Translate

Sunday, July 31, 2011

Duit, Duit dan Duit.......


Duit, sangat penting dalam kehidupan seharian kita...
"Duit bukanlah segala- galanya, tetapi boleh dikatakan segalanya memerlukan duit.."
Kenapa saya berkata begini..?
Kerana duit bukanlah kayu pengukur kepada sebuah nilai persahabat, kekeluargaan,  kegembiraan dan kebahagian...
Ada juga individu yang hidup mewah tetapi tidak bahagia dan gembira , di situasi seblaiknya individu yang hidup serba sederhana lebih bahaigia dan gembira..
Tapi duit juga sangat di perlukan dalam kehidupan, untuk makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pelajaran dan macam-macam lagi..
Semuanya memerlukan duit..
Begitu pentingnya duit dalam kehidupan kita...
Apa yang perlu adalah jangan sampai duit menguasai diri hingga kita menjadi individu bermata duitan, hingga sanggup menghalalkan segala cara untuk mendapatkan duit..
Jangan kerana untuk mendapatkan duit kita sanggup melakukan perkerjaan yang tidak halal dan tidak bermoral...
Keberkatan dalam mencari sumber rezeki itu penting...
Biarlah pekerjaan kita itu biasa-biasa  sahaja, iaitu tidak standard dan tidak dipandang tinggi asalakan sumber pendapatan kita halal...
Janagan pekerjaan kita standard dan di kagumi tapi penuh dengan unsur-unsur yang tidak halal seperti rasuah dan sebagainya...
Perlu di ingat sumber pendapatan kita itu adalh untuk menampung keperluan  diri sendiri, ibu/bapa, adik-beradik, isteri / isteri-isteri dan anak-anak...
Jadi jika kita memebrikan wang yang tidak halal untuk mereka makan minum, keperluan untuk pelajaran serta untuk perbelanjaan...Maka dengan itu apa yan akan terjadi kepada keluarga kita itu..?
Apa akan terjadi jika kita meninggalkan berbilion harta buat diwarisi hingga tujuh keturunan tapi sumber alasnya adalah haram..?  
Dan apa pula nasib kita disana(akhirat) apabila kita memberi warisan harta yang tidak halal buat anak,cucu dan cicit kita...?
Tetapi nampaknya manusia hari ini seakan sudah tidak ambil peduli mengenai isu ini..
Masing-masing berlumba-lumba untuk menajdi mewah di dunia tapi sayang jika hanya mewah di sini tapi muflis di alam yang lebih abadi itu nanti...
Ingatlah dunia ini hanya sementara, jika kita tidak jujur apabila menjalankan perniagaan dengan menipu sana sini, rasuah sana sini, maka dengan itu di mananakah keberkatan yang kita cari..?

p/s:- Entry ini adalah pandangan peribadi penulis blog ini mengenai isu ini...
Gambar adlah diperolehi daripada Google image...




Friday, July 29, 2011

Bola Sepak Vs Birthday.....




28.7.2011

Hari itu adalah hari istimewa buat diri saya, saya harapkan hadiah dari pasukan Malaysia agar dapat menewaskan singapura..
Tapi nyata kita gagal...
Tak mengapa saya masih sokong Malaysia...
Hampa + Kecewa memang bersatu padu...
Lepas jer solat Isyak terus lekat kat depan Tv...
Pelik dan heran bila anak-anak singa asyik jatuh jer kat padang tue...
Apa kes??
Kurang stamina ker...?asyik sakit jer....?
Dah gitue kenapa tak bawak jer jumpa Dr...(=_____=)
Separuh masa pertama tue macam tengok drama tv pun ada...
Itulah strategi mereka untuk menang, iaitu dengan melengah-lengahkan masa perlawanan...
Nak bukti?
Haa..cuba tengok sendiri ulangan sesi perlawan tue..dan nilailah sendiri ye....
Separuh masa kedua, Malaysia dapat jaringkan satu gol dan kemudian Singapura mengikat kita dengan kedudukan 1-1...
Sampailah perlawanan tamat kedudukan tue kekal macam tue jer....
Seri..
 Malaysia tak kalah pada perlawanan 28.7.2011...
Cuma yang membuatkan kita kalah adalah apabila kita terketinggalan 2 gol pada sesi perlawan pusingan pertama yang berlangsung di kota singa...
Tahniah lah buat pasukan Singa sebab berjaya atur startegi yang sangat bijak..
Tapi pemain import mereka tue harus di puji, sebab dia tu masih handal walaupun lebih berusia berbanding pemain mereka yang jauh lebih muda...
Tahniah Singapura sebab berjaya ke sesi seterusnya..
Tapi adakah skuad mereka akan berjaya hingga ke peringkat Final Piala Dunia...??
Mari kita tunggu dan lihat...
Nak tahu tak, masa perlawan berlangsung saya menonton di Channel 5(Cahnnel tv singapore)..
Apa komen mereka..?
Semalam masa Safee Sali jaringkan gol, mereka sebut "Super Safee Sali"...
See...Mereka puji pemain kita...!
Dari sesi pertama perlawanan lagi diaorang asyik sebut-sebut nama Safee Sali...
Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat...
Buat semua pasukan Malaysia jangan ptus asa ye....
Masih banyak lagi masa...
Asah skill, taktik dan teknik perlawan...
Perbaiki apa yang perlu dan sangat perlu di perbaiki..
Kita cuma kurang bernasib baik...
Tapi itu tak bermaksud kita gagal buat selamanya...
Usaha tangga kejaayaan...(^____^)
Peminat bola sepak Malaysia pulak, teruskan lah sokongan kita kepada pasukan kebangsaan kita nie ye...
Doakan supaya kita berjaya di masa akan datang..
Jangan gaduh-gaduh dengan penyokong pasukan lawan, kerana tak lama lagi kita dah nak puasa..
Lagi pun, menang kalah itu adat pertandingan...
Jangan kerana pasukan kita kalah, maka kita perlu keluaran kata-kata keji, hina-menghina anatara satu sama lain.....
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar pasukan kita berjaya, itu adalh lebih baik daripada kita bertengkar dan bermasam muka...


