buat apa? Aku nie dia biar macam tu ajer? Gelak-gelak sakan sampai aku nie dia tak hiraukan pun bila dah jumpa peminat gedik dia nie... Eee geram... Ada jugak yang kena hentak dengan majalah nie karang..'


"Kau nie kenapa baca majalah tapi selak kertas tu macam nak koyakkan majalah tu jer... Kau ok ke tak nie..?"


"Aku tengah baca nie, janganlah kacau.. Nie buku aku kan, koyak ke apa lantaklah..." Dalam hatinya menyahut 'koyak buku takpe, jangan koyak hati pulak!'


"Kenapa nie tadi okay jer aku tengok, kenapa tiba-tiba jer macam nie?" dalam hati si jejaka berkata 'dia nie cemburu ke aku borak-borak dengan budak-budak tu sampai tak hiraukan dia tadi..? ke dia marah kat aku..?'

"Takde apa-apalah aku okay jer..."


"Kalau macam tu baguslah...Eh kau boleh tolong ambil kan gambar aku dengan peminat-peminat aku nie tak..? Diaorang nak sangat ambil gambar dengan aku...  Lagipun nie dah last day aku kat sini.. Jadi, masa nielah nak bergambar dengan peminat kan..?"



"Okay aku tak kisah...  Sini lah aku tolong ambil kan gambar.." kata Sophea Natasha padahal dalam hatinya membebel macam-macam dan memberontak tak puas hati...


'Dia nie kan macam sajer jer nak buat aku jealous kan, yang bebudak nie pun tak boleh ke kalau tak meng gedik? Siap suruh aku pulak jadi juru photo tak bertauliah nie... Ingat aku nie pokok tak bernyawa ke ape siap nak kena jadi juru photo dan diorang pulak sibuk posing manja sana sini.. Eeee.geramnya aku..'


                                                            ***

"Hoi mak cik! Kau berangan eh dari tadi..?  yang kau buat muka muncung cencorot sambil tengok  FB tu kenapa...?" sapa Aderina kawan serumahnya...

"Oit cik Aderina sayang....yang kau nie tetiba ajer nak oi oi nie dah kenapa...? dah tak reti nak bagi salam ke ketuk pintu ke sebelum masuk bilik aku nie....?" protes Sophea Natasha tanda tak puas hati..


"Banyak lah kau punya cakap aku tak ketuk pintu kan... Aku nie dah ketuk pintu bilik kau nie dah macam nak roboh kau tau tak... Kau buat tak tahu ajer dah tu termenung pulak tu... Pikir pasal apa..? Cuba cerita sikit."

"Takde ape-apelah..." Sophea Natasha cuba berdalih..

"Kau cuba cakap kat aku betul-betul cik Sophea Natasha oi... Dari tadi aku tengok kau termenung.  Tengok ape ajer..?"  Ujar si Aderina cuba mengorek rahsia...

"Tak ade apa-apalah..aku cuma tengok gambar kawan lama aku nie ha... Dah lama kita orang tak jumpa dan contact... Nie baru ajer aku terjumpa balik dia kat FB nie..."

"Oh...Kawan lama ke pakwe lama...? Siapa nama kawan kau tu...? hehehehehe.."

"Taklah, dia cuma kawan lama aku ajer... Kita orang kenal sejak dari zaman matrik sampailah sama-sama masuk universiti yang sama... Tapi sejak habis belajar hari terakhir kita orang berjumpa masa konvo..  Jadi masuk tahun nie dah lebih kurang lapan tahun aku tak jumpa dia..."

"Ohh... Dalam masa lapan tahun tu takkan langsung korang takde contact ke ape...?"


"Adalah masa sebulan dua lepas konvo...  Lepas tu, dia  further study kat Australia ambik Master kat sana.  Kemudian kerja dan menetap kat Dubai sampailah sekarang."


"Fuhh hebat kawan lama kau tu... Jauh betul merantau. Kau pun ape kurangnya kan further study kat UK, amik Master dan PHD kat sana, tapi bezanya kau kerja kat Malaysia "

"Aku memang bercita-cita nak mencurah bakti kat tanah air aku nie untuk  mendidik anak bangsa... "

"Kawan lama kau tu taknak balik Malaysia dah ke? Memang nak menetap kat sana terus ? Dia Dah kahwin ke belum?"

"Tak silap aku, dia ade bagitahu aku dia nak balik Malaysia tak lama lagi. Nak kerja dan menetap kat sini terus katanya. Tapi bila dia nak balik tu aku tak tanya lah pulak. Dia belum kahwin lagilah. Kenpa? Kau berkenan kat dia?"

"Owh tah kahwin lagi patutlah cik Sophea Natasha kita nie pun asyik tolak jer pinangan orang yang masuk meminang dia. Kau suka kat dia kan?"

"Takdelah kami cuma kawan baik jer... Tal lebih dari itu... "

"Yelah tu... Eh dah lewat dah nie.. Aku nak tidur dulu lah esok kerja. Kau tak nak tidur ke? Ke kau dok berangan teringat kat kawan lama kau tu? "

"Kau nie memang tau Aderina! Tadi kau jugak yang ajak aku berborak..." protes Sophea Natasha

***

Pagi itu apabila Sophea Natasha bangun dari tidurnya, dia lihat di Iphone nya ade pesanan whatsapp baru masuk dari nombor yang tidak dikenali.  Cepat-cepat dia baca pesanan-pesanan tersebut.

'Assalamualaikum Cik Sophea Natasha...
Kau apa khabar?
 Nie aku lah, kawan lama kau Daniel Mikhael.
Aku dah sampai Malaysia tau!
 Aku harap dapat jumpa kau dalam masa terdekat nie.
 Ada hal penting yang aku nak bagitahu.
 Bila kau Free?'

'Wei...
Kau dah tidur ke?
Tak reply pun Whatsapp aku tu? '

'Mesti kau dah tidur lah nie...
Mimpi yang indah-indah ye...
Aku harap kau sudilah jumpa aku yer..'

Sepantas pesanan-pesanan itu dibaca sepantas itu jugaklah Sophea Natasha membalas pesanan tersebut. Laju saja jari jemarinya menaip pesanan yang ingin dihantarnye.

'Wa'alaikumussalam...
Aku sihat....
Alhamdulillah...
Maaflah malam tadi masa kau whatsapp aku, memang aku dah tidur...
Hujung minggu nie aku free...
Boleh jer kalau kau nak jumpa...
By the way,  Mana kau dapat no telifon aku nie?'


'Hujung minggu?
Lamanya...
Kalau harinie tak boleh ke... ?
 Aku dapat no telifon kau nie dari budak kelas kita dulu... '


Amboi... Dia nak jumpa aku harinie? Biar betul dia nie. Aku tak mimpikan? monolog sophea nastasha sambil mencubit pipinya sendiri kerana tak percaya dengan berita mengejut sebegitu!


'Tapi aku kerja harinie...
Petang baru balik rumah...
Kau nak ajak aku jumpa kat mana jer... ?'

'Takpe, kita jumpa lepas kau balik kerja.
 Nanti aku amik kau depan rumah.
Jangan lupa pakai cantik-cantik tau!'

Gila! Rumah aku pun dia tahu? Mana dia dapat info nie...? Dia pasang spy ke ape...?


***

Malam itu Daniel Mikhael menjemput Sophea Natasha di rumah menaiki keretanya dan mereka keluar makan malam di sebuah cafe seperti yang dijanjikan. Setelah itu mereka memesan makan sementara menunggu makanan yang dipesan sempat mereka berbora-borak sekejap.


"Makin cantik sekarang ye... "

"Takdelah aku biasa-biasa ajer... Kau pun apa kurangnya makin handsome aku tengok... "

"Ye ke? Terima kasih lah sebab puji aku... Aku tahu aku memang handsome pun dari dulu kan....  Kalau kau tak puji aku pun aku tetap belanja kau makan jugak malam nie, jangan risau! Hahahahaha..."


"Kau nie dari dulu lagi memang suka angkat bakul masuk sendiri kan! Dasar mat romeo perasan!"


"Habis kalau bukan kita puji diri sendiri siapa lagi nak puji kan...? Lagi pun memang betul aku handsome kan? Sebab itulah aku banyak peminat dari dulu sampai sekarang..."


"Yelah tu banyak peminat.... Habis tu kenapa sampai sekarang tak kahwin lagi Encik Daniel Mikhael yang kacak, tampan lagi bergaya..... ?"

"Nie yang kau nak jumpa kau nie pun sebab itulah... Aku nak bagitahu yang aku nak kahwin tak lama lagi. Nah nie kad kahwin aku. Aku baru jer design, Cuba kau tengok dan bagi komen sikit kat kad kahwin aku nie. Kad nie aku baru cetak sekeping, aku ajak kau jumpa nie sebab nak bagitahu aku nak kahwin dan nak mintak pendapat kau tentang tema wedding aku nanti. Kau orang pertama yang aku jemput tau. Sebab kau special!'



