Cita-Cita...
Setiap orang pasti ada cita-citanya yang tersendiri...
Cita-cita awak dan saya mungkin sama dan mungkin juga berbeza...
Ada orang yang nasibnya baik, mudah sahaja dia mencapai cita-citanya...
Ada orang yang sebaliknya (tapi bukan malang), jadi dia kena berkerja lebih gigih untuk capai cita-citanya itu. Banyak rintangan dan halangan yang perlu dia hadapi seblum beroleh apa yang dia hajati..
Maka bagi sesetengah orang mereka berkata "Maka beruntunglah orang yang lahirnya sudah kaya dan sudah punya gelaran jadi dengan mudah sahaja masa depannya pasti lebih mudah untuk bersinar..." Benarkah hidup ini sezalim itu? Tidak, Jawapannya tidak sama sekali. Hidup kita, kitalah yang corakkannya...Samada kita mahu ia diwarnai dengan warna yang kelam dan kusam atau diwarnai dengan warna yang cerah dan bersinar... Jadi jangan pernah salahkan takdir yang pernah tertulis untuk kita, bila kita tak dapat apa yang kita hajati andai sahaja kita sendiri pun tak pernah mensyukuri apa yang telah kita perolehi selama hidup di bumi.
Orang yang lahirnya sudah kaya dan punya gelaran pun belum tentu dia boleh punya masa depan yang cerah, andai saja dia itu tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada dan tamak haloba dengan harta dunia semata-mata dan malas berusaha serta tidak bercita-cita. Bayangkan saja seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga hartawan yang punya banyak syarikat tapi malas dan enggan mencari ilmu, tak tahu bidang perniagaan, tak tahu selok belok perniagaan, malas juga bekerja dan segala kerjanya dan urusan perniagaannya diharapkan pada pekerja-pekerjanya dan dia itu mempunyai perangai yang sangat ego dan berlagak walhal dia itu "zero" dalam bidang perniagaan dan kerjayanya apakah akan jadi seterusnya? Pasti saja bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anak yang mewarisi harta itu jatuh muflis dek kerana perangainya yang bodoh sombong dan malas berusaha itu. Harta walau setinggi gunung Everest pun, kalau tidak dijaga dengan betul dan asyik ditarah saja lama-lama semakin menyusut jugak.
Orang yang lahirnya miskin dan menderita tak semestinya dia tidak akan menjadi individu yang berjaya. Jika dia rajin berusaha dan mencari peluang serta rajin juga berdoa dan bersolat serta tidak mudah putus asa dalam mencapai cita-citanya, rajin pila menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat maka satu hari nanti pasti dia akan menjadi insan yang berjaya. Percayalah kejayaan yang kamu perolehi hasil usaha sendiri selepas menempuh pelbagai cabran hidup yang berliku itu lebih manis dan besar ertinya, berbanding jika kejayaan yang hanya ditumpang atas keringat dan usaha orang lain.
Setiap dari kita pasti punya kelebihan yang tersendiri. Jadi berbekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang kita ada itu ditambah pula dengan minat sebagi dorongan, maka jadikanlah impian kita itu satu kenyataan. Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu sebaik-baiknya. Misalnya kamu pandai memasak dan minat memasak dan belajar memasak, maka ikutlah cita-cita kamu itu untuk mula membuat tempahan katering kecil-kecilan, kemudian apabila telah menapak hasil bolehlah kembangkan perniagaan itu pula. Contoh lain, jika kamu minat melukis dan punya bakat lukisan yang hebat. Apa kata kamu ketengahkan bakat kamu itu, dan mula menjual karya kamu selain dapat memanfaatkan hobi masa lapang, jadi juga hobi itu sebagai mata pencarian tambahan.
Jadinya, kita kena tahu kelebihan / keistimewaan diri kita terlebih dahulu, kemudian minat kita. Kemudian barulah pasang azam dan cita-cita. Kalau hendak berjaya kena ingat dan amalkan kata kunci ini :
CUDT ( C = Cita-cita, U = Usaha, D = Doa, T= Tawakal)
Dalam mencapai cita-cita juga tidak ada istilah mustahil dan tidak ada istilah terlambat. Jangan malu untuk berusaha atau menimba ilmu. Tidak ada istilah terlalu senja (terlalu tua) untuk mencari ilmu atau berjaya. Jadi, dalam hidup ini kita kena tahu apa yang kita inginkan dan apa matlamat hidup kita. Seterusnya usahakanlah dan rebutlah peluang yang terbentang luas dalam mencapai matlamat. Andai kita ini diejek kerana cita-cita kita dikatakan mustahil untuk dicapai, maka janganlah menangis atau putus harapan. Sebaliknya kamu harus buktikan kepada manusia-manusia yang mengejek kamu itu yang kamu jufga akan menjadi orang yang berjaya malah lebih berjaya dari mereka yang mengejek kamu itu. Setiap kali kita dikritik atau idea kita ditolak janganlah mudah "sentap", merajuk atau simpan dendam. Sebaliknya, jadikan kritikan dan penolakan itu sebagai satu titik tolak untuk kita mencari idea yang lebih baik dari itu dan berusaha lebh gigih lagi dalam mencapai apa yang kita inginkan.
Dan jangan pernah lupa yang kita sentiasa ada Allah swt, maka berdoalah apa sahaja yang dihajati. Jangan sombong untuk berdoa dan jangan pernah lupa Tuhan apabila sudah berjaya dan jangan sesekali salahkan Tuhan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita ingikan.. Kerana sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim terhadap kita, malah kita sendiri yang mezalimi diri kita sendiri.
Akhir kata, Semoga kita semua beroleh segala cita-cita yang kita hajati... (^__^)
Saya sendiri pun masih lagi mencuba dan tersu mencuba untuk mencapai cita-cita..
Doakan saya juga berjaya ye.. :)
kalau kamu nak tahu terhasilnya entry ini pun dari mimpi, saya baru terjaga dari tidur sebentar tadi dan terus menaip entry ini...Jadi tak ada mimpi yang tak boleh jadi kenyataan.. (^__^)
Hai semua....
Apa khabar...???
Saya harap semua pembaca blog ini sihat sentiasa... (^___^)
Maaf lah ye dah sebulan lebih tak update blog nie....
Bukan menghilang ke mana pun, cuma sedang mencari idea dan bermasaalah sedikit dengan line internet...
Segala tulisan artikel ini adalah olahan idea saya sendiri selaku penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang kekhilfan atau kekurangan harap dimaafi.
Kredit gambar: google image