Hidup ini biar saling sayang menyayangi...
Harus lah ada rasa saling hormat-menghormati...
Perlu lah ada rasa tolak ansur...
Juga mestilah kena ada rasa timbang rasa...
Sifat tolong-menolong perlu sentiasa ada...
Apabila melihat insan lain yang "lemah" dalam sesuatu perkara itu, haruslah kita yang dikurnia "kelebihan" itu datang untuk membantu insan itu...
Jangan lah kita tengok sahaja sekadar menjadi pemerhati sahaja...
Tolong lah apa yang kita terdaya untuk tolong, bantulah dengan hati yang ikhlas dan bukan dengan niat tersembunyi atau minta dipuji-puji...
Hatta yang sedang dilanda beban itu bukanlah individu yang kita kenal, atau seseorang yang tak rapat dengan kita, atau orang yang selalau buat kita rasa marah/ sakit hati sekalipun kita patut tolong dia...Janganlah memilih-milih dalam memberi pertolongan.Pertolongan bukan bererti dalam bentuk wang atau kebendaan semata-mata, ada pelbagai cara kita boleh membatu..Contoh dari segi tenaga, ilmu atau kepakaran kita dalam sesuatu bidang...Itu semua boleh dikongsi untuk kegunaan bersama...Nasihat dan kata-kata semangat serta motivasi juga boleh membantu insan ynga dilanda masaalah...Malah ianya sangat berguna buat insan yang sedang patah semangat dan hampir berputus asa
Jadilah manusia yang boleh bertolak ansur, dan punya rasa empati di hati...Sekiranya hari ini kita membantu insan lain, di lain masa apabila kita susah pasti ada insan-insan yang akan menolong kita... Sekiranya hari ini kita menjadi manusia yang suka memusuhi dan suka berprasangka buruk dan berfikiran negatif dan enngan memberi kan sebarang pertolongan, kedekut dalam memberi ilmu. Maka lambat atau cepat, jika kita dilanda kesusahan pasti sukar orang mahu membantu kita..
Kita hidup nie sama-sama berkongsi dalam planet bumi nie. Makanya, tak salah untuk kita saling bertolak ansur walaupun dengan individu yang kita tak pernah kenal sekalipun. Contohnya jika kita sedang memandu, dan ada kenderaan lain ingin masuk lorong kita, apa salahnya kita beri sahaja laluan dan jangalah berkira sangat...Bayangkan di lain masa apabila kita mengalami situasi yang sama dan terserempak dengan kereta yang sama yang kita enggan bertolak ansur itu, pasti dia juga buat perkara sama kepada kita... Contoh lain jika kita sedang masuk ke sesuatu premis dan mebuka pintu dan ternampak ada orang di belakang kita atau bertentang dengan kita yang mahu menggunakan pintu itu apa salahnya kita buka pintu itu beri individu itu laluan terlebih dahulu daripada kita hempas pintu sekuat hati seperti ingin menghantuk kepala orang sahaja.
Sekiranya kita ini pemandu kereta, apa salahnya kita beri laluan terlebih dahulu kepada pejalan kaki dan bukannya berdesuppp memandu laju tanpa padang kanan kiri. Sekiranya kita sedang berada didalam kenderaan awam seperti bas atau LRT (kereta api komuter) dan waktu itu kita terlihat ibu hamil, orang yang lebih berusia atau orang yang kurang upaya, apa salahnya jika kita bangun dari tempat duduk dan berikan tempat duduk kita kepada mereka? Sekiranya kita ini dikurniakan kepandaian dalam sesuatu matapelajaran, apa salahnya kita kongsi ilmu itu pada rakan-rakan kita yang kurang memahami subjek itu. Tubuhkan study group, jadi kita semua boleh sama-sama berkongsi ilmu. Ingat, jangan kedekut berkongsi ilmu, malahkan sebarkan-sebarkan lah ilmu yang bermanfaat kepada orang lain agar manfaatnya dapat dirasai bersama.
Untuk berbuat baik, dan berbudi bahasa tak perlu rasanya mengira pangkat, darjat, bangsa, keturunan, warna kulit, warna rambut atau agama... Berbuat baiklah kepada semua, tak kiralah sesama kita manusia, atau kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam sekitar.. Sedarlah akan satu hal, kita ini duduk di bumi, dan kita semua saling perlu memerlukan. Tidak ada satu manusia biasa di bumi ini yang boleh hidup tanpa perlu hidupan-hidupan lain dibumi...
Jadi sebelum kita rasa baru bermula hendak lancarkan perang adalah lebih baik kita bersahabat / bersaudara... Lihat lah di beberapa negara yang kacau bilau, denga isu perang tanpa henti banyak nyawa yang terkorban dan bayak kemusnahan harta benda yang berlaku..Adakah kita mahu lihat perkara itu terjadi..? Jadi marilah kita menjadi individu yang bertolak ansur! (^___^)
#SpreadLoveNotWar
P/s: Entry ini adalah luahan idea sepenuhnya saya selaku penulis blog ini. Tercetusnya idea untuk menulis tentang ini selepas melihat video tentang bertolak ansur ini: