Kadangkala bila kita dikurnia kesihatan yang sempurna, tubuh badan yang segar, akal yang cerdas..
Kita kurang menjaganya...
Kita cemarinya...
Kita tidak ambil berat dengan kesihatan kita...
Ada diantara kita yang kurang bersenam atau sama sekali langsung malas mahu bersenam...
Ada diantara kita yang tidak menjaga pemakanan, malah bedal saja apa yang kita rasa sedap di tekak kita...
Ada diantara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya hingga memaksa tubuh badan sendiri untuk berkerja 24 jam sehari tanpa henti..
Malah da diantara kita yang bersenang-senang menghisap rokok, meminum arak dan mengambil dadah...
Tidakkah kita sedar yang ini semua boleh mengakibatkan masaalah kepada kesihatan kita? Bila kita yang tidak sihat, kita mudah-mudah salahkan takdir dan terus persoalkan aturan Tuhan? Soalnya, adakah kita adil pada diri kita sendiri ? Adakah kita menjaga nikmat kesihatan yang telah dikurnia kepada kita ini ???
Ingat kita kena jaga pemakanan kita, kena kawal pemakanan kita dan bukannya makan ikut nafsu...Makanlah secara bersederhana... Sesuatu yang sedap dimakan / diminum , tak semestinya bagus di makan / di minum banyak-banyak... Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan serta ulam-ulaman... Kurangkan makanan berlemak, berminyak, terlalu manis atau terlalu masin... Kerana jika kita tidak menjaga makan dari waktu muda nanti kelak pabila usia meningkat pelbagai penyakit pula melekat...Pada ketika itu bayak yang kita suka makan (makan dengan banyak) ketika ini sudah tidak boleh dimakan lagi...Macam-macam pula kena pantang...Waktu itu, janganlah kita salah kan takdir semata-mata... Kerana semuanya bermuala dari kita juga, yang kurang peka dan kurang jaga pemakanan / minuman untuk kesihatan diri...
Jika kita ini sibuk dengan urusan kerja, business dan keluarga kita tetap kena luangkan masa untuk rehatkan tubuh dan minda kita sebentar... Ingat kita bukan Robot...Tubuh kita perlu rehat..Malah Robot juga boleh rosak... Jadi manusia juga boleh sakit... Sekali sekala pergilah beriadah atau bersiar-siar,bersenam di gym atau berjogging, bershopping atau bercuti ke mana-mana tempat yang kita suka atau teringin sangat nak pergi... Rehat-rehatkan lah tubuh kita dengan pergi membuat rawatan di spa sebagai contoh... Sekali sekala badan kita perlukan rehat dan dimanja-manja... Kita perlu bertenang, dan untuk itu kita perlu situasi yang tenang untuk rehatkan minda sebentar jauh dari stress mahupun masaalah yang kita sedang hadapi...
Jika kita sayangkan diri kita jauhkanlah diri kita dari aktiviti yang boleh mencemarkan kesihatan kita macam merokok dan jauhkan lah diri kita dari terkena asap rokok oleh orang yang merokok.... Jika kita sayangkan diri kita janganlah mengambil dadah atau memnium arak, ia hanyalah hiburan dunia semata yang boleh membawa kemusnahan kepada kesihatan diri dan meruntuhkan sahsiah diri dan keluarga secara keseluruhannya... Ketiga-tiga aktiviti ini teralau banyak kemudaratannya jika hendak dihuraikan semua... Kebaikannya pula langsung tiada.... Oleh itu jauhkan lah diri kita dari aktiviti yang tidak sihat dan sia-sia seperti ini...
Bagi kita-kita yang masih sihat, jagalah kesihatan kita baik-baik... Itulah tanda kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikunia Illahi kepada kita... Dan buat anda yang sednag tidak sihat, jangan berasa terlambat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan... Ingat tidak ada penyakit divdunia ini yang tiada ubatnya, kecuali mati.. Oleh itu jangan putus asa... Selamat Malam... :)
p/s: Entry ini ditulis oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Maaf jika ada apa-apa kekurangan....Mendapat ilham menaip tentang ini, apabila saya baru saja sembuh dari demam...Ya..saya akui saya ini kurang bersenam, dan suka makan makanan manis-manis (malah sangat suka!) Saya akan cuba mengubah tabiat tidak elok (kuat makan makanan manis)...Semoga Saya berjaya mengubahnya..
Kredit Gambar: Google Image...