        Kata-kata Daniel Mikhael itu bagaikan panahan petir yang membingitkan telinga dan bagaikan sembilu yang menusuk jauh ke dalam lubuk hati Sophea Natasha. Dalam hatinya bermonolog 
'Apa lah dia nie merepek! Kau ajak aku jumpa sebab nak mintak pendapat aku tentang wedding card kau? Apa hal pulak dia nak mintak pendapat aku? Mintaklah pendapat tunang dia!'

"Erm... Aku rasa baik kau mintak pendapat tunang kau. Sebab kalau kau nak mintak pendapat aku pun buat ape kan? Bukan aku pengantin perempuannya!"

"Kau kecik hati ke aku nak kahwin nie? Bukan patutnya kau gembira ke? Aku kan kawan baik kau."

"Takdelah mana ade aku kecik hati. Aku happy apa kau nak kahwin. Mesti grand majlis kau nanti. Siapa pengantin perempuannya? Mesti cantikkan... Yelah... Kau pun handsome mestilah nak wife yang cantik!"

"Kalau kau nak tahu siapa dia. Cuba kau tengok nama yang ade dekat kad kahwin aku tu."

'Dia nie saje jer nak tambah sakit hati aku!' protes Sophea Natasha.

"Malas lah aku nak tengok. Kau bagitahu jer lah siapa bakal wife kau tu..."

"Nanti kau akan tahu jugak... Hahahaha..."

'Eee.. Dia boleh gelak pulak. Aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk jer mamat nie sekarang jugak'

"Ha... Dah sampai pun dia..." Daniel Mikhael melambaikan tangan ke arah seorang wanita cantik, kelihatan wanita itu memgang file ditangannya.

Cepat saja Sophea Natasha menoleh ke arah wanita yang dimaksudkan Daniel Mikhael


'Nie lah kot tunang dia. Pergh! Cantik! Kalau aku berdiri sebelah dia tergolek-golek aku masuk longkang! Beza langit dengan bumi aku dengan dia! Patutlah dia pilih perempuan nie.  Aku yang perempuan pun terpikat tengok muka dia. Ini kan pulak lelaki.  Eh, file ape pulak yang dia bawak tu? Oh lupa, mungkin dia orang nak discuss pasal persiapan wedding lah nie.  Dah tu apahal pulak aku masih kat sini?  Ingat aku nie wedding planner ke ape?'

"Sophea Natasha! Lama betul kau termenung?  Pikirkan ape jer? Kau nie dari zaman kita study dulu tak habis-habis lagi berangan kan!"

"Err... Takde ape lah. Eh, suka hati aku lah nak berangan ke nak ape... Hak aku!" Bengang betul dia bila ditegur oleh Daniel Mikhael begitu lebih-lebih lagi di hadapan tunang jejak itu. 

"Perkenalkan nie Sophea Natasha my special friend sejak zaman study dulu. Sophea Natasha, nie Arianna..." Belum sempat Daniel Mikhael menghabiskan ayatnya pantas saja kata-katanya di potong oleh Sophea Natasha.

"Hai..Arianna... Tunang Daniel Mikhael kan? Cantik nama you secantik orangnya"

"You pun apa kurangnya Cik Sophea Natasha, cantik secantik orangnya jugak. Tapi saya sebenarnya..."

"Daniel, Aku rasa aku nak kena pergi toilet kejap. Sakit perut pulak tiba-tiba"

"Lah... Baru nak start discuss, kau dah nak pergi toilet?  Makan pun belum lagi dah sakit perut? Apa lah kau nie Sophea.  Okay lah, tapi jangan lambat-lambat tau!" Pesan Daniel Mikhael kepada Sophea Natasha


Sophea Natasha sudah berada di luar cafe. Dia sedang menanti teksi untuk pulang ke rumah. Hatinya sebak mendengar perkhabaran yang kawan baiknya itu bakal berkahwin tidak lama lagi.  Bertambah sebal hatinya bila Daniel Mikhael memperkenalkan dia dengan calon isterinya dan meminta pendapat dia tentang majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. 

'

'Daniel Mikhael memang dari dulu lagi suka buat hati aku terluka. Tapi kenapa dia perlu nak ajak aku bincang pasal kenduri kahwin dia. Dia memang plan semua nie semata-mata nak sakitkan hati aku... Hurm... aku kena move on. Dia dah nak kahwin pun.'

Semasa di dalam teksi dalam perjalanan pulang kebetulan radio di dalam teksi tu memutarkan lagu Someone Like You -Adele. 


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

'Hurm... Radio nie pun macam tahu-tahu pulak perasaan kau sekarang nie macam mana kan..' Tak semen-mena ada mutiara jernih yang membasahi tubir matanya. Dia terus mengelamun melayan perasaan hinggalah teksi itu sampai di depan rumahnya. 

Di dalam cafe Daniel Mikhael risau Sophea Natasha tidak keluar-keluar dari toilet. Lalu dia meminta Arianna pergi mencari Sophea Natasha tapi tidak berjumpa. Tahulah dia bahawa Sophea Natasha sedang tersinggung dengan perlakuannya. 

***

    Sehari selepas kejadian itu setiap hari Sophea Natasha menerima jambangan bunga mawar putih dan dalam jambangan tersebut terselit tiga kuntum mawar merah selama seminggu. Anehnya jambangan bunga itu tidak bernama. Mungkin secret admire! 

'kau kene move on Sophea Natasha! Daniel Mikhael pun dah nak kahwin tak lama lagi, jadi kau kena bukak pintu hati kau untuk orang lain'

Ketika Sophea Natasha sedang membuka pintu rumah di dikejutkan dengan  bunyi hon kereta. Apabila si pemandu kereta turun dari kereta dia lebih terkejut. 

'Daniel Mikhael! Apa yang dia nak datang rumah aku nie?!'

"Sophea Natasha! Boleh aku jumpa kau sekejap. Ada perkara penting yang aku nak cakapkan nie."

"Kau nak cakap apa lagi? Tak puas lagi sakitkan hati aku? Dahlah, kau pergilah balik! Nanti tunang kau marah aku pulak."

"Aku rasa tak elok kita bincang kat sini. Jom kita bincang kat taman ke."

"Baiklah" Sophea Natasha mengikuti Daniel Mikhael menaiki kereta jejaka tersebut. Sepanjang perjalanan masing-masing hanya berdiam sahaja.


Setibanya mereka di taman itu, Sophea Natasha pun memulakan bicaranya.

"Ha... Ada perkara penting apa yang kau nak bagitahu kat aku sebenarnya?"

"Aku nak berterus terang tentang siapa bakal pengantin perempuan aku nanti"

"Arianna kan? Dia kan tunang kau. Jangan cakap kat aku kau orang dah putus tunang pulak dan kau cari perempuan lain. Sudah-sudahlah jadi mat romeo ye Daniel Mikhael! Soal nikah kahwin nie tak boleh main-main tau!"

"Kau salah anggap sebenarnya..."

"Salah anggap yang macam mana? Cuba kau jelaskan?"

"Sebenarnya Arianna bukan tunang aku... Aku taknak kahwin dengan dia pun. Sebenarnya aku...."



Pang! 

            Laju saja tangan Sophea Natasha naik ke muka jejaka perasan kacak (tapi dia memang kacak pun) di depannya. Sejak dari zaman remaja jejaka di depannya suka mempermain-mainkan perasaan wanita bermodalkan ketampanan wajah, karisma dan bakatnya dalam bidang sukan. Peminat bukan main ramai, semuanya untuk stock berfoya-foya ajer. Tapi kali nie jejaka itu sudah melampau. Masakan nak berkahwin kemudian boleh cancel macam tu ajer? Memang dasar buaya! Dah bertunang tak mengaku! 

"Sophea Natasha... Untuk pengetahuan kau Arianna memang bukan tunang aku. Aku memang nak berkhawin, bukan dengan dia tapi dengan kau!"

"Kau nie dah gila agaknya ye! Dah bertunang kemudian sanggup tak mengaku dah bertunang dan cancel majlis kahwin!"


"Kau salah anggap... Aku memang simpan hasrat nak kahwin dengan kau dari dulu lagi. Tapi bila kita habis study dan kau dapat biasiswa untuk sambung master kat UK aku terpkasa lupakan harat aku tu buat sementara waktu. Sebab aku nak kau kejar cita-cita kau, aku tahu kau akan gembira dan bahagia bila dapat capai impian kau. Itu memang impian kau dari kecik lagi kan? Takkan aku nak hancurkan impian orang yang aku sayang semata-mata nak dia jadi milik aku. Setiap hari aku rindukan kau. Aku tak pernah ade special girlfriend pun. Dulu tu dia orang yang tergila-gila kan aku. Aku anggap dia orang tak lebih sebagai kawan biasa jer. Aku sambung study dan bekerja kat dubai untuk jadi orang yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, tapi aku tak pernah lupkan kau walau sesaat pun."

"Kau bohong!"



"Aku bercakap benar Sophea Natasha. Buat apa aku nak bohong. Sebenanya aku dah sebulan balik Malaysia. Sengaja aku rahsiakan dari kau. Sebab nak buat surprise. Aku cari alamat rumah kau, tempat kerja, no telifon dan alamat keluarga kau. Dua minggu sebelum kita berjumpa aku ada hantar family aku ke rumah kau untuk merisik. Tapi kau tak bagi jawapan pun lagi. Jadi itu yang aku rancang nak jumpa dengan kau dan berterus terang pasal hasrat aku untuk memperisterikan kau. Aku sangat rindu kat kau. Kalau kau nak tahu setiap hari aku akan check semua social media kau. Untuk amik tahu pasal perkembangan terkini diri kau, manalah tahu kot-kot kau dah kahwin ke ape. Tapi bila aku tahu kau masih single, tu yang aku teruskan hasrat untuk jadikan kau isteri aku, ibu kepada anak-anak aku"

Hurm... barulah Sophea Natasha teringat akan rombongan merisik yang datang untuk meminang dia yang diberitahu oleh mama nya. Mama cuma bagitahu lelaki itu kawan lamanya dan tidak pula diberitahu siapa gerangan orangnya


"Jadi siapa sebenarnya Arianna?"


"Arianna tu wedding planner kita nanti. Sebab itu aku nak kau tengok kad kahwin tu, sebab aku nak buat surprise dan aku nak discuss pasal wedding kita. Aku sebenarnya dah siapkan macam-macam surprise nak lamar kau masa tu. Tak sangka pulak kau akan merajuk terus balik rumah naik teksi... Siap nangis-nangis teresak-esak masa keluar dari Cafe... Habis spoil semua yang aku plan tak menjadi. Mesti masa tu kau kecewa dan patah hati bila ingat aku nak kahwin dengan Arianna kan? Hahahaha... Sayang jugak kau kat aku kan..."


"Kurang asam! Saja jer nak kena kan aku kan! Bagai nak gila aku menangis hari tu." Sophea Natasha mengejar Danieal Mikhael. Rasa mahu debik-debik ajer lelaki di depannya nie.



"Hahahahahaha... Jadi kau sudi tak jadi isteri aku, ibu kepada anak-anak aku?"

"Aku sudi jadi isteri kau ibu kepada anak-anak kau.... "

    Pada saat itu jugaklah muncul lapan orang kanak-kanak yang comel membawa sejambak bunga mawar putih dan coklat Fererro Rocher ditangan masing-masing.  Jambangan bunga dan coklat itu semuanya diserahkan kepada Sophea Natasha. Serentak itu juga muncul kumpulan pemuzik yang mennyanyikan lagu Can't Take My Eyes Of You. Pada waktu itu juga muncul dua orang remaja, seorang membawa sebiji kek berbentuk love dan tertera tulisan di atasnya Will You Marry Me?, manakala seorang lagi membawa lapan biji belon berbentuk love dengan tulisan sama.


"Terima Kasih Daniel Mikhael..." Sophea Natasha merasa sangat terharu dan terkejut dengan surprise itu.

"Sama-sama... Kau nak tahu tak kenapa aku pilih lapan jambangan bunga dan lapan biji belon tu?"

"Kenapa? "

"Sebab itu mewakili tempoh lapan tahun kita terpisah. Untuk pengetahuan kau, selama lapan tahun tu jugaklah aku sentiasa berharap kau akan jadi isteri aku."


"Oh... Romantic jugak kau kan..."


"Eh mestilah... Kalau tak, takkan aku ramai peminat dulu.."

Kau nie tak habis-habis lagi ye..." Sophea Natasha melibas bunga ke arah Daniel Mikhael tanda protes.


"Tapi itu dulu lah... Sekarang tak lagi... Hehehehe... Sejak dari dulu aku memang sayang kau seorang jer tau...

"Ye lah tu..."

"Ya, aku tak tipu..."

"Okay, aku percaya... Tapi siapa dia orang nie semua...? Pandai kau plan surprise untuk aku kan..."

"Dia orang nie semua family dan kawan aku lah... Budak-budak kecik tu dan yang besar tu anak sedara aku.  Group yang main muzik tu kawan baik aku. Jimat sikit panggil dia orang nie... Hahaha..."


***

Majlis pernikahan dan persandingan mereka berlangsung dengan meriah dan gilang gemilang. Mereka memilih Itali dan Paris sebagai lokasi berbulan madu. Pulang dari berbulan madu mereka menunaikan ibadah Umrah pula sebagai memanjat rasa kesyukuran dengan segala impian dan kebahagaian yang mereka kecapi... Daniel Mikhael kini membuka syarikatnya sendiri dan Sophea Natasha masih lagi bekerja sepertia biasa sebagai pensyarah di Universiti. Setahun selepas itu mereka dikurniakan bayi kembar lelaki. Dua tahun selepas itu mereka dikurniakan kembar perempuan pula. Mereka kini hidup bahagia selamanya... 

-TAMAT-

Cerpen ini hanyalah fiksyen / rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Cerpen ini adalah sepenuhnya ilham dari saya selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun. Sebarang kekhilfan, kesilapan, atau kekurangan dalam penceritaan cerpen ini mahupun dari segi tatabahasa nya harap dimaafkan. Saya memang sengaja guna bahasa ringkas, supaya lebih mudah dan senang dibaca secara santai. Kredit Gambar: Google image

Sunday, November 1, 2015

Tahniah JDT Juara Piala AFC 2015!!!

Hai semua...
Harap awak semua sihat sejahtera hendaknya...


                 Malam tadi, penghujung bulan oktober bagi tahun 2015. Iaitu pada tanggal 31 Oktober 2015 terlakar detik bersejarah yang membawa kenangan manis buat peminat dan penyokong pasukan JDT serta seluruh rakyat / bangsa JOHOR khasnya...  Ini kerana pasukan JDT muncul pasukan pertama dari Malaysia yang muncul sebagai Juara dan juga merupakan pasukan pertama dari kalangan negara-negara Asia Tenggara yang muncul sebgai Juara...  Satu pencapaian yang sanggat membanggakan kita semua... Untuk pengetahuan juga ini adalah kali pertama pasukan JDT masuk bertanding untuk merebut piala AFC, dan terus muncul sebgaai juara! Dapat masuk peringkat akhir pun dah merupakan satu pencapaian yang terbaik, apatah lagi bila muncul sebagai juara sekaligus melakar sejarah baru buat pasukan JDT. Sejarah manis yang membanggakan kita semua...

                 Tahniah JDT..!!! Semoga terus melakar sejarah manis yang membanggakan selepas ini...  Syabas! Semoga terus berjaya dalam arena bola sepak antrabangsa...


Berikut list pemenang-pemenang piala AFC yang lalu:

2004 : Al-Jaish (Syria)
2005 : Al-Faisaly (Jordan)

2006 : Al-Faisaly (Jordan)
2007 : Shabab Al-Ordon (Jordan)
2008 : Al-Muharraq (Qatar)
2009 : Al-Kuwait (Kuwait)
2010 : Al- Ittihad (Syria)
2011 : FC Nasaf (Uzbekistan)
2012 : Al-Kuwait (Kuwait)
2013 : Al-Kuwait (Kuwait)
2014 : Al-Qadsia (Kuwait)
2015 : JDT (Johor, Malaysia) (^___^)


Meh kita cuci mata tengok gambar-gambar yang dirakamkan di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan :

JDT (1) - Istiqlol FC (0)


Bergambar sebelum perlawanan...


Kami dah muncul sebagai Juara...!

D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor turut sudi mencemar duli meraikan kemenangan pasukan JDT...


Wajah-wajah kegembiraan selepas muncul sebagai juara!



 Jurulatih JDT MArio Gomez... Tahniah...!


Ini lah dia penjaring gol kemenangan dalam perlawanan malam tadi
Gol yang dijaringkan pada minit yang ke 23 oleh Leandro Velaquez...
Tahniah!


    Kapten pasukan JDT turut dinobatkan sebagai pemain paling 
bernilai pada kejohanan piala AFC malam tadi. Tahniah!

Luaskan Kuasamu Johor

Sumber Gambar: FB Johor Southern Tigers https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/

Harinie di umumkan cuti peristiwa untuk negeri JOHOR. Sebab cuti harinie bolehlah taip blog nie... Kalau tak hari nie hari kerja...Hehehe... :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...