Mungkin perjalanan pasukan bola sepak negara kita nie penuh berliku dan cabaran..
Tapi tak mengapa..
Pasti satu masa kemuncak kejayaan itu akan kita tawan akhirnya dengan keazaman dan kesungguhan...
Harsu perbaiki segala kelemahan , barulah berjaya di masa hadapan...




Sebenarnya masa perlawanan tue berlangsung saya sepatutnya potong Birthday kek yang mak beli kan, tapi tunda sampai perlawanan masuk separuh masa kedua...
Masa  nak makan kek dan nasi ayam yang mak masak pun dah macam hilang selera jer...
Kecewa punya pasal, langsung taknak ambil gambar..Cuma ambil gambar kek dan nasi ayam jer...
Sorry mak,kalau saya buat mak kecik hati....
Saya minta ampun dan maaf...
Saya sayang mak, terima kasih sebab buatkan surprise untuk saya..(^____^)



P/s:-Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat pemilik blog ini. Gambar adlah di perolehi daripada google image..
Nota:- Sorry lambat pos entry nie...

Thursday, July 28, 2011

Puisi:-Harimau Malaya Tetap Di hati...


Di padang itu nanti menjadi saksi...
Jutaan mata melihat dan memerhati...
Harapan dan impaian tersemat di hati..
Agar beroleh kejaayaan pada hari ini....
Jadilah kamu harimau pujaan hati...
Buktikanlah ketajaman taring mu pada lawan mu di sini...
Buktikanlah ketangkasan dan kehebatan kamu nanti..
Jangan kamu toleh kebelakang lagi....
Usah terlalu di fikiran kritikan pedas membakar hati..
Tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangatmu nanti...
Usah di ulangi kesilapan dna kealpaan lalu..
Ubahlah strategi mana yang perlu..
Dengan semanagat dan keazaman yang jitu...
Pasti kejaayaan itu milikmu..
Jika kamu benar Harimau Malaya pasti kamu tak merasa gerun dan gentar..
Kerana harimau itu rasminya bersifat berani dan berazam tinggi..
Buktikan kepada pengkritik itu nanti..
Bahawa cita-cita mu bukanlah mimpi...
Jangan pernah toleh kebelakang atau berundur diri..
Majulah kedepan dengan semangat yang membara di hati..
Doa aku dan semua di sini..
Agar kejayaan itu buat kamu si Harimau yang berani..!




P/s:-Puisi ini adalah hasil ciptaan dicipta sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. hak cipta terpelihara...

Nota:- Puisi ini saya tujukan khas buat skuad bola sepak Malaysia..Semoga kejayaan milik kita..

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday 3# :- Lukisan Dari Hati....♥




P/s: Ini adalah lukisan mak saya, tolong jangan bagitahu kat dia yang saya letak lukisannya kat blog saya nie..
Hari nie dia ada sesi rawatan dengan Dr, tolong doakan semoga semuanya baik-baik sahaja ye...

Sunday, July 24, 2011

Warna Melambangkan Jantina???


Pink = Perempuan...
Biru = Lelaki...

Ada yang memberi pandangan bahawa pemilihan warna sangat penting terutama bagi pemilihan warna pakaian oleh perempuan ataupun lelaki...
Perempuan di katakan lebih nampak cute, ayu , comel dan lebih sesuai dnegan warna pink..
Sebab warna pink tue sendiri dah melambangkan sifat-sifat kelembutan seorang wanita yang memang peka lagi sensitif naluri dan perasaannya
Selain warna pink, warna-warna yang lembut juga melambangkan ciri-ciri kewanitaan..
Lelaki pula dikatakn lebih sesuai memilih warna biru supaya nampak lebih macho, tampan, segak, maskulin dan sebagainya...
Oh ya, kebanyakkan lelaki juga sangat meminati warna hijau..
.
.
Contoh terdekat apabila seseoarng itu baru sahaja di kurniakan cahaya mata, maka pemilihan warna pakaian dikatan perlulah bersesuain dengan jantina bayi mereka...
Katanya agar tidak kelihatan janggal..
Baby boy- Baju dan semua mainan kalau boleh biarlah warna biru atau warna-warna yang melambangkan sifat maskuliniti (betul ke ayat nie...? )

Baby Girl- Baju + aksesori dan semua mainan mesti kalau boleh nak colour pink..
Pilih yang cute-cute, biar nampak macam ala-ala Princess..
.
.
.
Pendapat saya..
Kenapa perlu berfikiran begini..?
Salahkah jika seorang lelaki meminati warna pink?
Salahkah jika lelaki obses kepada barang-barang yang cute-cute stuff yang bertemakan dari colour pink..?
Adakah ia sesuatu yang pelik apabila melihat lelaki berbaju pink..?
Adakah sesuatu yang janggal apabila baby girl di sarungkan baju berwarna biru...?
Adakah dengan tidak meminati warna pink maka gadis itu tidak kelihatan cute dan tidak bersifat kewanitaan...?
Pada pandangan saya, kita tak perlu prejudis dalam pemilihan warna..
Setiap individu berhak memilih warna kegemaran mereka..
Tak salah lelaki meminati dan memakai pakaian berwarna pink dan tak salah perempuan meminati warna biru..
~Saya juga sangat minat warna biru, dan TAK MINAT warna pink...tapi saya suka melihat orang lain memakai warna pink..Oh ya, saya juga suka lihat lelaki memakai baju berwarna pink, sebab nampak cute! (^___^)~
~Mesti kamu semua tertanya-tanya , kenapa saya tak minat warna pink tetapi tulisan kat blog nie warna pink..?
Sebabnya ialah, jika saya menggunakan warna kegemaran saya iaitu warna biru ,purple atau merah maka ia past lebih meyakitkan mata...jika gunakan warna putih atau hitam (putih dan hitam nie warna kegemaran saya jugak..sangat-sangat minat ok!) pasti ia nampak terlalu skema..cukuplah hanya penulisan saya sahaja yang skema...(kerana sememangnya, saya memang budak skema...huhuhu..)

Apabila Perempuan Minat Bola...



