Translate

Sunday, January 3, 2010

Impian, Cita-cita & Harapan 2010

Rasanya semua diantara kita pasti akan bertanya atau akan berbicara mengenai perkara ini apabila menjelang tahun baru. Macam-macam yang pasti kita impikan. Tapi pernah tak kita terfikir



“Tak semua yang kita nak kita mesti dapat dan tak semua yang kita dapat dalam jangka masa yang singkat, kadang-kala apa yang kita tak dapat pasti ada hikmahnya dan lambat laun kita pasti akan mengakuinya.”



“Apa yang perlu kita lakukan ialah CUD-(cita-cita, usaha dan Doa)”



                                                              = C=







Cita-cita,azam, impian& harapan. Kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup ini,



                               Kita juga perlu mencatitnya sekurang-kurangnya didalam sekeping kertas yang mungkin nampak usang tak berharga pada pandangan mata,tapi…tak mengapa kerana sekurang-kurangnya kita tidak akan lupa apa yang kita cita-citakan pada keesokan harinya dan pada hari-hari yang yang akan mendatang.



               Mahal atau murah, cantik atau buruk, baru atau lama kertas tersebut tak membawa apa-apa makna. Tapi yang lebih penting adalah isi yang terdapat didalam selembar helaian kertas tersebut. Rasanya tak akan boleh di beli dimana-mana kedai sekalipun. Kerana…kertas tersebutlah yang akan menjadi pemangkin diri kita untuk terus berusaha.



                         Kenapa saya berkata begitu? Kerana apabila kita dah tahu apa yang kita nak,apa potensi & keunikan diri kita, atur strategi yang betul, tepat lagi bijaksana barulah kita akan berusaha, dan usaha kita pasti akan berhasil akhirnya.... Bertul tak? Jadi, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah membuat perancangan yang betul, sesuai dengan diri kita dan betul-betul tersusun. Agar hidup kita tak berserabut dan lintang pukang. Apa tunggu lagi mulakannya sekarang…

                                                                       =U=



Usaha. Selepas kita senaraikan apa yang kita nak, tahu kelebihan kekuatan, keunikan dan kelemahan diri kita serta rancang strategi yang tepat untuk capai apa yang kita nak, barulah kita mulakan dengan berusaha. Kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita nak, kejayaan takkan dating bergolek tanpa usaha yang gigih dan jitu serta beterusan.



                 Nak capai apa yang kita impikan dan cita-citakan tak semudah seperti filem Harry Potter yang hanya menggunakan tongat ajaib, atau doraemon yang ada pelbagai benda ajaib di koceknya.



               Sebut pasal usahan ni kita mestilah mencotohi labah-labah. Kerana labah-labah tak pernah berhenti berusaha dan mengenal erti jemu untuk menyiapkan saranganya walaupun berkali-kali dimusnahkan. Macam tu jugalah dalam kehidupan, walaupun bermacam-macam dugaan,cabaran & rintangan, yang kadang kala membuat kita rasa malas untuk terus kan perjuangan atau patah semangat,yang kadang kala membuatkan kita rasa “sangat Jatuh” selepas banyak cabaran ditempuhi tapi masih GAGAL LAGI. Kita perlulah teruskan usaha walau apa pun yang terjadi.



              Hidup ini satu perjuangan. Jadi selagi kamu bernafas, selagi nadi jantung mu masih terus berdenyut & selagi darah masih mengalir ditubuhmu bermakna kalian masih bernyawa. Justeru jika masih bernyawa…mengapa perlu kalian tunduk,kalah,mati semangat & usaha untuk terus kan perjuangan untuk hidup dan meruskan cita-cita.



          Kenapa perlu bunuh diri dek kerana gagal atau kecewa? Tak sayang ke nyawa? Esokkan masih ada. Mungkin kali ini anda gagal tapi esok dan hari mendatang kita tak tahu lagi kan? Jadi kenapa perlu mengalah? Percayalah jika kalian terus berusaha pasti kejayaan milik kamu.



             Apa-apapun kamu perlulah cekalkan dantabah kan hati, jiwa dan raga dalam mengharungi hidup ini. Ingat! Gunakan Akal yang waras lagi bijaksana untuk berfikir sebelum membuat keputusan & bertindak. Gunakan mata minda & mata hati yang lembut dan tulus ikhlas lagi suci bersih untuk melihat bukan hanya menggunakan pancaendera penglihatan mata sahaja semata-mata. Jika tidak kamu pasti akan kesal seuumur hidup.

                                                                  =D=



                       Doa. Selain dari meletakkan matlamat dan berusaha kita juga perlulah sentiasa berdoa. Dan sebagai seorang yang beragama Islam kita percaya bahawa Allah S. W.T sentiasa ada bersama kita, sentiasa ingat dana sayang pada hambanya. Walaupun kadang kala ada antara kita yang “Terlupa, Lalai dan Leka” kepada Yang Maha Kuasa demi mengejar apa yang kita impikan.



                               Ingatlah pada pepatah ini “Usaha tanpa Doa bererti Sombong dan Doa tanpa usaha bererti malas". Kenapa kita wajib berdoa? Kerana segala rezki, jodoh, ajal dan sebagainya Allah S.W.T yang tentukan. Walaupun kita kata kita boleh dapat apa yang kita nak walaupun kita tak berdoa, tapi kejayaan itu kurang keberkatannya untuk kehidupan kita di akhirat kelak. Dalam apa jua keadaan (senang atau susah) jangan kita lupa untuk Solat dan Berdoa serta melakukan pelbagai ibadah kepadanya serta bersedekah agar kehidupan kita berkat dan sebagai tanda rasa syukur Kepada Nya yang masih memberi ruang kita hidup dimuka bumi ini dan sebagai tanda ksih kita kepada Agama kita.



                 Jangan Sombong bila dah berjaya, tolehlah sedikit kebelakang pada yang kurang bernasib baik dan perlukan pertolongan. Ingatlah kita terpilih menjadi orang yang berjaya, tapi masih ada insan yang sengsara dan merana kemiskinan dan kelaparan di luar sana. Jadi sama-samalah kita membantu mereka yang kurang berkemampuan. Apa-apapun sebagai umat Islam, kalau kita nak buat keputusan, “Tepuk dada tanya Iman dan bukan tepuk dada tanya Selera”.



                           Jangan Sesekali lupa kepada Allah S.W.T. walaupun pabila kita telah berjaya. JANGAN MALU UNTUK SEGERA BETAUBAT tapi kamu perlu MALU JIKA TIDAK PERNAH BERTAUBAT. Kenapa ? kerana Allah S.W.T Sangat Pengampun, Pengasih, Penyayang dan Pemurah. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dari melakukan kesilan dan dosa. Jadi segeralah berubah demi kebaikan diri sendiri,keluarga, agama dan bangsa. Ingatlah,Allah S.W.T tak pernah kejam pada hambanya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri. Apabila Dia menguji kita, itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadanya dan pasti ada hikmah disebaliknya.
 
 
P.S:- Semua ayat-ayat ini adalah diinsipirasikan, diilhamkan dan dihasilkan oleh diri saya sendiri. Saya mendapat ilhamnya pada malam tadi sewaktu sedang menonton filem kegemaran iaitu Harry Potter di 8tv. Saya tujukan semua ini untuk diri sendiri, rakan taulan,keluarga,serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Jugas untuk teman-teman blogger atau sesiapa juga yang sudi meluangkan masa membaca entry saya ini...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...