Salah ke perempuan minat bola??
~Tak Salah~
~Sebab masing-masing punya hak untuk meminat sesuatu jenis sukan tue dan bola sepak nie peminat nya tak mengira jantina~
Kerap kali kita dengar apabila seseorang perempuan mengatakan yang dia meminati bola sepak kemudian pasukan kegemarannya adalah gergasi Eropah seperti Arsenal, Liverpool, Chelsea, Barcalona, REAL MADRID, MANCHESTER UNITED dan lain- lain....
Maka tentunya perkataan seperti ini akan keluar:-
"Alah... tue minat bola ker, minat football player yang handsome..."

Erm...tak di nafikan lah apa yang dicakapnya nya tue mungkin ada kebenarannya jugak..hehehehe...
Tapi, pendapat saya kalau seseorang pemain bola sepak tue harap handsome jer atpi skill permainan tue takde , main bola kat padang macam nak tak nak jer  dan tendang bola nampak macam lemah gemalai sangat...
Rasanya ade ker orang nak minat...???
Pendapat saya secara peribadi, saya meminati dua gergasi Eropah Manchester United dan Real Madrid bukan kerana di dalam pasukan itu terdapat pemain-pemain bintang yang berwajah kacak semata-mata..
Tapi skill perlawanan tue penting...
Contoh macam  Wayne Rooney dia punya skill yang tersendiri yang hebat...
Christiano Ronaldo misalnya, walaupun kehidupannya peribadi penuh dengan kontroversi yang tak habis-habis, aweks keliling pinggang...tapi skill permainan bola nya sangat bagus dan handal..Dia sangat tangkas dan berdidikasi bila di padang bola..Jadi abaikan sahaja sisi negatif pada dirinya yang penting skill di padang...
Lionel Messi juga punyai skill perlawanan yang sangat bagus, hebat dan boleh di kagumi...
David Beckham pun sangat handal di padang dan dia juga dikagumi bukan kerana hanya fashion rambutnya yang menjadi ikutan remaja lelaki, tapi juga kerana ketangkasannya di padang bola..
Wajah yang tampan hanyalah bonus...Tapi jika seseorang pemain itu hanya berwajah menarik tapi mutu dan skill perlawanan tue hampeh pasti dia tidak di minati..
.
.
.

Tahniah buat skuad bola sepak wanita Jepun yang telah menjadi juara kejohanan bola sepak wanita dunia...!
Ha..Siapa kata wanita tak boleh minat bola....?
Contoh dah ada dah nie...Nyata skuad bola sepak wanita jepun lebih dahulu menggondol gelaran juara dunia berbanding skuad bola sepak lelakinya...


P/s:- Ini adalah pendapat peribadi penulis berkaitan topik ini...Gambar adalah diperolehi dari Google Image..

Saturday, July 23, 2011

Harap Skuad Harimau Bangkit Kembali !!!



Agak kecewa malam nie...
Tadi selepas selesai solat maghrib dengan semangat berkobar-kobar saya pun dok mengahdap depan tv...
Nak tengok bola Malaysia Vs Singapore secara live..
Almaklumlah tak dapat tengok dekat stadium...
Walaupun stadium tue nun seberang tambak jer haa...
Tapi kalau takder pasport jangan mimpi lah nak pergi even dekat jer....
Jadi, saya pun tengok jer lah secara live kat Tv...
Sokong pasukan mana...?
Mestilah MALAYSIA..!!
Saya pilih untuk tengok guna Channel 5 (channel tv singapore) sebab nak tahu ape yg dorang dok komen pasal pasukan kita ...
Separuh masa pertama memang kecewa sesangat sebab singapore dapat 4 gol dan malaysia cuma dapat 1 gol jer....
Tapi pada separuh masa kedua pasukan Malaysia bangkit dengan ledakan 2 gol, jadi ia mengikat pasukan negara lawan dengan kedudukan singapore 4 vs Malaysia 3...
Masa nie semangat saya memang dah berkobar-kobar ....
Tapi akhirnya Malaysia tumpas apabila singapore dapat jaringkan gol yang ke 5..
Masa tue jantung saya dah macam nak melompat jer...
Dan sehinggalah wisel penamat di tiupkan kedudukan masih sama iaitu Singapura 5 vs Malaysia 3...
Kecewa...??
Ya sedikit kecewa...
Tapi saya berbangga kerana pasukan negara saya menggunakan 100% pemain asal negara sendiri dan bukannya bercampur dengan PEMAIN IMPORT seperti pasukan lawan kita malam nie...
Buat pasukan Rimau, sila asah kuku dan taring kamu...!!
Saya yakin pasukan kita boleh menang dengan keazaman dan ketekunan yang tinggi serta semangat bekerjasama sesama pemain (memang sangat penting)....
Perbaiki kesilapan pada hari ini agar kita beroleh kejayaan pada masa akan datang..
Buat lah yang terbaik untuk sesi perlawanan pusingan kedua menentang Singapura pada 28 July ini di Stadium Bukit Jalil nanti...
Oh ya, 28 July tue hari istimewa buat saya...Jadi saya harap pasukan Harimau takkan meghampakan saya..
Saya harap Harimau dapat baham Singa....!!

P/s:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini mengenai topik ini. Gambar adalah diperolehi dari Google Image...

Semoga Harimau Berjaya Membaham Singa!


Walaupun pasukan kita telah tewas semasa perlawanan menentang skuad gergasi dari eropah seperti  Arsenal, Liverpool dan Chelsea iaitu:-

Arsenal 6 -Vs- Malaysia 0
Liverpool 6 Vs Malaysia 3
Chelsea 1 Vs Malaysia 0

Tapi saya tetap akan sokong skuad negara saya nie...
Kalah tidak bermakan kita kecundang terus..
Jangan pernah putus asa dan teruskan perjuangan yang belum selesai lagi nie...
Jadikan perlawanan menentang tiga skuad gergasi eropah itu sebagai pengalaman berguna..
 Skuad negara kita boleh dikira bertuah kerana dapat bertemu di padang bersama 3 skuad gergasi eropah ini dalam jarak masa yang sangat dekat...
Saya doakan pasukan negara saya nie akan beroleh kejayaan menentang pasukan Singapura..
Seterusnya dapatlah kranya Harimau Malaya membaham Singa ...
Buat penyokong negara, apa kata malam nie kita semua pakai baju warna kuning tanda sokongan buat pasukan negara kita..
Teruslah sokong pasukan negara kita, itu menandaan semangat pattiotisme kita..
Jangan terlalu mengagungkan jenama luar sampai menganaktirikan ( betul ke ayat nie..?) pasukan negara sendiri...

Sedih Dan Pilu...........


Sepanjang minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan bagi saya..
Hajat di hati memang nak update blog, saya pun dah aturkan dua tiga entry untuk di update...
Tapi memandangkan mood yang agak kelam jadi terpaksa lah di tunda sesi update blog dan blogwalking....
InsyaAllah hari ini  dan esok saya akan blogwalking dan cuba untuk update entry...


Sebenarnya pada ketika ini saya sedang risau akan keadaan kesihatan emak saya...
Emak saya merupakan penghidap Breast Cancer tahap 4, pada pertengahan  tahun lepas dia telah pun selamat di bedah..
Alhamdulilah dia selamat dan masih bernyawa hingga kini...
Kini dia dah pun mengikuti segala proses rawatan iaitu Chemotherapy, Radiotherapy dan Fisioterapy serta macam-macam lagi....
Berulang alik ke hospital untuk buat check-up, ambil ubat dan mengikuti sesi rawatan adalah perkara biasa bagi dia kini...
Mujur emak saya seorang yang tabah, jadi proses rawatan itu cepat sahaja..
Dia kini telah pulih dari Breast Cancer...
Tapi pada hari Isnin (18.7.2011), Dr telah mengesahkan emak saya mengidap kanser hati pula...
Dr berkata yang sel kanser itu telah merebak ke hati...
Semalam (22.7.2011), emak saya buat rawatan lagi...
Dr mengesahkan yang emak saya memang kena buat operation kanser hati dalam kadar segera..
Kata Dr ini penting untuk mengelakkan  risiko yang lebih teruk..
Dr memberi nasihat, jika pembedahan lambat dilakukan maka berkemungkinan besar akan membawa maut..
Tetapi risiko itu tetap ada walaupun pembedahan  itu di segerakan...
Sekarang nie, dah ada dua ketulan sel kanser dekat hati Emak saya..
Sekarang saya sangat risaukan tentang risiko pembedahan hati...
Sebab berkemungkinan besar risiko nya lebih tinggi berbanding operation yang sebelum ini..
Iaitu memandangkan faktor usia dan tahap kesihatan emak saya dan ini adalah operation keduanya berkenaan penyakit kanser...
Saya risau dan takut jika sesuatu yang buruk berlaku....
Saya risau akan risiko pembedahan itu...
Jika emak saya tiada, pada siapa lagi tempat saya mengadu dan bergantung harap...????
Memandangkan saya merupakan anak tunggal, dan saya juga sangat rapat dan begitu akrab dengan emak (walaupun kadangkala kami berselisih faham) pasti saya sangat terasa sunyi dan kehilangan jika dia pergi tinggalkan saya...
Bagaimana saya nak menyambut Hari Ibu, Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha jika ibu saya sudah tiada....????
Pasti hari-hari ini sudah tak lagi bermakna...
:
:
:
:

~Duit itu pasti tidak bermakna jika hidup tanpa kasih sayang seorang ibu~
~I need a shoulder to cry on.. I need some hopes for me to move on... feels like I'm not strong enough to face all this situation alone....~
(T_____T)


P/s:- Entry ini adalah sepenuhnya luahan hati pemilik blog ini...Gambar yang terpapar adalah ehsan dari Google Image...

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday 2# :- Rindu Adik.....♥




P/s: Ini adalah gambar Allahyarham Adik lelaki saya semasa dia berusia dua tahun...Dia lahir pada 18.6.1990 dan meninggal dunia pada 31 Ogos 1997...Semoga Rohnya di cucuri Rahmat...

Monday, July 18, 2011

Juvana Dah Tamat....






Drama Juvana nie dah pun tamat bersiaran tadi...
Saya memang suka drama yang macam nie, yang banyak pengajaran walaupun banyak babak gaduh...
Takpe, saya pun memang suka tengok cerita yang ada lawan-lawan nie, barulah trill kan...
Takkan lah nak jiwang 24 jam, huhuhuhu....(^_____^)
Episode terakhir nie memang the best....
Drama nie banyak pengajaran sebenarnya...
Setiap watak pelajar  yang  ada dalam cerita nie ade cerita tersendiri (kisah silam masing-masing kenapa mereka sampai masuk sekolah juvana)...
Cerita nie sangat berkait rapat dengan isu gejala sosial remaja masa kini yang makin meruncing..
Dan perkara ini di garap dengan baik melalui drama bersiri ini...
Sekalung tahniah ingin saya ucapkan buat penulis skrip dan pengarah drama ini juga tenaga kerja nya..
Tahniah juga kepada semua para pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing...
Saya suka ending cerita nie, selepas 10 tahun Daim akhirnya jadi cikgu dekat sekolah tue...
Nie boleh dijadikan contoh buat  remaja di luar sana yang merasakan diri mereka tak boleh berjaya, tapi sebenarnya mereka punya potensi untuk menjadi orang yang berjaya, tapi sayangnya mereka tak tahu macam mana nak capai kejayaan...
Situasi nie berlaku pada watak Daim, yang mana dia dah berasa sangat putus asa apabila di masukkan ke dalam sekolah juvana dan  seringkali di buli  dnegan teruk, hinggalah Cikgu Zakiah memberikan Daim kata-kata motivasi dan nasihat, dari situlah baru Daim sedar akan potensi dirinya....
Rakan-rakannya yang lain pun menunjukkan reaksi positif untuk berubah kearah kebaikkan akhirnya kecuali watak Botak...

Nie blog Daim atau nama sebenarnye Zahiril adzim:-


P/S:-Entry ini adalah pandanagan peribadi saya terhadap drama bersiri Juvana ini, gmabar adalah ehsan Google Image...

Nota:- Apa yang baik kita jadikan pengajaran, yang buru kita jadikan sempadan...


Istilah Cinta Yang Salah.....



Bila kamu mula menyukai seseorang atau sedang ingin berjinak-jinak dengan istilah cinta, Maka itu di namakan sebagai Jatuh Cinta atau dalam bahasa inggeris nya Falling in Love...
Mungkin sebab itulah ramai yang "betul-betul jatuh" apabila sesuatu hubungan itu kecundang...
Jatuh tersungkur, tergolek-golek dan frust menongeng...
Pendapat saya, istilah Jatuh cinta tue perlu di ubah menjadi sedang bercinta atau sedang ingin belajar mencintai dan di cintai...


Ramai juga yang berkata cinta itu buta...
Pendapat saya, istilah ini perlu di tukar menjadi cinta itu perlu celik...
Ya celik dan realistik dan bukannya bersifat plastik (palsu)..
Cinta itu harus nyata dan bukannya duduk dalam kepompong dunia  khayalan...
Apabila cinta itu celik, maka mereka akan menjadi lebih rasional dalam menilai baik / buruk dalam sesuatu perhubungan...
Apabila cinta itu celik, maka tidak akan berlaku lah perkara yang tak sepatutnya dalam perhubungan, kerana mereka masih punya akal pertimbanagan dan bijak mengawal perasaan....



Cinta itu sering kali di sifatkan seperti bunga mawar  segar yang harum mewangi tapi ia juga penuh dengan duri...
Istilah ini perlu ditukar menjadi :- Cinta itu adalah sepert coklat ia aka kekal terasa manisnya walaupun coklat itu sudah hilang dari pandangan mata...
Kenapa saya berkata begini...?
Kerana bunga mudah segar pasti akan layu juga satu hari nanti, duri-duri pada bunag pasti akan melukakan...
Tapi coklat, walaupun kita sudah habis menikatinya (makan coklat tue) tapi kita akan sentiasa terasa manis nya coklat tersebut..
Begitulah yang sepatutnya berlaku dalam sesuatu perhubungan, walaupun jauh di mata tapi haruslah sentiasa di ingati dan tetap di hati...


Cinta yang sejati itu adalah seperti ombak dan pantai...
Yang takan terpisah walau  dilanda badai..
Tapi, cinta yang palsu adalah seperti bunga segar...
Kerana ia mudah layu apabila musim berganti...


Nota:-Entry ini adalah luahan pendapat dan pandangan peribadi tuan empunya blog ini. Gambar adalah di perolehi daripada google Image




Sunday, July 17, 2011

Angry Birds Membuatku Bertambah Marah..!!

               


                   Fenomena game angry birds nie makin popular sekarang nie kan...sana sini angry birds..sy pun nak try lah jugak main game nie..baru jer try ari rabu lepas mase balik keja.... konon man game nie dpaatlah hilangkan tension lah kan...tapi rasenye sebaliknnya yang berlaku...Memang best game nie... main lastic2 binatang hidung pendek tue (Khinzir ).. kalau kita dapat lastic bintang tue (Khinzir) sampai mati so kt menang dan dapat pegi next level...memang best ar asyik memang jer kan..hehehehehe..tapi yang bengang nye bile samapi level 10, asyik kalah jer pulak...sampai hari nie tak lepas-lepas lagi level 10! huhuhu..Adik-adik sekalian tolong jangan gelakkan akak ek...(err terasa tua pulak bila guna "akak"....huahuahuahua...)..Mungkin dah lama tak main game kowt..So, skill tue dah takde..Jadi, mulai dari sekarang kena lah asah skill tue balik...Chewah....=____=

           Main game nie teringat lak hobi masa zaman kecik-kecik dulu..Dulu mase kecik sangat suka main lastic-lastic nie..tiap-tiap hari khamis jer mesti nak lastic cicak...Lastic sampai terputus ekor cicak tue..sape paling banyak putuskan ekor cicak dia memang...dulu selalu main  lastic cicak nie dengan arwah adik, lepas die dah takde terus stop main lastic-lastic nie...Maybe, sebab dah lame tak pegang lastic sebab tue lah asyik kalah jer bila main game angry birds nie...Bebudak kecik lagi teror kowt dari saya..huh..kena berguru balik semula nie... ehehehhe....

.
.
.


Jom layan trailer game nie...hehehehe..macam bebudak sudah...(^_____^)



P/S:- Buat pasukan Malaysia walupun kt tak menang semalam masa menentang Liverpool (kalah 3-6) tapi tak pe, yang penting dah cuba kan..Buat yang terbaik masa menentang Chelsea dan Singapura nanti..Saya sentiasa sokong pasukan Malaysia (walaupun saya peminat Manchester United)....Kalau boleh pakailah jersi kebangsaan dan sokong pasukan sendiri, itu ebih baik dari terlampau mengagungkan pasukan luar...Bagi semangat siit kat pasukan kita..Kalah menang adat pertandingan..Jangan pulak bila menang di puji, bila kalah di keji ya....

P/S:- Malam tadi jugak merupakan malam Nisfu Syaaban bagi kita yang beragama Islam...Besar fadhilat malam Nisfu Syaaban nie..Bola-bola juga, solat jangan di lupa ya...


Nota:- Sumber gambar adah dari google image...




Saturday, July 16, 2011

Love Letter For My Future Husband....♥


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Warkah ini adalah buat awak  (My Future Husband) yang belum saya ketahui siapakah gerangan orangnya...

Di dalam warkah ini saya akan coretkan serba sedikit tentang harapan saya terhadap awak...
.
.
Ok, saya tak nak bazirkan masa...Jadi, straight to the point jer ok..
Mungkin awak adalah insan yang belum pernah saya temui atau mungkin saya pernah berjumpa awak dan saya pernah kenal awak tapi setakat hari ini saya tak tahu awak adalah jodoh saya...
Saya tak kisah pasal itu semua...Saya yakin dengan jodoh yang diberikan oleh-Nya kepada saya satu hari nanti..
Ya, satu hari nanti kita akan bertemu dan pada masa itulah baru saya tahu awak adalah jodoh saya..
Tapi saya cuma nak awak tahu yang saya akan terima awak seadanya...
Ya, seadanya dengan seikhlas hati saya...
.
.


Walaupun awak tidak mempunyai kocek ajaib seperti Doraemon yang boleh tunaikan apa sahaja permintaan saya..
Walaupun awak mungkin bukanlah seperti super hero Spiderman,Superman  mahupun Batman yang hebat dan gagah perkasa melawan musuh..
Walaupun awak bukanlah seperti  Harry Potter yang punya kayu ajaib yang boleh buat magik untuk saya...
Ya, mungkin awak takkan dapat menemani saya 24 jam sehari kerana awak sibuk dengan tugasan harian,
Ya, mungkin awak tak dapat tunaikan segala permintaan dan kehendak saya...
Mungkin juga awak punya kisah silam yang duka mahupun sebaliknya..
Tapi satu perkara yang saya mahu awak tahu..
Walaupun saya penggemar novel yang tegar..
Walaupun saya juga kadangkala suka berkhayal..
Tapi saya masih tahu yang saya hidup di bumi realiti..
Jadi, saya  akan terima awak seadanya kerana pada saya tiada manusia biasa yang sempurna dan setiap manusia biasa pernah melakukan kekhilafan mahupun kesilapan dan tidak pernah terlepas dari membuat dosa termasukalah juga saya..
Siapa pun juga awak dimasa lalu, saya tidak akan ambil peduli..Apa yang penting bagi saya ialah siapa awak pada masa ini dan pada masa akan datang...
Kerana saya berpegang kepada prinsip:-
"Masa lalu biarlah berlalu, dan jadikan ia sebagai iktibar dan pedoman buat kita pada hari ini agar kita tak mengulangi kesilapan masa lalu dan jangan pernah di ungkit masa lalu...Kerana kita tidak akan boleh kemabli kepada masa lalu, yang ada hanyalah hari ini dan masa akan datang..."


Cepat atau lambat kalau dah tertulis jodoh kita pasti kita kan bertemu jua...
Dan saya pasti tidak akan dapat mengelak....
Kalau benar awak lah jodoh saya yang sudah tertulis di Loh Mahfuz maka saya Redha dan terima dengan hati yang terbuka...
Harapan saya agar awak dapat menjadi pembimbing dan pendidik kepada saya tentang segala segi mengenai dunia dan akhirat...
Harapan saya agar awak mengasihi dan mencintai saya dengan hati yang ikhlas bukan paksaan dan bukan jua dnegan kepura-puraan, kerana saya tidak suka orang yang palsu....
Harapan saya agar awak sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada saya tentang apa jua kekhilafan diri saya...
Harapan saya agar awak setiasa melindungi saya dari mara bahaya dan juga perkara-perkara yang tidak elok...

Serba sedikit tentang saya yang perlu awak tahu...
.
.
Saya punya terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri ini...
Saya juga hanyalah wanita biasa yang hidup di akhir zaman serta tak pernah lepas melakukan kesilapan dalam kehidupan...
Akhlak saya tidak lah sehebat seperti isteri-isteri Rasullah SAW...
Saya juga tidaklah secantik seperti peragawati...
Saya akui masih terlalu banyak kelemahan dalam diri yang perlu di perbaiki...
Jadi, saya harap awak dapatlah membimbing saya...



Saya berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang solehah  buat awak dan ibu mithali buat anak-anak awak nanti..
Saya berjanji akan sentiasa setia kepada awak sehinggalah nafas saya terhenti...
Jika satu hari nanti kita bertemu jodoh, saya berharap perahwinan kita akan kekal buat selama-lamanya...
Biarlah bersama-sama kita tempuhi susah senang, suka dan duka bersama...


Sekian,

Ikhlas dari:-
Your Future Wife



Nota:- Entry ini adalah luahan isi hati sepenuhnya pemilik blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Segala gambar adalah hiasan yang saya perolehi dari google image..

Ps:- Sebenarnya Entry nie dah siap pada 16 jam yang lepas, tapi ambil masa untuk publiskan...Entah...mungkin segan kowt...ehehehehe...Entah macam mana leh dapat idea buat entry macam nie... Seriously, saya pun tak tahu siapa jodoh saya dan bila saya akan mengahiri zaman solo molo nie... 

Friday, July 15, 2011

Sedekah Jariah...


Jangan pernah bersikap terlalu berkira untuk memberi kan  sebarang sumbanagan atau bantuan kepada yang memerlukan...
Bantuan atau sumbangan bukan bererti dari segi wang ringgit mahupun harta benda semata-mata..
Bantuan bolehlah juga dari segi tenaga mahupun dari segi sokongan moral  berentuk kata-kata  semangat mahupun nasihat...
Jangan pula bersikap menunjuk-nunjuk ketika menghulurkan bantuan...
Sekeping cek yang di hulurkan mahu dihebohkan kepada sekalain wartawan...
Bukan apa takut jika niat itu  tersasar, niat menderma rupanya mahu mencari publisti bagi menambah keuntungan dan menaikkan nama syarikat atau mendapat nama..
Sebaik-baiknya amalkan lah sikap "tangan kanan yang memberi, jangan sampai di ketahuai oleh tangan kiri"..
Kita perlu amalkan sikap "Tangan yang memeberi lebih baik dari yang menerima"...
Ya, jangan kedekut untuk menghulurkan sedekah kepada badan-badan kebajikan, tabung-tabung bencana, tabung kebajikan, orang-orang yang fakir miskin., anak yatim dan sebaginya...
Pepatah inggeris juga ada menyebut :-
"The more you give, is the  more you get"
Memberi sedekah jariah tidak akan membuatkan kamu papa kedana mahupun muflis! Tetapi bersedekah boleh menambahkan rezeki kamu. Iaitu dengan keberkatan yang kamu perolehi...
Ingatlah pesanan ini:-


Pesanan:-

Islam itu agama yang indah,  mengajar kita supaya bersedekah  jariah membantu orang yang kuarng berkemampuan. Jadi mengapa lagi kita mesti bersikap tamak akan harta dunia yang sementara ini dengan bersikap kedekut dan enggan memeberikan bantuan kepada yang lebih memerlukan di laur sana..?

Nota :- Entry ini adalah lauahn pendapat penulis blog ini.sumber gambar adalah di perolehi daripada google image..

Thursday, July 14, 2011

Bertolak Ansur Di Tempat Awam


Situasi : Di Dalam Bas



Babak 1:-

Masa tue bulan puasa dan lagi berapa hari jer nak raya puasa / hari raya aidilfitri...Saya naik bus untu pergi station bus untuk pualng ke jaybee..masa nie saya baru pelajar semester ke-dua... Masa dalam bus tue , sampai satu kawasan kiranya dah separuh perjalan bus tue berhenti untuk ambil penumpang. Maka naiklah seorang aunty nie, umur dalam lingkungan 50-an , dari cara pakaian dia semua orang tau dia kerja kat mana..Ya, dia seorang pekerja di Gereja.. kemudian saya bangun dari tempat duduk saya dan bag aunty atdi duduk...seorang macik menegur saya, kemudian berkata:- "Buat apa kamu bagi dia duduk? kamu puasa, dia tak puasa. Lagi pun Kalau kamu bagi dia duduk bukan dapat pahala pun..!" 
Pada masa tue saya hanya teruskan niat saya dan bagi jer aunty tue duduk dan ambil semua beg-beg saya yang ada kat kerusi..
Selepas itu separuh perjalanan iaitu kira-kira dalam 25 minit saya berdiri sahja sehinggalah setibanya di station bus..
Kemudia makcik tue berata lagi kepada saya:- "Penat kan berdiri tadi? Tue lah degil sangat, beg dah lah banyak lepastue ade hati nak tolong orang, utamakan diri sendiri dulu.."
Saya malas nak menjawab, sebab takut dikata kurang ajar..Tapi saya cuma membalas begini:-
"Maafkan saya...Saya tak rasa penat pun berdiri, lagipun aunty tue lebih tua dari saya dan saya masih muda. Jadi pendapat saya, tidak salah kalau saya berdiri untuk memberi aunty tue duduk walaupun dia berlainan bangsa dan agama dengan kita.."


Babak 2:-

Pada ketika saya sedang baru sahaja menaiki bus dan baru sahaja mendapat tempat duduk..Kemudian kelihatan seorang wanita mengandung menaiki bus yang sama..Seorang pakcik  berusia lingkungan 60-an, menegur seorang anak muda supaya dia mengalihkan beg-begnya untuk memberi tempat kepada wanita mengandung itu duduk. Tetapi anak muda itu lantas menjawab:- "Saya tak boleh duduk bersebelahan dengan orang yang bukan mahram saya, sebab tuelah saya letak beg-beg saya di kerusi supaya tiada wanita duduk di sebelah saya."
Kemudian pakcik tadi menyarankan agar anak muda itu bangun dan memberi laluan kepada wanita mengandung itu untuk duduk. Setelah itu pemuda itu berkata lagi :-" Saya bayar tiket bus nie RM2.50..takkan saya nak berdiri pulak. Masih ramai lagi orang yang boleh bagi akak nie duduk..Kalau macam tue baik pakcik jer yang bagi akak nie duduk.." kata pemuda itu dengan wajah selamba..
Melihat situasi tue, saya terus bangun dan bagi kakak tadi duduk...
Pakcik tue berkata sepatutnya pemuda tadi yang memberi kakak tadi duduk dan bukannya saya, kerana saya juga berbadan kecil dan mempunyai banyak beg yang saya bawa..
Tetapi bagi saya apalah sangat nak berdiri dalam masa 15 minit, untuk memberi tempat duduk kepada wanita yang sarat mengandung...

PESANAN:-

Berbuat baik dan bertolak ansurlah tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit mahupun latar belakang..
Jika ternampak wanita mengandung, orang yang lebih berusia, orang kurang upaya maka berilah mereka duduk jika kamu berada di dalam kenderaan awam mahupun di tempat awam. Kerana mereka lebih memerlukan berbanding kita..Kita masih punya banyak tenaga maka mengapa tidak kita membantu mereka, dengan cara begini bukankah akan meringankan beban mereka...
Jangan terlalu berkira untuk memberi tempat duduk kepada orang lain kerana kita membayar tambang bas.  Tetapi bersikap perihatinlah dan bertimbang rasalah  terhadap individu di sekeliling yang lebih memerlukan...
Jika kamu enggan berbuat demikian, cuba bayangkan jika kamu berada dalam situasi orang tersebut, pasti kamu memerlukan tempat duduk bukan...?
Perlu kita ingat yang Islam sentaisa mengajar kita supaya senantiasa melakukan amal kebaikan dan kebajikan..Maka dengan itu menagapa kita perlu berkira tenaga untuk bersikap bertolak ansur..?



Nota:- Entry ini adalah berdasarkan catatan pengalaman penulis dan pendapat serta pandangan penulis.Gambar yang terpapar adalah diperoleh daripada google image. 

Sunday, July 10, 2011

Puisi:- Bangunlah Wahai Bangsaku....!


Kerana hiburan engkau khayal,
Kerana nikmat dunia engkau leka,
Kerana kemerdekaan engkau bebas melakukan apa sahaja,
Kerana kemewahan engkau angkuh,
Kerana harta engkau leka,
Kerana takhta engkau sanggup bermusuh,
Kerana pangkat engkau bergaduh, ,
Payah dan susah menjadi sebutanmu,
Dengki khianat menjadi nafasmu,
Sabotaj dan iri hati menjadi nadi jantungmu
Putus asa sentiasa berada di mindamu,
Wahai bangsaku tersayang,
Bangunlah janganlah engkau khayal dan leka lagi,
Ubahlah sikap negatifmu,
Jika engkau mahu bangsa dan agamamu sentiasa disanjungi dan dihormati,
Jika engkau mahu dirimu dan bangsamu berjaya dipersada dunia yang sementara dan bahagia di akhirat kelak,
Itupun jika engkau sayang pada dirimu,bangsamu, agamamu dan negaramu...


Nota:- Puisi ini adalah hasil karya sepnuhnya penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...


P/s:- Puisi saya ini  tercipta pada hari Jumaat iaitu 23.10.2009, pada jam 11.31 tengah hari..Puisi nie terhasil apabila seorang facilitator motivasi semasa saya menghadri kursus sales and marketing bagi program training and place telah bertanya tentang hobi setiap pelajar di kelas itu, kemudian saya berkata hobi saya adalah mencipta puisi. kemudian beliau mahu saya mencipta sebuah puisi yang boleh memberi kesedaran kepada semua...selepas 30 minit berfikir maka terhasilah puisi ini secara spontan...Selepas saya membaca puisi ini facilitator tue menitiskan air mata...kemudian saya bertanya kenapa beliau menangis..? beliau berkata "kerana terlampau tersentuh dengan puisi  ini" ...rakan-rakan dalam kelas tue pun sayu jer bila mendengar puisi nie...Mereka berkata puisi ini kedengaran agak sinis, tapi membawa seribu satu erti makna yang tersurat apabila dihayati, yang boleh dijadikan ikhtibar,panduan dan pengajaran...




Sebelum saya akhiri entry ini saya mahu tinggalkan kamu semua dengan :-



“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




....Marilah kita sama-sama menghayatinya...

Friday, July 8, 2011

Bersatu Padulah, Cintailah Keamanan...♥


Kenapa kita mesti bersatu padu...???
Kenapa kita mesti elakkan permusuhan dan perpecahan...???
.
.
.
.
Saya mahu anda berfikir dan renungkan sejenak...
Jika kita tidak bersatu padu dan jika kita saling bermusuhan dan berpecah belah..
Kemudian timbul pula ketidak tenteraman dan ketidak selesaan lantas tercetusnya huru hara mahupun peperangan..
 Adakah dengan cara ini kita akan maju kehadapan...?
Adakahadengan cara sebegini kita akan dapat mencapai segala yang kita rancangkan dan impikan..?
Pasti jawapan nya adalah TIDAK..
.
.
Sesebuah negara itu takkan maju kehadapan tanpa sikap saling bertolak ansur dan saling bertoleransi..
Permusuhan dan perpecahan yang berlaku dalam sesebuah negara itu sendiri aan mencetuskan keburukkan yang berpanjangan..
Impak negatif ini bukan sahaja merangumi hal-hal yang berkaitan politik mahupun pentadbiran, tetapi juga kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan perkara yang paling penting sekali ialah kesan terhadap keselamatan.. 
Tanpa kedamaian dan ketenteraman ekonomi pasti akan jatuh merudum, kerana pelabur-pelabur asing pasti merasa gerun untuk melabur mahupun menjalankan aktiviti ekonomi di negara tersebut...
Kemudian negara itu sudah pasti akan jauh ketinggalan kebelakang sedang kan negara lain pesat membangun dan maju...
Siapa yang rugi???
Ya, apabila keselamatan terancam. Maka kita tidak lagi bebas melakukan aktiviti harian, setelah itu tergendala lah segala kerja mahupun tugasan kita.Anak-anak kecil akan merasa ketakutan dan tidak lagi bebas ke sekolah untuk menuntut ilmu..Bagaiman jika situasi ini berterusan...?? Maka secara tak langsung musnahlah masa depan generasi kita..
Kerana ilmu itu adalah pelita kehidupan, ilmu jualah penerang kegelapan...
Jika tanpa ilmu maka kita senang di tindas, mudah terpengaruh dengan dakyah yang sesat lagi menyesatkan..
Jika tanpa ilmu kita mudah tergelincir dari landasan sebenar kehidupan..
Tapi janganlah pula kita menyalah gunakan ilmu yang ada untuk tujuan kepentingan diri kita sendiri tetapi mendatangkan mudarat yang teruk kepada banyak pihak...
Jika sudah berlaku huru hara, maka denagn mudahlah mata-mata asing di luar sana yang memerhati selama ini pasti akan datang menjajah kembali...
Mereka pasti akan menggunakan alasan mahu memberi "pertolongan membaik pulih dan mengembalikan kedamaian", walhal mereka punya agenda tersendiri iaitu meragut kembali kemerdekaan yang telah kita kecapi..
Kamu kata ini hanya cakap kosong sahaja..???
Kamu lihat diluar sana...
Beberapa negara nampaknya telah dijajah kerana berlakunya huru hara lantas tangan asing campur tangan kemudian terjadi pula peperangan..
Kamu mahu menjadi seperti itu..?
Apakah itu yang kamu mahukan???
Apakah ini yang kamu impikan..
Jangan hanya selepas kamu di pijak di bumi sendiri, di cucuk hidung ibarat keldai mahupun bebiri lantas kamu barulah menangis menyesali dan kesal akan kesilapan kamu itu..
Apabila kamu melihat di sana di sini orang mati bergelimpangan, pertumpahan darah itu bagai suatu yang amat biasa dan bunuh membunuh itu sudah tak mejadi kesalahan..
Barulah ketika itu kamu mhau meminta pertolongan???
Kamu nak minta pertolongan pada siapa??
Tiada siapa yang akan memperdulikan kamu..!
Kerana mereka jua mahu menyelamatkan nyawa masing-masing..
Apabila kamu lihat rumah dan kenderaan kamu musnah baru kamu mahu menjerit:-
 "Aku Mahukan Kedamaian Itu Kembali..!!"
Tapi adakah sesiapa mahu mendengar..??
Adakah jeritan kamu itu bererti pada waktu itu...??
.
.
.

Ya, kita mungkin berbeza bangsa,agama, bahasa,budaya,keturunan mahupun latar belakang..
Ya, kita juga mungkin berbeza agenda, matlamat,pendapat mahupun ideologi politik..
Jangan kerana perbezaan ini kita sanggup bermusuh, berpecah belah, bergaduh, bertikam lidah dan  fitnah memfitnah..
Kerana itu semua adalah perbuatan yang memang sia-sia..
Yang jelas dan nyata memudaratkan bukan hanya pada diri sendiri malah kepada seantero manusia sejagat..
Cuba lihat kembali sejarah lampau...,
 Adakah kamu mahu mengulangi kesilapan masa lalu dan memusnahkan masa depan kamu dan generasi kamu hanya erana perbezaan itu???
Adakah kita mahu dijajah kembali...?
Bukankah berbincang dan duduk semeja itu adalah lebih baik dari saling menuding jari...
Setiap daripada kita bertanggungajwab menjaga ketenteraman dan kemerdekaan negara kita..
Jika bukan kita yang menyayangi negara kita, siapa lagi yang kita mahu harapkan untuk menyayanginya...???
~Berfikirlah sebelum bertindak, Fikirkan sejenak kesan negatif jangka panjang sebelum membuat sebarang keputusan~
~Sayangilah negara, bersatu padulah sesama kita bagi mengekalkan kesejahteraan dan cintailah keamanan~


P/s:-Entry ini adalah curahan hati sepenuhnya pemilik blog ini, gambar yang terpapar adlaah diperolehi daripada google image..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...